Friday, 8 November 2013

Anak-anak dan Teknologi Canggih Masa Kini!

Salam,
Hye semua, mekasih datang singgah sini lagi untuk kali ke tiga ratus empat puloh kali. hihi.. haa.. masihkah korang ingat masa kita kecik-kecik dulu? Mengimbau permainan zaman dulu-dulu sewaktu Samsung Tab, mahupun Iphone 5 mahupun Galaxy Note tiada lagi..


Pondok-pondok, sorok-sorok, pukul berapa tok harimau, kejar-kejar.. batu seremban, congkak, dam haji, galah panjang, lompat getah, sep tiang, baling selipar dan sep sep tom tom... haa ingat tak? Best kan! waktu rehat dan lepas habis sekolah mesti main dengan kawan-kawan. Tak pernah pun jemu walaupun hari-hari main permainan yang sama.. 

Sekarang, bila waktu sekolah tamat, mak bapak datang jemput anak-anak terus balik rumah. Dekat rumah, anak-anak duduk dalam rumah je kalau tak ada kelas tuition atau kelas mengaji. Duduk depan PC ataupun laptop ataupun TV.. takpun masing-masing dah ada G-Tab sendiri. Main Angry Bird, Candy Crush, Fruit Slash, Facebook dan macam-macam lagi online game yang ada di alam maya. 

So masa bila mereka nak bermain dengan kawan-kawan macam kita dulu-dulu, ntah-ntah anak jiran sebelah pun tak berapa kenal. Kesian kan.. dunia makin canggih tapi anak-anak tak ada pendedahan kemahiran bersosial (selain waktu disekolah), aktiviti-aktiviti fizikal, bersukan... ini semua sebab duduk depan TV lagi best.. main game lagi best. 

Dan sebab tu juga kanak-kanak sekarang banyak yang menghidap Obesiti. Masa kita kecik2 dulu, boleh kira berapa orang budak yang chubby dalam kelas.. tapi sekarang, itu semua fenomena biasa.

Bukan korang je yang rasa risau dengan keadaan zaman ini, aku pun turut merasakan yang sama. Persoalannya "Macammanalah anak cucu kita nanti?" Nak dibiarkan bemain di padang pun dah takut.. bukan padang, depan rumah pun takut.. masalah culik kanak-kanak berlaku hampir setiap bulan. erm...huh! sambil hembus nafas..



"Mummy.. saya suka tengok video ni!" sambil cium cium...

Kena kuatkan semangat! Bila eiman dan besar sikit, kita pergi main di padang sama-sama ye! Mummy akan cuba seimbangkan aktiviti fizikal eiman selain tengok Youtube lagu Rain-rain go away je hari-hari! Mummy pulak yang jemu walaupun Eiman steady je tengok hari-hari lagu yang sama sambil tepuk-tepuk tangan gembira. hihihi

Sekian.