Monday, 2 December 2013

Suntikan Influenza Untuk Bayi dan Ibu Bapa

Salam,
Hye...harini aku nak share mengenai Suntikan Influenza. Ha.. Apakah? Apakah itu Influenza?
Aku rasa terpanggil untuk menulis berkenaan wabak Influenza ini. Wabak ini berjangkit melalui udara. Ya! Hanya persekitaran sekeliling kita yang tercemar dengan virus ini, maka kita akan berisiko untuk mendapat Jangkitan Influenza. Ingat tak pada tahun 2010 tak silap, kita dikejutkan dengan kematian yang mendadak disebabkan Virus H1N1. Memang scary sangat sebab bilangan yang maut tak terkira banyaknya. Namun virus yang hampir dilupakan ini, masih aktif bergerak dan rakus mencari mangsa seterusnya. Maka,sebab itulah mereka yang ingin mengembara ke luar negara digalakkan dan dinasihatkan untuk mengambil suntikan Vaksin Influenza ini.

Ni buku Eiman.. dah update suntikan Influenza

Suntikan ini adalah untuk mencegah dari jangkitan selsema babi iaitu H1N1, H3N2 dan Influenza B. Ia adalah vaksin yang mengandungi virus yang tidak aktif disuntik ke dalam badan. Badan akan mengcam virus ini dan sekaligus memberikan perlindungan yang sepatutnya kepada badan jika virus tersebut menyerang badan seseorang. (secara senangnya diterangkan, sebab secara saintifik tak dapat nak bagitahu sebab aku bukan doktor)... Itulah yang diterangkan oleh Doktor tadi semasa aku, Eiman dan husben aku mengambil suntikan vaksin ini. Adoi.. sakit lagi ni..

Doktor menyarankan agar vaksin ini diambil selewat-lewatnya 3 minggu sebelum mengembara. Masa aku ambil pagi tadi, cuma tinggal seminggu sahaja lagi sebelum kami je Jepun. Kenapa mengambil masa sehingga 3 minggu? Kerana vaksin ini memerlukan masa untuk menyiapkan perisai terhadap virus influenza dalam badan seseorang, maka 3 minggu selepas suntikan adalah tahap di mana badan 100% bersedia dari virus influenza. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna suntikan kami tadi tidak memberi apa2 kesan. Dalam masa seminggu badan kami telah dilindungi hampir 30% ke 40% dari virus tersebut. Sekurang-kurangnya adalah sikit kan. 

Apa yang aku nak tekankan di sini adalah jika boleh, ambil vaksin ini setahun sekali, tidak semestinya bagi yang mahu ke luar negara sahaja. Vaksin ini amat baik dan bagus untuk mencegah jangkitan paru-paru yang kronik. Kalau bayi, setahun sekali pun bagus. 

Berapa kosnya??
Masa aku cucuk tadi Disember 2013 harga adalah sekitar RM 70 ke 75 ringgit. Kami dapat klinik yang charge RM 70.. so untuk bertiga, terbanglah RM 210. hihi takpela, untuk diri sendiri jugak. Kereta boleh upgrade, HP boleh canggih takkan untuk diri sendiri pun nak berkira kan??? Apatah lagi untuk anak kan kan kan kan.

Erm.. apa lagi ekk.. Oh ya, aku juga nak pesan, bagi mereka yang dah ambil suntikan, akan ada kesan sampingan selepas cucuk ni. Diantaranya, badan terasa panas, tekak terasa kering, tempat suntikan terasa kebas dan sakit, dan akan ada bengkak sedikit. Ia bergantung pada daya ketahanan badan seseorang jugak. 

Pantang??
Dan apa yang penting di sini, ada doktor ni bagitahu aku dalam seminggu selepas suntikan, elakkan makan telur (takut jadi gatal-gatal), elakkan ubat antibiotik, ubat selsema.. ermm.. senang cerita kalau nak ambik apa-apa ubat consult@berunding dengan doktor dulu. Ada yang boleh ada yang tak boleh. Masa aku cucuk ni, aku kena asma pulak, ambil nab dan makan ubat asma. Tu sebab doktor kata boleh. Ubat selsema dia tak bagi makan dulu... takut jadi berlawan dengan vaksin tadi... jadi panas badan. Buat ibu mengandung 1st Trimester pun kena consult, dan mereka yang ada apa-apa alahan ubat. Pastikan inform pada doktor k!

Ha, so nampak dah pentingnya suntikan ni. Suntikan ini akan bertahan selama 1 tahun, ehh aku dah cakap ke? k takpela.. buat kanak-kanak bawah 5 tahun, warga emas 60 tahun ke atas digalakkan ambil. Bukannya dah sakit baru nak cari ubat. Pencegahan itu penting ya tuan-tuan & puan-puan. Sebab aku dah pernah kena dah Pneumonia, Allah panjangkan lagi umurku untuk hidup di bumi ini dan melahirkan baby Eiman. Memang tak dapat nak gambarkan macam mana sakitnya, bukan macam demam biasa atau selsema meleleh-leleh tu.. 

Pengalaman kena Pneumonia memang tak dapat kulupakan. Hari-hari kena suntik antibiotik yang MasyaAllah panas dan peritnya ubat tu lalu di saluan darah... pergh... menangis-nangis aku ni ha. Dahla demam panas.. belakang rasa sakit ya amat...tak boleh nak bangun...sebab paru-paru diserang nak bernafas pun susah kena pakai Oksigen. Kalau tak dapat lepas serangan masa tu lah... memang ICU dan aku silap2 dah jadi arwah.... Syukur...!!!! 

Jadi, di atas pengalaman itulah aku share kat korang. Okla.. semoga jadi penambah pengetahuan dan apa yang baik dari Allah, apa yang buruk dari aku. Sekian.

Nak baca cerita lama boleh ke sini: KU KENA PNEUMONIA

Salam.