Friday, 29 November 2013

Telinga Bayi Ku Keluar Nanah

Salam,
Hye dah bertemu hari Jumaat balik dah kan.. cam.. "ehh, bukan haritu Jumaat ... ni dah Jumaat balik..." erm..

Ok, haritu aku pernah upload kat Facebook gambar Eiman di KPJ Ampang sebab telinga bernanah kan. Aku pun dah janji nak cerita. So, di suatu pagi Sabtu, aku dengan husben keluar minum di sebuah kedai makan nama Saleha area Pandan. Excited sangat sebab pertama kali kami bertiga naik motor pergi kedai. 

Masa tengah makan nasi lemak tu, suami aku terperasan 
Suami : "Eh, apa yang kat telinga Eiman tu?"
Aku : " Mana? ehh... apa ni, sambil ambil tisu lap cecair kekuningan di cuping telinga"
.... "Ehh nanah ni bang!"
Suami : "Betul ke?"
Aku tunjukkan tisu lap tu..
Aku : "Abang, jom jom.. kita kena pergi Hospital sekarang.. dah dah cepat makan!"

Gambar masa sampai.. belum mandi.. menunggu GL lama sangat

Haa... betapa cuaknya aku Allah sahaja yang tahu. Memang tak mandi pun kami bertiga pukul 9.00 pagi terus ke Hospital KPJ Ampang. Mula2 husband aku nak bawak pergi klinik biasa je.. Mana boleh kan, ni kes berat ni!! Aku paksa juga ke KPJ terus refer Pakar kot2 ada apa2 kan..

Tak ramai sangat pesakit pagi tu, jadi Doktor di Emergency terus refer kami ke Pakar ENT. Dalam hati risau ni selagi tak dpat kata putus doktor apa penyakit Eiman. Menuggu GL Husben aku dan menunggu giliran memang lama sangat. So kami balik mandi dulu.. kasi wangi baru jumpa doktor.

Doktor : "Mengapa dia? Wafri Eiman... sakit apa?
Aku : "Telinga dia keluar nanah doktor!"
Doktor : "Ok, duduk kat kerusi tu, ibu pegang anak, kepala dia biar ke depan"
.. ikut je doktor suruh..
Doktor : "Ohhh.. keluar nanah ni" .. doktor ambil cotton bud dan korek nanah di dalam telinga.
"Ni awak kena tengok saya buat ni, nanti balik rumah kena buat selalu.. lepas cuci dengan cotton bud macam ni, titik ubat tepi cuping telinga pastu tolak masuk ke dalam telinga. Kalau ubat tu meleleh keluar takpa".. "Kena rajin buat cepatla baik"
Aku : "Kenapa jadi macam tu doktor?"
Doktor : "Dia duduk dengan pengasuh ke Taska?"
Aku : "Pengasuh"
Doktor : "Kalau pengasuh cepatlah baik, kalau taska... berbulan-bulan pun tak baik" hahaha...
Boleh je doktor ni ketawa..
Aku : "Teruk ke doktor?"
Doktor : "Gegendang telinga dia bocor, sebab demam selsema selalu kan? takpa, jangan risau. Nanti dia baik sendiri"

-----ahh... lega..

Last sekali doktor ni cakap sesuatu kat kitorang.. memang power!

Doktor : "Apalah budak ni, macam mana telinga bernanah, duduk tepi lombong ke..."

haha... kelaka la doktor ni.

Yey! Saya dah wangi.. kikiki.. balik mandi dulu.


So buat parents yang pernah alaminya.. boleh refer sini... kenapa terjadi Telinga bernanah:


Alhamdulillah, dalam seminggu Eiman dah baik dah.. rajin cuci dan titis ubat je. 

Ok.. Sekian.