Sunday, 13 October 2013

Baby Eiman Belajar Duduk Sendiri

Salam,
Minggu ni genap lah umur Eiman 8 bulan. Pergh cepat dan pantasnya masa itu berlalu, masih teringat di kala Eiman masih bayi... betapa kecilnya dipangkuanku. Tidak pernah berenggang walaupun sekejap. Sekarang, semuanya dia nak buat sendiri. Jika dukung terlalu lama pun dia akan mintak diletakkan ke dalam walker mahupun di atas tilam, agaknya kalaula dia boleh cakap: 
"Mummy, biar saya bergerak sendiri la, Mummy jangan risau sangat la!"...



Mana boleh Mummy tinggalkan Eiman sendiri, Eiman tetap baby lagi, walaupun Eiman dah pandai main sendiri.. Semalam, 12/10/2013, Eiman dah pandai duduk sendiri selepas banyak kali percubaan. Hihi kelakar melihat gelagatnya, dari meniarap, dia angkat bontot, kemudian perlahan-lahan menolak badan ke belakang sambil tangan menahan badan kiri kanan, ada yang jadi ada yang tak jadi. Bila pertama kali jadi tu, Mummy terover excitednya menjerit "Yaeay!!!! Pandai!" sambil tepuk-tepuk tangan,  Good boy!

Masa ni, baru nak belajar duduk, tapi risau jugak sebab tiba2 dia boleh baring ke belakang. 
Ada sekali tu, belakang dia takda bantai, dia baring tiba2 masa tengah duduk, apalagi kepala terkena lantai la, bedegup bunyi, nasibla tak ada apa2. isk isk.

Yeay! Saya dah pandai duduk sendiri!..

Gembira melihat perkembangan Eiman di depan mata sendiri. Doa ku agar Allah, pangjangkan usiaku dan suamiku agar dapat kami melihat Eiman membesar. Amin...

Sekian.
Salam ahad.