Tuesday, 19 November 2013

PENGORBANAN SEORANG IBU

Salam,
Harini aku rasa ingin meluahkan sesuatu, entah kenapa terasa sebak je. Bila terkenangkan hampir satu tahun aku telah menjadi seorang ibu pada khalifah yang diamanahkan. Aduh..sekejapnya masa itu berlalu.
---------------

Setiap kali, kami bersiap kerja, terasa berat hati ini, melihat wajah si anak kecil itu. Terpaksa kami tinggalkan. Sayu.. apakan daya kuatkan hati demi membantu suami mencari nafkah. Kerja seorang manakan mampu menampung belanja seharian. Jadi suri rumah? Jauh di sudut hati kami, kami mahu mengasuh anak dengan tangan dua kerat ini agar dia sempurna dengan kasih sayang seorang ibu.

Setiap kali, kami di pejabat, tak pernah sekali kami lupakan si anak kecil itu. Bimbang.. bimbang...bimbang.. "Sudah makan kah?" "Tidur lena kah?" "Rindu pada ibu ayah kah?" ... Tapi dari mana kekuatan itu datang. Semangat seorang ibu memang tiada tolok bandingannya. Tak kan mampu diukur dengan apa-apa sekali pun.

Setiap kali, kami terpaksa pulang lewat. Bagaikan satu berita sedih yang terpaksa ditelan. Rindu.. rindu.. rindu.. Melihat jam tangan, seminit bagaikan sejam sehingga terasa terlalu lama meninggalkan si kecil. Aduh! cepatlah masa berlalu.. ingin sekali ku tatap wajah kecil itu tersenyum melihatku pulang!

Setiap kali, kami terkenangkan pengalaman melahirkannya. Masih terasa sakitnya torehan pisau pembedahan di badanku. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Beminggu tak mampu berdiri dan tak mampu menguruskan diri. Pabila, melihat dia menangis meminta susu. Entah datang dari mana datang penawar kesakitan itu. Melihat dia ketawa riang entah dari mana datangnya kegembiraan itu. Jika sakit itu mampu diberikan pada suamiku, aku rela menghadapinya. Biarkan aku yang tanggung sendiri, kerana sakit itu adalah nikmat yang sangat hebat. Pertalian aku dan anakku selama 9 bulan, tak mampu dibayar dengan suatu apa di dunia ini.

Setiap kali, kami ke shopping mall. Biar tiada satu apa pun untuk diri aku. Sedar tak sedar bakul pun penuh dengan barang-barang untuk si kecil itu. Biar ibu tiada berganti baju, biar ibu tiada bertukar handbeg, biar ibu tiada itu ini.. asalkan kamu sempurna di mata ibu.

Setiap kali, aku bersolat, akan aku doakan kesihatan yang baik buat anakku, akan aku doakan agar dirimu dipelihara oleh-Nya sentiasa dipelihara wahai anakku! Biarkan sakit jerih perih itu ibu yang menanggungnya asalkan kamu sempurna di mata ibu.

Anakku, 
Jadilah  insan yang berguna pada agama, 
Jadilah insan yang baik di dunia,
Jadilah pertama hati ayah & ibu,
dan 
Jadilah tauladan yang baik pada semua.

Anakku sayang.


-----------sekian.

Entah kenapa menitis air mata ni... ibuku, aku sayang padamu!