Thursday, 28 February 2013

Old Town White Coffee di Tg. Malim

Salam,
haa... baru 16 hari berpantang... aduh! lamanya rasa duduk kat umah je tak melihat alam sekeliling. Makan pun kena pantang, itu tarok bleh, ini tarok bleh.. semua tarook bleh.. Maklumlah di jaga oleh nenek dan Opah Nah. Minum pun air kopi panas n Horlics jer. Aishhh... lama pulak rasanya nk menunggu 44 hari ni. Orang makan sesedap, kita telan air liur jela. Apa mau buat.. nasibbbb badannnn. 

Dan disebabkan dah rasa terlalu lama terperap dalam rumah tak gi memana (mahu meroyan camni), Petang tadi,en husben bawak aku n baby Eiman keluar berjalan2. hihi kesian baby kecik je lagi dh kena usung sana sini. Memula gi bank, settle hal bil, pastu pejabat pos then amik mak dari kerja, pastu kami pun nyinggah di Old Town White Coffee yang baru di buka di Tg. Malim. Wah wah makin maju kampung aku ni. 

 Nasib baik baby Eiman tak meragam. Tido je sepanjang 3 jam kami keluar. Good Boy Anak Mommy!!! Ni ha, gambar kami outing.. yeay!

Jom Layan.
Haha .. ni la Budak Kicik Pipi Labuh Lena Tidur
 
My Feveret Roti Stim... (nuren la yang promote roti stim kat Papa Rich)
Nan Yang Kopi O for me n Old Town White Coffee for hubby

Garlic Bread for Mom

Mamma Mia n me

Husben

Muka Pucat lagi dah gedik2 nak keluar rumah jugak!!
 
K
Sekian, nanti i update lagi.

Wednesday, 27 February 2013

Tukar Lampin Baby Eiman

Salam,
Selamat Malam dan Salam Sejahtera,
First of all aku nak ucap "Tahniah buat Nuren n Mino atas Perkabaran Gembira!! Beb, Tahniah!!"
Nampaknya Baby Eiman akan ada kawan la :) hehe
Oh ya, sejak 2 minggu ni, kesihatan semakin baik, luka Jahitan di Perut pun dah semakin baik. Aku dah boleh bangun dan melakukan aktiviti harian sendiri tanpa bantuan husben. Alhamdulillah, syukur! Dalam keadaan yang masih lemah ini, kami bergilir2 menjaga baby Eiman. Setakat ini Eiman tak banyak meragam. Bila bagi susu atau salin pampers, dia akan tidur balik. 2 minggu yang pertama ini Eiman banyak tidur je.
Memandangkan keadaan kesihatan Mommy Eiman yang tak berapa ni, kami selang selikan Susu Ibu dan Susu Formula. Yela, kalau memalam tu tak terdayo jugak nak angkat bijik mato ni nak susu kan Eiman. Oh Tuhan, begitu tegar sungguh mereka yang fully Breast Feed! Ayoook! Susu yang kami bagi adalah suggestion dari Hospital Bersalin haritu, Jenama NOVALAC. Setakat ni baby Eiman sesuai dengan susu ni,  tak berak keras atau kembung perut. Jadik, continue jela. Harga 400g RM 39.00, 800g RM 62.00.
Hal susu dah settle, hal tukar Pampers baby Eiman.. Alamak, takat ni belum pernah buat lagi, urusan ni husben n mak yang tolong buat. hik hik. Bila fikir, alamak.. macamana la aku nak buat ni nanti.. baunya bleh tahan jugak. Aduh..dijadikan cerita, petang tadi, husben kena keluar beli barang, mak pulak kerja, baby Eiman tengah meneran berak ni, kompom aku kena salin ni. Tak bleh jadi.... trut truut.. call laki
Aku : "Abangkat mana?"
Husben :"Ni ha kat kedai nak cari ikan"
Aku: "ha? carik ikan??.. alamak, lama lagi ke? aduhh"
Husben : "Nape?"
Aku : "Baby berak la, dia nangis ni"
Husben : "haha.. tukar la!"
Aku : "Tak pandai!! Eiii.. takperla k byue"
Alamak cemana nak buat ni!!. I know i am such a bad mother sebab tak tahu tukar lampin anak SENDIRI!!.. So here we go! Bukak je pampers Eiman.. mak aiii.. melambak-lambak cecair kekuningan .. Pejam Mata sebelah, Hidung Tutup Sebelah.. Capai Tisu Basah.. wipe wipe!!! Pls... cepatla siap.. Taraaa...... Yeay!! Berjaya!!
5 minit kemudian, tetibe je husben duk tercegat depan pintu bilik,
Husben : "Haa... dah tukar???"...
Aku : "Dah!!!" dengan perasaan riak bangga takbur! "Eh,kata nak beli Ikan?" 
Husben : "Kedai tutupla"
Muka ni tak henti senyum sambil mulut terkumat kamit puji diri sendiri depan laki!! wow!hebatnya aku!! Mesti laki rasa menyampah sebab dia buat hari2 tak kecoh pon! haha

Husben: "Berapa banyak wipe tisu pakai?"
Aku : : "Errrrr.... ntah... errrrrrrrrrrrr banyak kot"
Husben : "Banyak kot? .... abg pakai 3 je... (sambil check Wipe Tisu) ha!!!.. banyaknya pakai..
Aku: hehe...alamak, senyum kambing jelah, tak jadi nak perasan riak dan takbur. Cett..
  

Thursday, 21 February 2013

KEPENTINGAN INSURANS DAN MEDICAL CARD

Salam
Hari ini aku terpanggil untuk berkongsi informasi yang aku rasa penting dengan pembaca2 blog kesayanganku. Ini adalah berkenaan Keperluan Medical Card dan Insurance Nyawa. Masa memula kerja dulu, aku tak pernah dan tak tahu apa perlunya insurance. Perkara negatif yang ada dalam fahaman aku, bulan2 kena bayar duit, agen insurance tipu duit, Sakit tak boleh claim, ala macam MLM la jugak. Tapi, bila aku telah diperjelaskan dengan terperinci oleh pakcik aku yang merupakan agen insurance barulah aku faham, sebenarnya Insurance ini adalah satu pilihan dalam hidup untuk kemudahan masa hadapan.

Ha... I bukan nak jual Insurance ye sebab post ni bukan tajaan pun, aku menulis sebab terpanggil untuk berkongsi pengetahuan yang aku ada dalam selok belok Insurance ni. Pengalaman aku mengambil insurance dah masuk tahun ke 4 dan setakat ni aku tak rasa rugi langsung walaupun setiap bulan aku kena commit dengan bayaran insurance.

Diantara kebaikannya adalah:

1. Simpanan di Hari TUA
Bila aku dah pencen nanti aku ada duit simpanan hasil tabungan ke Insurance. Selain korang simpan sendiri di ASB atau Tabung Haji, korang juga boleh menabung pada Insurance .. ermm untung.  dan Walaupun ada diantara kita kerja kerajaan, ada pencen kan, ada kemudahan hospital kerajaan kan.. duit simpanan pun perlu ada jugak.. untuk anak, untuk renovate rumah, honeymoon masa tua2.. haa... bagus kan!

2. Rawatan SEGERA semasa kecemasan
Lepas setahun aku masuk insurance, aku diserang sakit belakang sebab gara2 jatuh terduduk. Ha, masa ni Tuhan sahaja yang tahu betapa peritnya sakit aku ni. Nak bawak kereta memang sakit menekan2 dibahagian belakang, nak duduk pun sakit.  Mak aku bawak ke Klinik Kerajaan, doktor kata dia kena refer kes aku ke Hospital Kerajaan which is aku pilih Hospital ********. Esok pagi, aku gagahkan diri ke Hospital Kerajaan ni kan, nak jumpa pakar, masa ni aku tak ada pengalaman langsung tentang sakit2 BERAT selain demam batuk selsema.

Sampai je aku kat kaunter, aku keluarkan segala mak nenek X-Ray la, ko tahu apa yang misi tu cakap. "Kes puan ni kita akan refer dengan doktor Ortopedik, buat masa ni appointment penuh, kita set masa la" Aku pun angguk je. "Doktor pakar ada bulan 6, nanti bulan 6 puan datang balik ye". OMG ... *(&*^%^$$# !!! Tahu tak masa tu bulan Januari!!! Takan aku nak nunggu cenggitu lama kan!! Aku nak naik marah jugak "Lamanya!! saya sakit ni!" Ko tahu dia cakap apa? "Doktor pakar memang tak ada sekarang, kalau puan tak bleh berjalan dah, sakit sangat2 puan boleh terus ke emergency!" Haaaaa!!!

Masa tu la aku rasa nak nangis sesangat sebab aku rasa buntu, kang nak nunggu kat emergency satu hal, aku bukan leh duduk lelama. Masa tu la pirst time aku call pakcik aku. Dia dah ingatkan kalau sakit call terus dia. Masa tu pakcik aku suruh aku pergi terus ke Private Hospital jadi aku pun pergila ke SJMC sekarang dah dikenali sebagai Sime Darby Medical Centre, panel Prudential. Terus dia amik kes, admit, jumpa pakar, kasi ubat, esok buat MRI (kalau kerajaan paling cepat buat MRI appointment 4 bulan), then fisioterapi. Haa... kat sini la aku rasa berbaloinya amik Insurance, siap ada elaun masuk wad. Total dalam RM2700 tak silap aku, Insurance tanggung.

Lepas tu kan aku masuk balik masa 2013 aritu, Total RM 6000.. kat KPJ Ampang.  ha amik!

3. Pampasan jika Kemalangan atau Kematian

Ha, ini salah satunya, kalau kita terlibat dengan kemalangan, kita akan dapat sejumlah wang, samala dengan kematian. Bukan mintak nak accident ke apa kan, tapi sekurang-kurangnya, meringankan beban orang yang menjaga kita, atau waris kita.

4. Simpanan untuk Pelajaran Anak

Yang ni aku dah amik untuk si Eiman, Medical Card + Saving untuk duit simpanan dia kemudian hari. Simpanan ni masuk Unit Trust, kalau nak tahu Unit Trust tu apa, kena story lain. Yang penting, sekurangnya aku dan suami bersedia untuk masa hadapan dia. Polisi yang kami ambil, "Jika terjadi apa2 salah seorang diantara kami, polisi insurance terus tak payah bayar, dapat kat anak" paham tak?..

Tips dan Nasihat Sebelum amik Insurance

Erm, sakit itu memanglah kita tak mintak dan menjaga kesihatan tu sangatlah penting. Tapi, kita juga perlu bersedia supaya tak menyesal di masa hadapan.
  1. Insurance ni, kalau amik masa muda, bayaran lebih murah dan coverage masih banyak lagi. Kalau dah berumur amik, bayaran akan tinggi skit, dan bila dah dapat sakit cthnya: batu karang, dah tak boleh amik insurance untuk sakit batu karang dah. So, semasa sihat amikla Insurance.
  2. Pastikan anda mengambil Insurance dengan Agen yang betul, pastikan dia tak tipu duit yang korang bayar bulan2 tu,
  3. dan bila sakit Agen ni seorang yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal kelulusan kemasukan ke wad diantara Insurance dan pihak Hospital. Kalau dapat agen yang lepas tangan.. susah la. 
  4. Kalau Agen tu bagus, di akan tolog kita uruskan claim elaun masuk hospital, bayaran selalunya dalam bentuk cheque/ Cek.

Alhamdulillah, selesai jugak aku menaip artikel ni dlm kesibukan menjaga si kenit. Syukur, aku dah amik awal2 masa umur 25 tahun, so, tak risau sangat nak carik duit kat mana kalau sakit tiba2 kan kan. Maklumlah, nk kumpul duit sdr bukan senang, tambah2 dah ada anak ni. So,Kalau ada sebarang pertanyaan lebih lanjut hubungi saya:

EMEL : leezarule@gmail.com

Sekian. Alamak Eiman dah mangun. k bye.

p/s -  Korang gak bleh share story kat ruangan komen.

Wafri Eiman


Friday, 1 February 2013

Whisk Cafe One Utama

Salam,
Aku nak update cerita makan pulak malam ni sebab dah lama tak cerita pasal makan. Sebabnya, selera makan aku pun dah kembali normal kan kan.. kerjanya makan makan dan makan... huhu bestnya Allah bagi nikmat makan. Syukur.. Jadi aku nak kongsi perihal makan lak iaitu di "Whisk Cafe One Utama". Masa ni aku gi KL sebab nak checkup baby dalam perot, so alang2 singgah jap jumpe bespreng lepak2. Oh My GOd!!! gila rindu kat KL. hihi
 
Aku jarang2 singgah lepak2 kat OU Damansara ni, tak biasa. So my bespreng NUREN n HUBBY dia, MINO yang bawa kami jejalan kat sini. Dia kata RED  VELVET CAKE dia Masyuiookk... OMG kena cuba la. Ha yang kat bawah ni la kek dia, Thanks beb sebab belanja minum lepak n makan kek. Thanks 4 the besday treat. hihi happiinya....
 
RED VELVET CAKE.. sodapppp!!

Ni husben aku minum Cofee Cappucino, cantik kan?

Then  i try Cool Brew Coffee.. Sedap ni! Nak lagi! dah siap dalam botol

Gambar 4 sekawan. Yeay!!!

Ice Chocolate

Mino n Chadeq

Mak Buyong n Nuren
 
Kitorang kalau lepak leh berjam2 lamanya, mana taknya, kawan ku kawan Nuren kawan husben aku jugak punya kawan baik .. haa... so bila lepak memang lama la.. jangan harap nak sembang kejap2.. haha
 
Okla tu je nak share pasal makan. Kalau rasa2 cam meleleh air liur dengan Brew Coffee i tu, lehla gi OU Damansara. Memang Kawwwww punya!!
 
Harga semuanya lebih kurang dalam RM 50.
 
Skian.