Friday, 27 September 2013

Kelebihan & Perkara Sunat Hari Jumaat

Salam Jumaat,
Syukur, sampai juga usia ke Jumaat minggu ini. aku ada sedikit perkongsian buat saudara-saudaraku di luar sana. Yela, usia dinihari begini, baru terkedek-kedek nak tambah ilmu. haha takpe pelan-pelan kayuh asalkan sentiasa berusaha kan kan. So, di hari yang baik ini aku nak kongsi dengan korang Perkara Sunat Yang Dilakukan Hari Jumaat (Penghulu Segala Hari).


1. Membersihkan Anggota Tubuh -  Seperti memotong kuku, misai, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu air-ari, menggosok gigi dan sebagainya

Potong kuku - Potong kuku Isnin, Khamis dan Jumaat adalah Sunnah.

gambar diambil dr Google


2. Memakai Pakaian Cantik, Berwangi-wangian dan Pakaian pula Berwarna Putih untuk Menunaikan Solat Jumaat

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim) 


3. Mandi Sunat Jumaat

( Dari Ibnu Umar ra ), Sabda baginda SAW yang bermaksud :
“Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


4.  Membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat dan di waktu siangnya

Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, akan diberikan cahaya baginya diantara dua jumaat." (Hadis Riwayat Al-Hakim dan Baihaqi dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani)


5. Keluar awal untuk ke Masjid, berjalan kaki, kemudian  membaca zikir, berselawat dan bertahmid kepada Allah


6. Membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. pada malam hari dan di waktu siangnya

----- dan ada banyak lagi kelebihan hari Jumaat di sini shafiqolbu, kelebihan surah al-kahfi, Perkara sunat Hari Jumaat

So bagi wanita pula, masa yang terluang itu bolehla kita tambah sikit ilmu agama, jom layan video ni.

CARA BACA AL-FATIHAH DENGAN BETUL oleh Ustaz DON.



Ni kelas Ustaz Don yang penuh belajar membaca Al-Fatihah.


ok. Sekian.