Tuesday, 15 October 2013

SHOPPING BULAN OKTOBER 2013

Salam,
Ha.. dalam kesibukan beraya ni aku dan suami sempat lagi shopping barang-barang keperluan Baby Eiman. Ohh.. memang mengejar masa sangat bulan ni, sebab husben aku bulan ni tak cuti hujung minggu, kena kerja pulak. So masa yang sempat tu lah pergi kedai membeli dan belah.

Nak tengok apa yang dibeli.. jom layan

Beg baru Eiman, ni memang dah wajib kena tukar sebab dah koyak rabak dah


Eiman sedang sibuk mencuba beg baru.. cehh, padahal menyibuk je

Ni lah beg lama, betapa teruknya dah beg ni. 

Walaupun pada asalnya nak beli beg je kot, tapi bila dah masuk kedai baby, mana boleh tak TERBELI kan..hihi

Ini pun, sebab tak tahan kecomelan warnanya tu.

Ini pun sama jugal TER punya kes. hihi

Ni yang baju Kelabu masa mula2 tadi. Comel gile kot.

Sabun pencuci botol susu Eiman, cepat je habis sebab aku buat sabun basuh tangan aku jugak. hahahaha

Last but not least, Cam besa, cina kedai tu dah telepong "susu sudah ada amoi, bila mahu datang angkat??"
10 tin. 

haa, tu baru je mula gaji, kang pertengahan gaji, penhujung bulan.. isk isk cam payah je nak kumpul duit untuk pergi bercuti hujung tahun ni... adoii!

K tu la je takat ni. Selamat Makan Rendang ye, Sekian. Salam.