Wednesday, 20 November 2013

Enjoy Sakan di Kolam Renang Pusat Maritim Presint 5 Putrajaya

Salam,
Hye, Sabtu lepas family aku datang ke rumah kami di Putrajaya. Ada kenduri kahwin saudara, jadi menginap la di rumahku yang kupanggil "Rumahku Homestayku". haha Memang kecik tapak tangan Nyiru aku tadahkan. Lai Lai Lai... rumah aku tu memang selesa sebab akan nampak kemas sepanjang masa. Tak Yah susah susah... (aku kan duduk dengan mak mertua kat KL)

Dan memang kebiasaannya kalau Kakak aku datang, budak kecik Pika tu mesti nak main air. Masa nak bertolak dari rumah kampung, dia dah nak pakai Swimming Suit. haha buat lawak si Pika ni. Dah satu hal kena pujuk pakai Baju kurung, nak pergi kenduri kahwin kan.

Nak berenangnya Hari Ahad, tengok jam dah pukul 10.30. Whattt???? Dulu dah pernah terlepas mandi sebab lewat sampai. Presint 16 tutup kolamnya pukul 11 pagi. Cehh.. memang tak boleh masuk dah pun.. Habislah.. Kantoi. Mengamuk la si Pika tu nanti. tiba-tiba.. Tinggg!!!! idea. Teringat abang aku cakap dia selalu pergi Kolam dekat Pullman.

Rezeki betul, Kolam Putrajaya tu tutup pukul 12. Cantekk!

Entry RM 5 baya kat kaunter bawah. Pastu naik Tingkat 1. Lif pulak rosak. Ooo mak.

Besar.... lagi besar dari P16.. cantekk!

Terus terjun. Gembira tak terkata... Muka Puas Hati.. haha 

Naik Pelampung sambil Verangan Bawak Bot

Ni kakak Aku...

Kakak aku punyala paksa dia keluar Pelampung suruh belajar Berenang sendiri..
"Mama tanak!! Mama Takut!!"

"Mama!!"... 

Yang ni Bahagian Kanak-kanak

 Family Kakak Ku

Yang sentiasa menunggu tanpa jemu.. Tadaaa! Mak yang paling aku sayang dalam dunia!

Chomel la mak aku ni..

 Ha.. di sini juga ada dibuka kelas Belajar Berenang. Ramai weyh parents hantar anak berenang.
Bagus sekali. Berenang memang meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak.

 Okla, ni ha aku. Tak mandi pun sebab Eiman telinga bocor. Nanti aku cerita. Doktor tak bagi mandi kolam.
Kesian Eiman, nampak Pool je menjerit2 nak masuk. Sabo ye.. next time la.

Pemandangan dari luar Kolam... serius Fefeeling Obersea la.... 

Sketsa di Kolam Mandi

Haha.. Sekian.