Thursday, 12 September 2013

HATI MUMMY TERGURIS SAAT ANAK JATUH KATIL!!

Salam,

Harini adalah hari yang merisaukan buat aku.. dalam masa 24 jam aku berdoa agar Baby Eiman tak apa-apa. kenapa? sebab semalam tadi jam 4.40 pagi, eiman jatuh katil. Ya jatuh katil!. Macammana jatuhnya dia, macam itu jugakla jatuhnya hati aku ni.. risau risau risau.. itu sahaja yang mampu aku ungkapkan.

Ceritanya begini, selepas aku beri susu kat Baby Eiman jam 4 pagi, aku tepuk2 dia sehingga lena, lalu aku tunggu sebelah sehingga dia betul-betul lena, Daddy pula tengah tidur, tidur di sebelah Eiman. Rasa nak ke tandas, takpela, tinggalkan sekejap kesian pulak kat husben aku, takkan nak kejutkan dia pulak. Masa nak keluar tandas, aku terdengar bunyi "BAM!!" ... di ikuti dengan jeritan Eiman. aahh... dalam hati, takan jatuh kot.




Bergegas masuk ke bilik. Eiman mennagis teresak-esak sambil di dukung oleh husben aku. "Kenapa? Kenapa Bang?"... "Eiman jatuh katil!" jawab husben aku... "Ya Allah!" itu sahaja yang mampu aku ungkapkan.. sedihnya hati ini, aku ambil Eiman dan aku riba kan dia. dia masih teresak-esak menangis.. ku peluk dan ku berikan dia susu badan ku.. lalu Eiman pun senyap.

.... selesai menyusu, Eiman tersenyum... seperti memberitahu aku bahawa dia baik-baik sahaja... Aku raba seluruh badan Eiman harap-harap tiada benjol atau lebam. "Nampak macam tak ada lebam ni bang"...."Abang jom bawa Eiman ke hopspital!, dia ada Medical Card kan." itu sahaja yang terlintas di fikiranku. husben aku pantas mencapai telefon untuk mencari maklumat di Google. "Kalau bayi jatuh, lalu menangis, InsyaAllah tak ada apa-apa" katanya."Takpa, kita tunggu perkembangan dia, kalau dia muntah atau demam kita ke hospital ye"... ucapannya membuatkan aku tenang sedikit. 

Jam menunjukkan sudah pukul 6 pagi, Eiman masih cergas bermain dan menonton Video lagu-lagu kesukaannya di Youtube. Erm.. "Saya kena bersiap ni abang, nak pergi kerja" kata aku. "Takperlah, abag jaga Eiman, lagipun dia dah mengantuk ni"....

Aku dan suami keluar rumah jam 7 pagi, agak lewat pagi ni, bekalan air pulak tak ada sejak dari semalam. Nasiblah kami ada tangki simpanan air di luar. Cukupla untuk mandi secebok dua. Sampai saja di rumah pengasuh, aku adukan hal Eiman jatuh kepadanya. Terkejut ibu Eiman mendengarnya. Masakan tidak, Eiman sudah dianggap seperti anak bongsu kepadanya... "Harap-harap tak ada apa-apa la, nanti akak bagitahu leeza kalau ada apa-apa yang lain pada Eiman ye".. kata ibu Eiman.

Kereta dipecut laju oleh suami, katanya takut lewat aku masuk kerja nanti. Dalam hati berdoa "Ya Allah.. Kau pelihara lah anak ku dari sebarang musibah dan kecelakaan".. amin..

Risau..risau .. risau.. aku masih berjaga-jaga di sisi telefon ku, kot-kot ada panggilan dari ibu Eiman... doakan Eiman baik-baik ye!