Saturday, 16 November 2013

Menang Contest SCARER VS SQUEAKER BY CHURP2 dan GSC

Salam,
Lately, memang aku agak rajin masuk pertandingan dari Nuffnang mahupun Churp2 ni. Kalini pertandingan Buat Muka Seram atau Buat Muka Penakut sempena hari #GSCHORRORFEST.

Isk Takkan nak masuk seorang je.. kena ajak laki aku ni

Aku:"Abang, Jom masuk pertandingan buat muka seram nak?"
Husben: "Haa? muka seram apa pulak ni"
Aku: "Contest dari Churp2! Hadiah dapat Premier Screening dengan Cap @ Umbrella dan Churpie Plushies"
Husben: "Nak buat macam mana?"
Aku: "Ala, abang buat camni je! (Harrr! sambil tayang gigi kerutkan muka)
Husben: "Isk Abang tak reti la"
Aku:"Tak kira! Buat jugak!"
Husben: "Abang tak reti la"
Aku:"Tak kira! Buat jugak!"
Husben: "Abang tak reti!"
Aku:"Tak kira! Buat jugak!!!!!!!!!!!!"

Ni la hasil paksaan aku:

"Abang, mana ada muka seram tengah senyum!"


"Ala.. tak macam muka seram pun!"

Hasilnya.. haha cam tak scary je.. belasah jela bang!

Squeaker Pulak
"Ha! Sekali tangkap pun dah jadi!, ini baru bakat bang" sambil riak riak

Keputusan

Jeng jeng jeng...


Aku : "Abang, gambar abang menang la!"
Husben: "Ha?? Yeke!! hihi"
Aku : "Ala dia pilih gambar abang la! Dia tak pilih gambar i... "
Husben: "Ha.. nampak tak siapa yang berbakat sebenarnya??" sambil angkat kening, senyum senget.
Aku : "Cehh...." nyesal bgtahu

Sekian. Apepun dapat churpie plushie lagik!