Monday, 30 September 2013

HOBI BAYI ADALAH MEMBACA BUKU

Salam,
Perjalanan balik dari kampung ke Kuala Lumpur biasanya mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Ini adalah kali pertama Baby eiman duduk di dalam Car Seat sepanjang perjalanan. Kecik dulu bolehla di dukung dan di ikutkan je kerenahnya. Sekarang sudah hampir 10 kilogram. pergh!!! timbul urat muscle kalau sejam setengah pegang Baby Eiman yang tak boleh duduk diam diam.

Cehh, berkerut dahi tu... padahal buku pun baca terbalik
Car Seat ni pun beli tanpa dirancang, peristiwa 2 minggu lepas, masa nak pulang dari Putrajaya ke Kuala Lumpur, Baby eiman dah pandai mengetuk-ngetuk, menarik-narik seat belt, melompat-lompat dan paling best sekali dia nak bawak kereta jugak. isk isk.. kalau drive dekat-dekat okla, ni nak duduk dengan daddy sepanjang masa pegang stereng.. huyooo ini sudah lebey. 

Petang tu jugak, terus singgah Manjaku di Bandar Baru Bangi, tingkat 2. Barang-barang seperti stroller, car seat, katil dan macam-macam ada dengan harga yang berpatutan. Masa ini ada offer untuk Car Seat jenama Disney. Cantik! terus berkenan sebab ada tempat letak tangan. Harga asal dalam 300++, harga promosi dalam 200. Ermm... tak banyak fikir pun, ronda-ronda tengok pilihan warna, terus je angkat dan bayar. 

Alhamdulillah, memang dia baik je duduk dalam Car Seat tu. Bagi je BUKU (Eiman memang suka baca buku) dan Napkin (Eiman takda bantal busuk, dia suka kain je), settle. Duduk diam tak banyak meragam. Cuma kalau dia bosan pasang lagu kat phone. bagus bagus!

Macam bos!

"I LOVE BOOKS!"

"Mummy, saya mengantukla baca buku ni, saya nampak banyak bintang!!"...
Apehal la anak aku ni baca buku terbalik

Ok. tu je update dari Nova. Sekian.