Monday, 4 November 2013

Tahniah Nuren & Mino Di Atas Kelahiran Baby Nathania Arzu

Salam,
Minggu lepas aku berkesempatan untuk melawat kawan baikku Nuren yang telah selamat melahirkan bayi perempuan. Aku pun rasa excited sangat tak sabar nak jumpa baby yang selama ni duduk 9 bulan dalam perut tu. 

Bayi yang chomel tu diberi nama Nathania Arzu ... maksudnya Pemberian dari Tuhan/ Rezeki Allah.. 

Ha.. cantik betul namanya. Masa jumpa ni, Nathania dah 2 minggu lebih dah.. ni gambar Nathania yang sempat ku tangkap..

Manisnya alahai!


Eiman berjumpa kawan barunya

Kawan ku yang di sayangi.. hampir 20 tahun aku mengenalinya.. dari sekolah rendah.. sampailah masing-masing dah ada anak.. wow... cepatnya masa berlalu..

Alhamdulillah.. semuanya selamat. Syukur pada-Nya yang lebih mengetahui segala isi alam ini.

Lepas ni, jumpa lagi.. mesti baby dah besar skit.. erm.. rindula kat baby Nathania!

Sekian.