Wednesday, 2 October 2013

SUSU KAMBING KARIHOME STEP 2

Salam,
Nampaknya sejak aku berkongsi mengenai susu kambing Karihome, ramai yang PM dan bertanya macam-macam soalan berkenaan susu kambing ni. Boleh refer tulisan sebelum ni di sini. Ramai ibu-ibu yang risau untuk menentukan susu yang terbaik buat anak mereka. Aku paham tu, sebab aku pun rasa yang sama pada awalnya. Alhamdulillah Baby Eiman sesuai dengan susu ni.

Walaupun susu kambing Karihome ni memcecah perbelanjaan sekitar RM 450 hingga RM 500 SEBULAN untuk 10 tin! Aku dan husben pejam mata bayar je. Sebabnya kenapa pakai susu kambing, sebab aku tak dapat nak Breastfeed dia sepenuhnya sejak lahir disebabkan sakit belakang aku ni. eii berapa banyak sebab la.

Karihome Step 1

Baby eiman memang kuat sangat menyusu, masa mula-mula bagi Karihome umur Eiman 4 bulan. Sebulan dia perlukan lebih kurang 6 atau 7 tin. Sekarang dah masuk 8 bulan, 10 tin memang pasti. Dah la susah nak jumpa stok Karihome untuk diborong. Memang cukup cukup mencabar kEIMANan! Nak cerita ni, baru-baru ni, aku pergi ke kedai yang biasa aku borong stok susu ni. Tengok-tengok dekat rak tu STEP 2 dah licin. Takda setin pun! Alamak!! 

Mana lah nak gagau susu ni, tinggal sekali bancuhan je lagi ni. Pastu cari kat farmasi lain, poonnnn tak ada jugak. "STOK tak ada la kak! sekarang supplier tengah tunggu stok dari New Zealand. Tak sampai lagi. Kalau ada kami pun dapat sikit je"... pergh! blank sekejap aku dan suami.

 Dekat rak susu tu aku nampak step 1 ada la dalam 8 tin. Terus call kakak aku, 

Aku: "Yong, kalau eiman minum susu Step 1 boleh tak? sepatutnya dia minum step 2. susu Karihome Step 2 tak ada stok la"
Yong: "Boleh je, takda masalah, lagipun eiman baru 7 bulan kan?"
Aku: "Tak kurang zat ke kalau bagi step 1?"
Yong: "Takdalah, eiman dah makan, boleh dapat zat dari makanan dah. Lagipun bukan lompat dari step 2 bagi step 3 ke step 4 ke, memanglah tak boleh. Pika pun pernah tak ada susu step 4, yong beli step 3 untuk dia. Ok je. Yong dah tanya doktor, dia pun kata boleh"

Ahh.... lega!! Cecepat aku dan husben sambar 8 bijik Karihome Step 1 kat rak tu. Licin terus. Pastu tinggalkan phone number kat tokey kedai tu, mintak call aku kalau stok dah ada. Memang haru biru betul la. Dahla payah nak cari. isk isk.. sabo jela mak.

Kemudian husben aku tengokla NUTRITION INFORMATION step 2 banding step 1.
Ada sedikit perbezaan tapi tak jauh mana contoh Protein Step 1, 0.96g per 100g, step 2, 0.98g per 100g. haa.. takdala nak kurang zat sangat kan?.. okla, buat masa ni pakai step 1 dulu sampai tokey kedai tu call.  

Ok ni contoh Step 2 yang kehabisan Stok tu:



Ni step-step dia:
Step 1 : newborn hingga 6 bulan,
Step 2 : 6 bulan hingga 12 bulan/1 tahun.
Step 3 : 12 bulan/1 tahun hingga 3 tahun
Step 4 : 3 tahun ke atas

haa... stok yang ada untuk eiman bulan ni, ni haa...

Dari 8 tiggal 6, pergh... cepat je habisnya.

1 minggu 2 ke 3 tin. Sebab anak lelaki, kalau anak perempuan kakak aku tu dalam 4 ke 5 tin je. Oh ya nak kongsi kebagusan susu kambing ni ialah,

Pertama, baki susu dalam botol yang tak cuci 4 ke 5 jam, bilas sikit, tarok sabun, dah bersih dah, kalau ada melekit skit cuci dengan berus gitu-gitu je. Takdala berminyak dan berkulat macam susu *****. Opss sorry. Sebab masa aku pakai susu ***** oppss puting botol susu tu asyik kena tenyeh je sebab melekat dah tu payah giler nak keluar. Last-last tukar je puting baru. Bila jadi macam tu baru terpikir "patutla susu kambing ni senang di cerna".

Kedua, berat badan anak aku masa minum susu ***** naik mendadak sangat, kalau boleh tu sebulan sekilo ha kau. Lepas tukar susu kambing, naik tak mendadak, dalam setengah kilo. Ahh.. lega hati aku. Kalau tak, bawak Eiman ke mana-mana pun ada je yang cakap "Eiii semangat la anak akak ni", "Eiii, tembamnya dia!" amboii... sentap mak tau cakap camtu. Tapi muka senyum jela. Sekarang Alhamdulillah dah normal dah badan Eiman.  

Panjang lebar aku share pengalaman aku kat sini. Okla. setakat tu perkongsian aku. Kalau nak baca entri pertama ada kat bawah ni ye :

Sekian. Kalau korang pun ada pengalaman sudila kongsi-kongsi ye.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...