Wednesday, 30 January 2013

PANIK!

Salam,
Rabu dah harini, 30 January, tinggal sehari lagi masuk bulan Februari. Tak lama dah waktu itu nak sampai, sekarang ni kandungan aku masuk 36 minggu bersamaan 9 bulan. Ha, orang kata, kena ready sebab bila-bila masa je air ketuban boleh pecah.Cuak pun ada jugak sebab pirst time kan. Perkembangan terbarunya, tarikh bersalin telah dianjak kepada 15hb Februari 2013, lepas Solat Jumaat. Menurut doktor, lebih baik bagi baby ni masak ranum cukup2, 37 minggu 5 hari. Aku dan husben ikutkan je, asalkan yang terbaik buat baby ni.

Balik dari check up kat Putra Medical Centre di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, terasa badan penat betul. Walaupun tak berapa jauh, dalam 45 minit perjalanan, masa menunggu untuk berjumpa doktor tu yang buat aku GILA. Mana taknya, time cuti kan, berjam gak aku menunggu, panas punggong ni.
Semasa balik dalam kereta, aku dengan husben dok cerita pasal bersalin, macamana nanti, apa patut nak bawak, bila nak bertolak semua la. Pastu keluar topik air ketuban.

Aku : "Abg, kalau air ketuban pecah sebelum 15 Feb macamana??" 
Husben: "Jangan la camtu, cuak abang nanti" katanya. 
             "Cube rasa jantung abang ni, kencang lagi ni, risau lepas sembang dengan doktor tadi"
Aku : "Ha ah la, sambil tangan kat dada dia, lajula"  hihi (ketawa dalam hati)

Sampai kat rumah dalam pukul 7.50 malam, sempat ni nak solat Maghrib. Aku pun siap2 bertelekung, dan duduk tepi katil menghadap kiblat. (Aku solat duduk). Masa duduk tu, aku terasa tilam tu basah, banyak pulak tu, patutla dilapik dengan towel. Aduh.. siapa pulak la yang tumpahkan air atas tilam ni, Ishh!!!

Aku : "Abang.. Abang....!! (dengan suara bini memanggil laki yang duduk kat luar)
Maka laki aku pun datang, "Apa? Apa?" sambil berjalan masuk bilik
Aku: "Abang, tengokla tilam ni ha basah lenjun ni"
Husben aku pun tengok keadaan tilam yang basah lenjun tu dan dengan tak semena-mena
"Ha.. basah???!!#$#%$^%^& ... " sepantas kilat tangan dia meraba ponggong aku yang tengah bertelekung lagi, dia tarik2 macam nak tercabut dibuatnya..
Aku :"EHHHHHH!!!! Apesal abang ni.. ehhh...." sambil menepis tangan dia yang masih manarik dan meraba ponggong.

Dah sah, ni mesti dia ingat air ketuban aku pecah ni!!
Aku: "Bukan air ketuban la bang!!!!!! Ntah air apa tumpah ni, si Pika buat kot!! "
Husben :"Bukan air ketuban????? ahh..... Aduhhh tekejut abang!! Ingat air ketuban tadi!!".. naik merah muka laki aku , barula laki aku berhenti menarik2 kain telekong aku.
Hahahahahahahha... Panikla tu!

Skian.
Sambil tersengih lagi teringat muka dia yang cuak tu.

Friday, 25 January 2013

HAPPY BIRTHDAY TO ME N PIKA

Salam,
Quick Update,
Last week besday aku. Jadi untuk mengelakkan yang tersayang terlupa besday kita, masuk 1 Januari je siap2 ingatkan "Abang, lagi 14 hari taw!!" hahaha...  bak kata Ustazah Bahiyah, orang laki ni memang susah nak ingat tarikh2 besday ke anniversary ke bagai. Jadi siap2 ingatkan, at least 3 hari. Ha... tu la petua mengelak laki bini gaduh kan kan.. hihi kalau nak request besday present pun boleh siap2 cakap.. Biarla mak muka tak malu kan, janji tak sentap hari jadi nanti. haha
Tapi kali ini punya besday aku tak mintak apa2 pun, Kek n Makan2 skit pun ok sebab kena jimat2 baby nak keluar dah, lagi pun duit nak besalin pun kena kumpul sendiri, company husben tak tanggung. Ha... tula kalaula Insurance bleh cover untuk besalin kan kan... bak kata agent Insurance "Bungkusla camni kak kalau besalin dia cover" haha
Jadi masa celebrate besday tu, kitorang Joinkan sekali besday si Pika. Ha.. nyum2, kek ni aku pilih sendiri kat Secret Recipe Tanjong Malim. Konon2 dah bosan dengan Tiramisu, Black Forest mahupun Indulgence (betulka ejaan?). Ingat nak amik perasa Mango, tapi takda, yang ada perasa Peach. Nampak cam sedap je, amikla sekilo, dalam RM 80 kot.
Nampak sedap je kan.. tapi, topping dia menghampakan, gula gula dan gula.... eww eww
Mak Teh n Pika

See the BONCIT??

Acara Feveret Pika "Tiup Lilin"

Trima kasih En Suami :) piu piu piu

Love u Nenek
Ok.. itu sahaja, nanti update lagi.

Skian.

Thursday, 24 January 2013

Ada Harapan Jadi Bapak Yang Baik

Salam,
Ha alang2 mengadap ni, masa membelek-belek gambar yang nak di upload tadi, aku ternampak beberpa keping aksi anak sedara aku berposing dengan laki aku. Ha, maklumlah dah duduk kampung kan, ada la anak sedara yang bleh buat kawan. Husben aku ni, biasanya bukannya peramah sangat dengan orang, bab2 bersembang tu memang dia tolak kat aku je selama ni. Tapi lain pulakceritanya bila dia berdepan dengan budak2.
Husben aku ni bukan duduk balik hari kat kampung, bila cuti je husben aku pun balik kampung menjenguk aku. Makin lama makin baik la dia dengan anak sedara aku ni. Memula dulu kemain takut si Pika dengan husben aku. Sekarang ni kalau dilayankan tak tido malam jugak di buatnya nak ajak main. hihi
Terdetik la dalam hati ni, bila aku tengok gelagat si pika dengan husben aku "Erm.. ada potensi laki aku ni jadi bapak yang penyayang ni".. harap2 la begitula.. Amin

Bila laki aku gi kerja 2 ke 3 hari tak balik, nanti si pika tu pun tanya "MakTeh, Pak Teh mana??" ... erm.. garu garu kepala bukan pagi tadi dah tanya ke?


berguling2






Our Pakteh, we love u.

Skian.

Persiapan Sebelum Bersalin

Salam,
Last Update 18 Oktober, masuk 3 bulan dah tak menyentuh keyboard kecuali haritu masa nak buat Laporan Penilaian Prestasi, dipakse kan jugak badan ni mengadap PC walaupun duduk senget2 sakit pinggang. Sekarang ni, Alhamdulillah, keadaan semakin baik.. doktor kata makin besar baby makin sakit, tapi meleset jangkaan doktor, yela kita mampu merancang, Allah juga menentukan. Tapi part yang paling best ialah doktor bagi cuti (MC) sampai bersalin.. start 6 bulan mengandung haritu sampai sekarang. hihi  duduk kampungla jawabnya.

Berkat kasih sayang si suami, keluarga ku, keluarga mertuaku yang tak henti2 bawak aku berubat sana sini.. keadaan aku makin baik walaupun tak sepenuhnya. Setakat nak duduk lelama sikit pekena teh tarik kat kedai mamak tu bolehla. Syukurrr...

Kandungan aku nak masuk 35 minggu dah ni, maknanya hampir 9 bulan dah. Oh My God!! Makin dekat makin takut rasanya, mana taknya kalau ibu-ibu lain tak tahu bilakah masanya air ketuban itu akan meletop untuk melahirkan anak, aku ni pulak.. tarikhnya dah pun di pilih. Cukup 36 minggu 5 hari bersamaan 10.02.2013 Ahad, 29 Rabiulawal 1434H  @ Tahun Baru Cina maka disoronglah aku ke wad bersalin, dokto kata kena LCS (maknanya besalin ikut tingkap). Ha...temenung gak aku memula nak terima hakikat... Pastu kalau nak dikirakan ada 17 hari lagi ni. Tak ke 2 minggu lebih je. OMG sekali lagi... Grrrr... lutut ketar ketar..Doakan aku & anak selamat ye :)

Selain itu, nak tanak suami dan aku kenala siapkan barang2 keperluan untuk baby kan.  Mana nampak kasi amik je, tak bleh lelama sangat bershoppingnya, maklumla keadaan tak mengizinkan. Harga bukan kira sangat janji ada kedai baby. Takperla kan. Dapat beli ni pun Alhamdulillah dah. Tapi sebelum aku beli, suami dah google dah apa keperluan bayi baru lahir, taip je melambak2 tips bleh dapat, siap checklist lagi taw. Meh layan gambar ni.

Gambar Baby 3D, kaki lepak kat hidung hihi..

Yang biru tu bapaknya yang excited nak, yang purple tu, maknya pun sama nak jugak

Ni baju baby petang, malam, jalan..

Stoking, Sarung tangan, kaki, topi, ketip kuku.. barut... dll

Melabur skit kat botol susu, mahal jugak Avent kosnya dalam RM 90

Kotak Penyimpanan baju2 baby beli kat IKEA RM 40

Ha ni pulak Barang2 mandian baby, Termos, Milo, Cawan, makanan dan makanan hihi 


Tadaa.... sudah siap di packing. Hanya menunggu harinya. Yeah!! Erm.. itula perkembangan aku setakat ni. Mintak Ampun Maaf sebab tak mampu nak update blog ni sepanjang aku mengandung. InsyaAllah jika diberikan kesihatan yang baik olehNya, dapatla aku share. Doakan ye!!!!!!!!!

Oh ya, ada yang tanya baby boy ke girl???

Memula tu ada hati nak simpan rahsia. Tapi aku ni kan tak sampai hati nak cakap Rahsia, cam poyo lak nanti. So setakat ni 4 orang doktor scan semua cakap BOY. "Ni ha, bola dia"kata doktor... oh i see

Skian.