Monday, 28 October 2013

Bayi Ku Demam Panas & Tips Kurangkan Panas Badan Anak

Salam,
Minggu ni aku tak dapat nak update hari-hari sebab Baby Eiman demam.. demam panas pulak tu. Pagi Hari Jumaat... aku dah rasa tak sedap hati sangat pagi tu.. siap mintak husben aku jaga Eiman instead hantar ke pengasuh. Husben aku cuti Jumaat tu.. tapi apakan daya, sebab permintaan aku tu cam tah hapa-hapa kan. Dah ada pengasuh tapi nak jaga sendiri pulak.. 

Tengah hari tu, husben aku ambik aku, lunch sama-sama.. aku rasa nak balik sangat-sangat jumpa eiman.. 

Aku :"Abang, jom balik, nak ambik eiman la.. kita bawak Putrajaya... pastu petang kita balikla Pandan. Camana?"
Husben : "Ape benda merepek ni, takkan nak balik Pandan pastu Putrajaya pastu balik Pandan balik?... ulang alik tu.. abg nak sembahyang Jumaat lagi hari ni"
Aku: "Ala.... nak Eiman!"

Masa ni doktor check Eiman demam 38.8 darjah celcius.
Balik kerja sampai rumah pukul 6 lebih petang tu.. Mak mertua aku dah dukung Eiman keluar depan pintu rumah dan bagitahu eiman demam.. "Ya Alllah, eiman demam..!"  patutla aku dah rasa tak sedap hati je hari ni. Aku dukung eiman. Nampak dia lembik sangat tak bermaya.. "Abang, kita bawak di pergi klinik..! sekarang!"

Masa tu aku tak pikir apa dah.. rasa nak nagis pun ada sebab Eiman memang lemah.. badan panas sangat dan lembik.. kami pun terus ke KPJ AMPANG bahagian emergency.. kat kaunter tu la aku meroyan .. 

Aku : "Anak saya demam ni... anak saya demam ni.. badan dia panas sangat ni..!"
Kerani kaunter : "Sabar kak, duduk dulu kak isi borang ni"
Aku :"Tapi anak saya demam ni.. badan dia panas sangat ni!!"

Husben aku pun datang... ambik eiman dan aku cecepat isi borang... tak lama kemudian kami dibenarkan masuk, potong queue.. terus masuk ke dalam jumpa doktor.

Doktor : "Paru-paru dia Ok.., kita bagi sedut gas, masukkan ubat dalam bontot lepastu sedut hingus ya"

Nampak sedih je tengok dia

Part sedut hingus tu aku paling tak tahan.. terpaksa sabar melihat Eiman meraung dan berteriak bila penyedut tu masuk ke dalam hidung.. banyak betul hingus eiman.. isk isk.. patutla dia tidur berbunyi.

Lepas sedut hingus.. aku cepat2 dukung eiman.. pujuk dia..

Ambil ubat dan doktor pesan kalau lagi 2 hari tak kebah.. datang hospital balik. Malam tu, eiman dah nampak ceria sikit.. walaupun tak seaktif selalu.

Sehingga malam tadi... eiman makin pulih.. Ni gambar Eiman semalam

Mak Jemah in da house.. Oppss..

Saya Pahlawan Melayu la!.. kiki

Gambar pagi tadi.. baru malam tadi dia dapat tidur lena macam selalu..

Tips Kurangkan Panas Badan Anak:
1. Mandikan seberapa kerap
2. Lap dan basahkan badan setiap masa.. bila rasa badan panas
3. Lap guna air asam jawa (diramas dan ditambah air)
4. Makan ubat doktor seperti yang ditetapkan.
5. Sentiasa berjaga dan monitor suhu badan anak
6. Basahkan badan anak/lap menggunakan perahan daun bunga raya (diramas di dalam air sehingga keluar lendir lalu disapu pada kepala dan badan)
7.Pakai baju nipis atau belubang. Jangan selimut dan balut anak. 
8. Pastikan dia mendapat tidur yang cukup (tidur cukup membantu mempercepatkan pemulihan).

Kalau ada tips lain boleh kongsi kat sini ye..

Syukur... Doakan Eiman cepat2 sembuh sepenuhnya ya!

Sekian.


lagi tips untuk :

CARA MENANGANI APABILA ANAK DISERANG SELSEMA


Pengalaman 2014 - Penyakit Jangkitan Paru-paru / Bronkitis kepada Bayi