Tuesday, 19 November 2013

TERIMA KASIH CHURP-CHURP!

Salam,
Hye... entry lepas aku ada cerita berkenaan menang Contest Scarer Vs Squeaker kan.. jadi rasa tak sabar lah nak gi ambik hadiah. Memandangkan husben aku cuti kerja malam kami pun menerjahlah ke Office Churp2 dekat KL. Dah janji dengan staff Churp2 nak datang petang tu lewat sikit dalam 6.00 petang, seb baik KL tak jam. sampai dalam 6.15 gitew. 

So cerita dipendekkan.. isi borang.. dan tadaa!!!

Yeay boleh dating tengok wayang free sambil peluk patung burung warna biru sambil pakai topi bermata hantu! hihi

Masa ni aku paksa husben aku naik office Nuffnang, sebab nak suruh dia tangkap gambar aku amik hadiah. Ada kot dalam 5 minit aku tarik dia keluar dari kereta sambil ugut nak merajuk kalau dia tanak naik. haha.. Tq husben. ngeeeeee

Ni Emilia Staff Churp2.. cantik kan? Tq Emilia!

Ni Jessica, Intern Nuffnang. Kenal Jessica masa join Lepak With Nuffies. Jessica ni peramah sangat. Senang deal dengan dia. But so sad, dia kata lagi 3 minggu je ada kat Malaysia, sebab lepas ni dia akan balik sambung belajar kat Australia. "It's nice to know you". :)

Erm.. ayat yang paling tak boleh lupa dari Jessica : "I baca Blog You. Anak you comel sangat!"
OMG! Cam tak caya je, blog saya ni biasa-biasa je. Anyway, "Thank You so much Jessica. You've just made my day." :)

So sayang dengan Nuffnang dan Churp2. Tq guys!

Sekian. :) Happy.