Wednesday, 25 December 2013

Bercuti ke Tokyo Jepun Part 3 (Sensoji Temple, Nakamise Street & Tokyo Tower)

Salam,
Holla, hye semua. Selamat Bercuti bagi yang berada di rumah tu.. yang tengah melancong.. berhati-hati di jalan raya. So, harini aku nak sambung lagi cerita bercuti di Tokyo Part 3. Masih segar lagi di ingatan percutian kami minggu lalu. Pagi Selasa tu, cuaca tak berapa baik.. hujan turun sejak pagi hingga jam 12 tengah hari. Kami hampir-hampir mengalah untuk keluar rumah. Memandangkan cuaca terlalu sejuk dan dingin.

Oii mak sejuknya oii!!

Jam 12.30 tengah hari, hujan pun mula reda dan berhenti.. Alhamdulillah, hujan berhenti awal kerana mengikut ramalan cuaca, hujan hanya akan berhenti jam 4 petang. Gembiranya rasa hati hujan berhenti lalu mengucapkan kesyukuran pada Illahi. Kami pun bersiap2 walaupun sudah agak lewat sebenarnya kan. Suhu sekitar 2 darjah celcius... wah!! sejuk ni. Jadi kami siap2 pakaikan eiman baju tebal Long Jack di dalam dan kemeja. Dilapis lagi dengan baju winter lagi. Haa..ko kira berapa lapis? Masa keluar rumah tu, bercakap pun keluar asap woii. Stefano pulak takda kat rumah sampai hari Jumaat sebab dia pergi bercuti di Osaka memandangkan kami menyewa agak lama, jadi bolehla dia berjalan-jalan pulak. Katanyerr!!

Sejuk sangat sampai tak rasa hidung dengan mulut ni. Risau jugak kot kot Eiman tak tahan, tapi dia pulak yang steady je. Disebabkan letih bermain dan puas menyusu, eiman tidur lena semasa di dalam perjalanan ke Sensoji Temple.

Haha.. tengokla tu dah mula mengantuk dah.. huarghhh. aip tutup mulut la.
Ibu nya kata dah macam nak ke bulan. hihi

Actually di sini ada ramai penarik beca, tak sempat nak snap.. Jalan menuju ke Temple.

Tadaa!! Sampai dah.. Sensoji Temple. Ramai student yang datang melawat.. macam student Jepun je semuanya. 

Depan pintu gerbang utama tu, sepanjang lorong ke Temple adalah Nakamise Street. Di sini lah kami beli sourvenir tuk kawan-kawan. Erm.. harganya ya Ampun Mahal.. ni nak bagitahu, Keychain yang paling cikai pun harga RM 6.20 kau! Hado! Maafla kengkawan tak dapat tu, i tak beli banyak.. Fridge Magnet pun RM12 satu.. adoi.. tepuk kepala.


Nampak comel je semua ni.. rasa nak itu nak ini.. tapi apakan daya.... tengok jela.. tepuk kepala bekali-kali..

Mak, Nurul n Kakak aku. Mak pose megantuk. haha

Eiman selamat mendarat ke bulan. kikiki.. lena! Aku singgah beli penutup mulut hidung untuk eiman, risau sejuk sangat.

My love.. eiman tengah nyenyak lagi. Mulut dan hidung ditutup untuk elak sejuk nanti selsema lak 

Cantik kan. So Jepun!

Ha, belakang tula Temple dia. Aku tak masuk pun sebab aku bawak budak kecik. Tengok dari jauh jela. Lagipun tujuan utama sebenarnya beli sourvenir jer.

Masa ni aku kat kedai souvenir, Eiman dekat mak n kakak aku, So sebatang kara la aku menyelesaikan pembayaran. Masa ni jugak la ada skumpulan Bangladesh singgah di kedai yang sama. Tiba-tiba aku telah di sapa oleh seorang mat bangladesh

"Are you from Bangladesh?" - shah rukh khan
"No, Im from Malaysia"  - aku (Cam minah bangla ke aku ni?.. haha kuang asam betui)
"Oh, Malaysia. How many days are you here? - Shah Rukh Khan 
"Oh just for a week.. im coming for a trip" - aku
"Oh, im here for a Conference, im coming with 11 people from Bangladesh" - Shah Rukh Khan
"Where did you stay?" - Shah Rukh Khan..
"Alamak, dia ni banyak tanya lak.. mana la laki aku ni pergi... OK Ok.. i need to go" cecepat aku ambik barang dan meninggalkan Shah Rukh Khan tadi terkapai-kapai..haaa tu dia.. laki aku... dok melilau menengok temple.. Sabo jela.


Inilah sensoji temple yang diceritakan orang tu..

Aku pun tarikla laki aku mencari mak n Eiman. Tada!! Saya dah bangun! Eiman bangun terus lapa, bagi makan biskut. Masa kami membeli belah ni, ramai pulak makcik2 jepun yang berhenti kat Eiman, tengok dia.. cubit2 dia.. main acah2 lagi... dia cakap "Kawaaiii".. comel!.. hihi. chomel ke saya ni?


Sekali lagi Kenderaan saya dijadikan... tempat sangkut barang alahai jatuhlah saham saya Mummy! Payung pun sangkut sini ke Mummy?

Dekat tepi kedai2 tu ada beberapa buah kedai handbeg... serius kualitinya bagus betul.Walaupun tahu dah made in China. Harga pun boleh tahan semua beg harga 2000 Yen. Lebih kurang RM 64. Aku rembat satu. Mak rembat 3, Nurul rembat 2. Kayo tokei kedai kena serbu dengan kami. haha.

pose depan kedai jap. Tengokla tu kasut boot semua murah2 je

Ni diantara Rice Cracker yang banyak dijual di sini. Memang banyak betul makanan ringan dijual, cuma tak berani nak makan sebab takut tak halal.

Gambar eiman dan Alangnya Nurul semasa di kedai Kimono teman Opah memilih sehelai kimono buat Pika. cucu kesayangan Opah la katakan. Kat sini juga boleh dapatkan baju I LOVE TOKYO dengan harga 1500 yen.

Aku pula belikan sepasang sepatu Jepun buat Pika. nice kan?

Selesai kami bershopping dan menikmati pemandangan di Asakusa, kami bergerak ke Tokyo Tower. Memang jauh la stesen keretapi dengan Tokyo Tower tu, adalah dalam 15 minit berjalan. Chayok chayok!

Kasi daddy nya pulak dukung.. mak nya penat 

Melintas jalan kena tunggu lampu hijau ye, bagus betul.. lagi lama aku duduk di Jepun ni boleh jadi berdisplin tip top tip top!.

Yeay smpai di bawah kaki bangunan Tokyo Tower yang sebijik bentuknya macan Eiffel Tower kat Paris tu. Tokyo Tower pun jadikla!

Ha, melambak beg plastik shopping dekat Stroller tu. Nasib baikla bawak kan.. kalau tak pikul la sesorang!

Pemandangan di waktu malam. Nice kan.

Kami pun beli la tiket dengan harga 820 Yen dalam RM 28 ringgit seorang. Yeay!!


Daddy jugaklah yang mendokong Eiman

Bandar Jepun memang sarat dan penuh dengan bangunan

Actually lantai kaca ni boleh nampak terus ke bawah.. gayat nyer.. ggrggrrggrg

Ok, ni ada satu cerita, cewah kalau aku takda cerita cam tak sah kan. Ceritanya, bola besball ni telah dijumpai di atas menara Tokyo tu. Masa mereka angkat antenna tu ke bawah, mereka jumpa bola ni. Cam WTH??? camana ko boleh duduk kat atas tu.. siapa yang hebat sangat pukul bola sampai terbang ke atas kan!!


So, kitorang pun dengan kagumnya pun bergambar la dengan bola tu...  hahahaha kagumnya! haha

Remaja Jepun pun lelepak kat atas sambil menikmati pemandangan bandar Tokyo!

Hiasan dari atas syiling yang sangat cantik!

Ada satu ruang kat situ kita boleh tulis nama dan gantung! Semestinya aku tidak mahu melepaskan peluang ini

Minah Bangla tengah buat perasmian tandatangan. alalalla haha


Ok.. lepas tu turun balik, bergambar pulak kat bawah!

Pokok Krismas pun ada jugak

Ni mak saya. I love u mak.

Cewah... pengantin lama ni.. sibuk nak enterframe kan.

Im in Paris! haha

Eiman takda perasaan pun, makan biskut lagi best Mummy.

Eiman dengan Opah

Last sekali... ni ada video masa di Tokyo Tower


Ha.. tula hari ke tiga. best tak best tak?

Lepas ni Part 4 aku update kami berjalan di Akihabara (Gadget Town) dan Makan Makanan Halal di situ.
Malam pulak kami ke Ginza Metropilitan City! malam di Ginza Eiman boleh je mengamuk2 kan.. ok later i story k.

Tq sudi singgah. Tips kali ni pulak:
  1.  Sentiasa bawak botol mineral kosong di dalam beg, kebanyakan tandas di Jepun tiada pili air.
  2. Makan nasi sebelum berjalan keluar (kami makan pukul 11 pg) sekurang-kurangnya perut tak lapar walaupun tak makan sehingga malam. Serius boleh kurus macam ni.
  3. Makanan ringan seperti biskut dijadikan bekalan sepanjang perjalanan.
  4. Untuk menaiki Keretapi di Jepun, anda boleh beli Pasmo kad, cuma topup kalau duit habis. Boleh digunakan di semua rangkaian keretapi termasukla JR LINE, YAMANOTE LINE, ASAKUSA LINE dan sebagainya.
  5. Sentiasa bawa Map Train nanti senang nak cari jalan, takpun tunjuk lokasi di Map masa nak tanya sesiapa.
  6. Untuk mencari tempat tinggal di Airbnb seperti Nova sila daftar di sini ya : 

Ni la kad PASMO, bukan keretapi je, bas pun boleh guna. Boleh beli kad ni di Mesin kad (ada selection bahasa Inggeris) dan deposit adalah 500 yen. Dah pulang kad baru dia bagi balik duit deposit. Aku tak pulangkan pun, aku simpan je buat kenangan.


"Abang, muka saya macam minah Bangla ke?" -aku
"Ada sikitla" - Husben aku
:p

Erm.. ok sekian. Sehingga berjumpa lagi.

Untuk baca 6 Part Berkenaan Percutian ke Tokyo sila Search TOKYO pada kotak search blog ini ye.