Friday, 20 September 2013

KISAH PERTUNJUKAN BUNGA API

Salam,
Harini aku sesema duk soh seh soh seh dari pagi tadi sampai la ke pejabat. Ah cumm! ku teran sekuat hati ... bergegar.. aku bersin je kuat-kuat takda cover punya. haha.. Semua sebab husben aku pasang Air Cond kemain kuat malam tadi, aku jugak yang merana. isk isk.. sabo jela.

Oh lupakan hal itu, ni nak cerita satu kisah tanggal tiga puluh satu, bulan lapan lima puluh tujuh, merdeka merdeka tetaplah merdeka.. ia pasti menjadi sejarah.. ehh termenyanyi pulak. haha Malam merdeka tu kami baru balik dari rumah kawan ku Nuren dan Mino. Masa kami balik tu jam menunjukkan pukul 12 tengah malam, elok-elok je kereta di atas jambatan menghala ke Pandan, bunga api pun mula berdentum dentam di udara....



Aku: "Abang, berhenti-berhenti!! ada bunga api la! berhenti tepi bang! (banyak kereta dah tersadai di tepi jambatan tu,nak tengok bunga api)
Husben aku : "Ha.. nak berhenti ke? ala.. bunga apa je la, lagipun dah pukul 12 ni, eiman ni nak tido dah ni!
Aku: "Ala! abang, berhentilah! orang nak tengok bunga api! 
Husben aku: "isk tak payah la! bunga api tu boleh tengok dari rumah mak la, nampak"
Aku :"Yeke??"

.....sampai je kat rumah parking

Husben aku : "Alamak.. tak nampak la, dulu dulu memang nampak, ni dah ada bangunan pulak" ehh...
Aku : "Kata tadi nampak, ni nampak apanya! *%$#@&^%#*&

Pastu dengan selamba je dia masuk rumah buat tak tahu.. Memang aku tarik mungcung itik 14 kaki sampai boleh sangkut cawan 6 bijik 1 set. Oo... geram ada, sedih ada, merajuk apa tah lagi kan kan....

Husben aku : "Ni apehal nak merajuk-merajuk ni?? Sebab tak dapat tengok bunga api ke??"
Aku : "Dahla! Tak payahla!"
Husben aku : "la.. eiman kan ada, lewat pulak sampai rumah nanti!" --- alasan je ayat ni, padahal dia yang malas nak berhenti kan.
Aku : "Yela.. abang tu memang la rasa bunga api tu biasa je, b ni mana pernah tengok bunga api sambutan merdeka ke tahun baru ke! mana pernah tengok, tengok dalam TV adala!!!..." tak tertahan dah air mata aku masa ni. Memang aku lantak kan je menangis berbesen-besen... (haa.. tahu pun rasa bersalah!)
Husben : "La.. yeke?? tipulah! takkan tak pernah tengok bunga api??"
Aku : "Yerla! Awak tu orang KL memangla dah biasa! "

Dia terdiam lepas tu, agaknya tak sangka kot dia kawin dengan bini yang PHERAK sangat tak penah tengok bunga api.

Husben :"29 tahun.. 29 tahun! ni tak pernah tengok bunga api lagi????... 
menceceh-ceceh dia gelakkan aku...
Yela, yela nanti abang bawak u tengok  bunga api LIVE!! tahun baru nanti ye!"...

Pastu, minggu lepas masa nak balik dari Alamanda, tetiba terserempak dengan bunga api yang tengah berdentam-dentum di Dataran Maritim. Masa tu ada Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013, 15 September giliran Amerika Syarikat. Memang dia pecut je terus bawa aku dan mak, kakak n si Pika tengok bunga api.. Walaupun dari jauh.. 

Perasan tak??? ce cari..
ada entiti jeng jeng jeng di sebelah kiri, gara-gara suami ku tersalah effect kamera 360!..haha

Tengokla kegembiraan ku yang terserlah!!... sampai je terus aku melompat keluar usung anak!

Tq Abang, for making this happen walaupun dari Jauh.... tetap ku kenang!!!.... hahaha tak sia-sia berbesen aku menangis!!

P/s: Janji tengok bunga api tahun baru LIVE tu tetap perlu ditunaikan ye! haha

Sekian.