Sunday, 22 December 2013

Bercuti ke Tokyo Jepun Part 1

Salam,
Alhamdulillah setelah seminggu baru la aku berkesempatan untuk mengemaskini Blog dengan cerita Trip ke Tokyo, Jepun. Sebelum tu Nova nak ucapkan terima kasih kerana sudi singgah sini lagi dan lagi dan lagi... Lokasi percutian kami kali ini adalah Negara Matahari Terbit atas tajaan sendirian berhad dan tidak menggunakan mana-mana package percutian. Kos sekitar RM4000 seorang termasuk penginapan, makan, Tiket Flight, Tambang Keretapi, Tiket Disneyworld dan Shopping.


Mahal tak? Aku rasa cam tak mahal dan tak murah sangat sebab kami memang shopping kat semua destinasi yang kami pergi. Currency masa ni Malaysia to Japanese Yen adalah 3.26 sehingga 3.16. 

So aku akan share dengan korang tips2 dan pengalaman aku menguruskan perjalanan kami ke Jepun dengan perbelanjaan dan shopping2 sekali nanti aku share. Yeay!!! Excited kan. Ha.. kalau u olls nak tahu kenala stay tune dengan blog ai ni. Aku akan update dalam minggu ni, walaupun badan masih terasa penat lagi ni ha. ouch ouch.... 

Harini aku share dulu gambar2 perjalanan hari Pertama kami iaitu Hari Perjalanan dan Berlepas ke Haneda Tokyo.

Kami memilih Penerbangan Air Asia X kerana tiket murah sekitar RM 900 ringgit seorang untuk tambang pergi dan balik. Untuk bayi sekitar RM 250 seorang. Masa aku beli tiket ni pada bulan JUN 2013, tarikh berlepas ke Tokyo Haneda Airport bulan Disember 2013. 6 bulan persediaan telah dibuat termasuk kumpul duit, survey rumah, survey perjalanan dan sebagainya.

Hari berlepas, family mertuaku menghantar kami ke Airport dan adik ipar aku yang paling depan tu ikut trip ke Tokyo ni. Patutnya dua2 tu ikut trip ni tapi sebab yang buat Peace tu ada exam dan kelas di UITM terpaksa di burnkan je tiket dia.. jadi yang pergi 5 orang je la.


Nak cerita dalam Flight... OMG, bertolak tengah hari dalam pukul 2.30 petang kan. Aku dapat rasakan Eiman mesti meragam kat dalam flight ni.. Ya ampunn!! memang pun, boleh je dia buat konsert dalam flight tu.. payah betul nak tidokan dia.. nasib baikla pakcik Jepun kat sebelah tu baik so dia takda la complain.. lagi suka kat Eiman lagi adalah. Adohai Eiman.

Kami beli Hot Seat untuk dua seat di depan dengan harga sekitar RM220 seorang jadi untuk 2 seat dalam RM440, kami ambik yang depan sebab ada Bassinet (katil baby) so Eiman boleh tido kat situ. Takdala lenguh nak memangku je dia. 7 jam perjalanan tu.


Masa ni Eiman tido kejap.. bolehla mak pak bergambar jap haha

Lepas 7 jam berhazab di dalam flight maka kami pun landing la di Haneda Airport Jepun. Ni gambar masa di terminal. Muka Eiman pun dah letih menjerit tu.

Tempat pertama yang dituju adalah.. Toliet... haha.. tukar Pampers Eiman.. yes.. aku tak paham nak tekan butang mana. Tulisan dalam jepun so aku berpandukan gambar la. Memang tandas yang tersangat oohsemm.. sangat canggih dan bersih! Jauh beza dgn tandas rumah aku!  

Setibanya kami, terus mencari jalan keluar, tak susah mana pun ikut je semua orang berjalan berpusu-pusu cam ada kebakaran kat belakang tu la jalan keluar. First thing noted, Japanese people walk very fast. Kitorang masih membawa budaya lenggang mak kangkung lagi.. haha... siap kena langgar lagi ha..

Ambik teksi dan Mpv di luar Terminal. Rumah kami di Ota (dalam 30 minit dr Airport Haneda) dan kami cuma perlu bagi Alamat tempat tinggal dalam bahasa Jepun, aku dah siap2 print dah sebab Japanese tak reti sangat tulisan Rumi ni. Tempat tinggal aku cari di Airbnb.com dan itulah yang palng murah aku dapat. 2 bilik ada 6 toto dan selimut tebal, boleh guna dapur dia, bilik air pun lengkap ada mesin basuh semua bagai.. Harga dalam RM 2500, so bahagi 5 dalam RM500 seorang untuk penginapan seminggu. Ya paling murah tu, sebab aku tgk hotel mak hai kira ikut kepala tak agak2 tu paling murah pun dalam RM 100 sehari.. itupun hostel tau share bathroom n kitchen.

So sampai pun dah malam sekitar jam 10.00 malam, kemas2 barang dan berkenalan dengan tuan rumah pastu tido. Baik betul tuan rumah ni siap angkatkan barang kami ke dalam bilik. Nice Italian man giteww!  

Ha.. nila bilik kami.. selesa... ada pemanas udara sebab sana sejuk sangat.. sebab orang malaysia ni biasa panas panas.

So, camana, nak sambung tak? haha tu baru intro je, aku akan sambung Hari pertama kami di Part 2, stay tune k!

Kesimpulannya:
  1. Flight by Air Asia X harga RM 900 seorang dewasa, bayi RM 250.
  2. Seat aku upgrade Hot Seat denagn tambahan duit RM 440 untuk 2 orang di bahagian depan sebab nak Bassinet (Bassinet boleh minta pada Flight Atendance lepas kapal terbang berlepas dan sign pakai sit belt di padamkan)
  3. Luggage aku beli dalam 80 kilogram RM 600 untuk kami berlima. Makanan dan cecair TAK BOLEH bawak naik/Hand Carry. RM 600 tu termasuk makan atas flight pergi dan balik untuk 5 orang. Aku beli atas 2 nama so 40 kg seorang.
  4. Tempat tinggal RM 2500, 2 bilik ada 6 tilam futon selama seminggu. 
  5. Untuk mencari tempat tinggal di Airbnb seperti Nova sila daftar di sini ya : 
    https://www.airbnb.com/c/nleeza?s=3&i=1 Bagi Nova murah sebab kami trip group yang besar jugak. Lokasi rumah di Ota Japan. ~P/s : kalau register pada link tu, Nova berikan anda RM 106 off untuk tempahan bilik anda! Best tak?
  6. Teksi 1 dan MPV 1 di Airport dengan harga lebih kurang RM 80 ke RM 90 ringgit seorang dengan jarak perjalanan ke rumah dalam 30 minit. Dia pakai meter. Train tamat beroperasi jam 12.00 malam. Selalunya tak sempat nak kejar train, lagipun baru je sampai masih tak pandai.
  7. Tak perlu Visa ke Jepun, hanya Passport baru yang ada CIP di depan.
  8. Memang best guna Airbnb, ni la stefano happy dengan kehadiran kami:

Ok to be continue dengan Hari Pertama kami di Shibuya dan Shinjuku

Sekian. Stay Tuned!! Salam.

Untuk baca 6 Part Berkenaan Percutian ke Tokyo sila Search TOKYO pada kotak search blog ini ye.

Untuk Cadangan itenary, sila search : ITENARARY/ PLAN / TENTATIVE BERCUTI SEKITAR TOKYO, JEPUN di kotak search

Maklumat lanjut berkenaan suntikan search : Suntikan Influenza sebagai Persediaan ke Jepun.