Saturday, 21 September 2013

REVIEW: LEPAK WITH NUFFIES DI MEEPLES CAFE BERSAMA SANDRA & BLOGGERS

Salam,
Syukur sesangat tertunai jugak hasrat aku nak pergi event "Lepak with Nuffies" di Meeples Cafe Subang Jaya. Puas jugak ler aku mujuk si Chadeq Nakamura tu. Cam biasa, alasan dia memang tak bleh blah ada jer kan! jadi aku guna strategi yang dinamakan Jurus Keras Kepala Lutut Ku. haa.. Lebih kurang camni, "Ahh!! ai tak kira, apa jadi pun ai nak pergi jugak event tu!! ai tak pedulik!! Kalau u tanak bawak, ai drive sendiri pun takpe!!!!".... haa.. nak tak nak dia pun terpaksalah mengalahkan. (Bg yang tak paham, ni sambungan cerita Lepak With Nuffnang at Meeples Subang Jaya)



Petang Rabu, staff Nuffnang pun telefon mintak confirmation kehadiran kan. For sure with no doubt  lah i say YESSS!!! haha.. puas hatiku.

erm.. cecepat aku update dengan husbenku si Chadeq, "U, ai dah bagitahu staff Nuffnang i confirm datang. I tak kira, i nak pergi jugak. Ok bye". haha takbley cakap lama-lama nanti dia banyak  songel.

Pastu telefon berdering balik, ehh.. ni nombor telifon office Nuffnang ni, .. nak tahu apa? ... dia cakap boleh bawak seorang lagi. Maknanya boleh pergi berdua! Yehuu! Jumping jumping... pastu telefon balik husben aku. 

Aku : "Abang, Nuffnang telefon, dia kata boleh bawak sorang lagi"
Husben : "Oh yeke, ermm.. yela, abang pergila. tapi, abang tak nak main game, tak nak masuk peraduan semua tu!"
Aku : "Yes bos! beres."

Maka tibalah hari yang di nantikan, memang kami sampai awal giler jam  6.30 petang. Padahal event pukul 8 malam. makan Mcdonald dulu pastu terus ke Meeples Cafe pukul 7.40 mlm. ha.. so sempatlah bersembang dan berkenalan dengan staff Nufffnang iaitu Sandra yang diraikan, Joelle & Jessica. memang sporting habis. Semua yang aku tanya, semua diorang jawab. Soalan cam bangang-bangang pun dia jawab gak. kesempatan itulah aku ambil untuk korek informasi berkaitan blogger & Nuffnang.. hihihi (gelak jahat!)

Sambil tunggu yang lain datang aku & husben order minum dulu, setiap orang dapat 2 minuman percuma. Yeay! Tq Meeples Cafe! 

Both of us having Cofee! Cute sangat dia lukis camni.

Pas sesi pengenalan dengan blogger lain kami pun start main game. Ada 3 game kami main sepanjang 2 jam tu. Seriously, memang best sangat tahap gaban, ketawa terbahak-bahak main game yang pertama tu. Bloggers yang lain semuanya sporting! 

Game 1 : tiru aksi gambar kad sambil ketuk-ketuk meja menyanyi.. ha.. camana tu

Game 2 : Gold Digger.. cam pipeline, yang bestnya sebab ada yang baik, si penggali dan si jahat, pemsabotaj. Cool giler main game ni, walaupun mula-mula aku agak blur.


Game 3 : Spy. hihi game ni memang kasi gaduh punya lah. Siapa yang jadi spy tu kena sembunyikan identiti, haa. macam running man. cool jugak!

Yang paling tak boleh blah masa ni adalah, orang yang cakap tak nak main game bagai tu la yang paling terover excited kemain beria-ia. Siap bangun lempar kad jahat dia atas meja. Blok blok orang. Pastu tolak-tolak aku lagi suh ketepi masa nak keluarkan kad si Pensabotaj dia tu (Game 2)... apa cer kan... ko cakap tanak main kan.

haha puas hatiku bahankan dia dari semalam sampaila ke hari ni.. Tengokla kalau aku baik hati esok lusa aku berhentila. hahahahahahaha 

Ini lah dia yang kata tamau main tu kan...... haha

Koleksi game di Meeples Cafe. Banyak giler cam satu pun aku tak tahu main. Tapi jangan risau, sebelum main, staff Meeples akan ajar dulu macam mana main game yang kita pilih tu.

Haha.. its me hokey. Belakang tu Sandra.

Bloggers

Pose satu lagik

Aku pakai ringkas je, 
Seluar  H&M, 
Baju Nichi, 
Kasut Putih Valentino Rudy  
Handbeg : Coach

Menu minuman di Meeples Cafe

My 2nd drink Hot Green Tea with Honey

Masa berlalu pantas sangat, tu pun dah lajak kami main sampai pukul 10.30 malam. Last, kami berkumpul untuk sesi bergambar.

Nuffie yang diraikan Sandra (last day intern, pasni balik UK sambung belajar) 
Twitter:@suwensen

Jessica (new intern untuk 3 bulan sebelum pulang Australia)

Joelle Choong (Community Executive Nuffnang)
Joelle sangat sporting, tq sebab jawab soalan ai ye.

Bergambar dengan bloggers yang hadir malam tu


The Boys
dari kiri, husbenku, Izad (pasangan afifah), Akubiomed & Irzad (kawan Atika)

Irzad, Afifah & me

Somemore pics

Nova, Ryan MoAfifah

Afifah & me again

The ladies.. sila pose!


Ha..tu la serba sebanyak yang aku boleh kongsi. Memang happening sangat malam tu. Tq semua! Tq @nuffnangMy tq @meeplescafe for having us. Lots of love! #lepakwithnuffies

My hubby and i enjoy sangat malam tu, boleh senyum sampai ketelinga masa tido malam. hihi. Satu pengalaman yang takkan kami lupakan!! 

Gambar kami ada di facebook Meeples Cafe 

Ni pula adalah website Meeples Cafe for more info : 

Sekian.
k.. nak sambung bahan lakiku.. hahahahhaha