Thursday, 28 March 2013

Kasut Pertamaku

Salam,
Baby Eiman genap 44 hari dah bermakna, aku dah habis tempoh berpantang! Yehooo! demi meraikan hari yang gembira ni, aku, husben n kakak makan di TGI Friday's. huhu sedapnya ribs yg aku makan tadi, kih kih nantila aku share gambar.

Selain itu, aku dn suami bershopping sakan, beli baju si Eiman. Pastu beli stroller dia jugak memandangkan aku dh habis pantangkan bolehla jalan2 lepas ni. hihi. 

Selain dari itu, yang paling best sekali adalah, baby Eiman dapat kasut yang pertama dlm hidupnya. Thanks Mama ina belikan kasut Eiman yer!!


Saturday, 23 March 2013

POST NATAL PRODUK AMWAY

Salam,
Ha.. ada yang tanya aku, "PAKAI PRODUK APA LEPAS BERSALIN??"

I pakai Amway.. di seponser Mak.. memandangkan mak ejen AmWay, untung nyerr! hik hik

Cepat, Mudah, Senang, Banyak, Selesa, Sukerrr!!

Meh tengok apa yang dia bagi I.

Herba Pembersih Wanita utk Miss V kan kan
Herbal Tea, bancuh dan minum. Mudah!

Campuran Peramping Perut, bancuh skit dan sapu di perut. Aku tak pakai lg sebab Ceaser kan
Campuran Penghangat Badan, bancuh skit dan tempek di dahi


Campuran Penenang, bancuh skit dan sapu di badan kecuali perut

Makan After Birth 1 dan 2
Makan 1 dulu dah habis baru makan 2

Ni Best! Herba Mandian, masak dalam air dan tuang dalam besen.. campur air hingga suam! Oh lala!

Satu Set Lengkap. Oh ya, ada satu lagi bengkung, ni aku tak pakai lagi sebab besalin ikut tingkap.

Ok tu je.. Harga dalam RM 290 satu set
Kalau nak beli ngan Mak mesej i kat emel leezarule@gmail.com.
K la skian.

Friday, 22 March 2013

Ruam di Muka Bayi

Salam,

Minggu ni adalah minggu yang agak mencabar dan tercabar dan menuntut kekuatan fizikal dan mental haaaaaa nampak tak nampak tak????. Buat pertama kalinya baby Eiman tak sihat. Badan naik 'DEDO' @ 'DEDA' (di pinggiran demam la tu) iaitu 37c hingga 37.5c, muka dan kepala pulak naik ruam tebal. Kesiannya kat baby Eiman. Dia pulak macam tak selesa je badannya, mungkin sebab rasa panas kot. Agak meragam terutamanya waktu malam. Bila merengek aku bg susu badan sampai dia terlena kat pangkuan. Pastu aku letak je kat katil, dia terjaga dan menangis. So terpaksalah kendong dia berjam2 masa dia tengah tak sihat ni siang malam. 

Bolah tahan jugak la keHEAVYannya, dah nak hampir 4 kilo dah ni, sakit pinggang menggendong, bahu pun sakit, tangan suma la. satu badan la Isk isk.. kalau sebulan camni boleh naik Muscle ketak-ketak. haha nampak tak nampak tak?? takperla Eiman ooi, mommy tak kesah jaga siang malam asalkan Eiman cepat sembuh ye nak. haa... kasih sayang ibu ni.. hik hik

So aku pun google la sebab2 ruam panas ni naik kat muka dia. Ada beberapa sebab kemungkinannya iaitu :

Sebab :
1. Ibu yang menyusu minum jamu dengan kuantiti yang banyak, panas herba kena kat susu ibu.
2. Sabun mandian bayi tidak sesuai dengan bayi.. Ramai kata Jenama ****** kalau tak sesuai memang naik ruam.
3. Susu formula yang tak sesuai dengan bayi
4. Cuaca Panas

Solution ku :
1. Ya, aku memang dah start makan jamu, so aku kurangkan kuantitinya. Daripada sehari 2 kali, aku amik 1 kali je. 
2. Sabun mandian, aku dah tukar ke baby SebaMed ph 5.5. Memang bagus sesangat. sukerrrrrrr!!
3. Kalau susu plak, aku memang pakai Novalac sejak baby Eiman lahir. maksudnya, Misi tu cakap, kalau ruam tu naik lepas tukar susu mungkin sebabnya adalah susu. Tapi kalau dah pakai lama sebulan pastu naik ruam, bukan sebab susu.
4. Cuaca memang panas giler sekarang, lalat pun banyak. So duduk dalam ekon 27 jam sehari.
5. Pakai Krim Ruam dari Farmasi lepas jumpa doktor. Dia sahkan ruam. Doktor bagi Krim Calamine,   aku tak brapa bekenan sangat dengan Calamine ni. So ajak husben gi Farmasi beli Vizomet, dalam masa 24jam dah kurang bengkak. Bagusss!!

Baby Seba Med ph 5.5 Terbaikk!!
Liquid Cleanser RM 22
Shampoo RM 17
Susu Novalac RM 62
Krim Vizomet yang bagus. 3 hari dah kurang banyak RM 11

Dahi dan pipi bengkak
Ha.. dah hilang dah :) Yeay!! jumping jumping!


Ha.. dah 4 malam dah tak dapat tido. Harini Husben dah start cuti.. yeay!! boleh shift jaga baby Eiman balik.. 
OHHH I miss u my Bantalll  my Selimutttt Oh my Oh my!!! 
hihi

Erm.... skian.

RUAM PART 2 - Tips memilih krim yang sesuai

OLD TOWN WHITE COFFEE KALI 2

Salam,
nak kongsi lagi cerita pasal minum petang kat Old Town White Coffee di Tg. Malim, hehe mana lagi nak pergi dlm keadaan berpantang ni? itu ini masih tak bleh.. so pilihan yang ada hanyalah .. roti stim dan white coffee hot jerr..

Mesti laki aku bosan sebab asik asik old town, asik asik old town.. jenuh nk membayor.. kalau mamak paling kuat pun 12 hinggit jer kot. Kalau sini.. maklumla kurang-kurang 2 ke 3 puloh. makan pun roti jugak kan. erm.. 

Ala bang.. lg brapa hari je nk abis pantang ni.. hihi "Abang , Jom pergi Old Town nak petang ni? hik"

Ha.. Ada berseri tak skit muka aku? Dah mengurot dgn bidan ni.. 3 hari berturut

White kopi lerr apa lg pilihan yg ada kan?

Lakiku

Anak tarok dalam Car Seat jer sonang

Ni mak punya roti bakar Peanut Butter

Mee Kari

Lena.. kena ekon terus tido je..

Ha.. ni la roti STIM tue.. hihi

Aku dan Mommy

Ha... Okla skian :-)

Sunday, 17 March 2013

GENG NASI KERABU!!

Salam,
Ha.. meh sini nak update pasal cerita geng nasi kerabu. YA Ampun!! Lama giler tak jumpa GENG NASI KERABU ni. Ada dekat 2 tahon kot dah!.. isk isk.. ni kira pirst reunion la lepas kitorang semua cabut dari UPSI. 

Teringatla kenangan dulu masa dekat bilik RA, paling best la dapat kawan2 macam ni. Walaupun kadang2 stress dengan kerja, kitorang tetap akan menggembirakan hati masing2. Memang asik KETAWA.. MAKAN.. KETAWA.. MAKAN...MAKAN .. KETAWA.. kerja tak siap2.. haha

Kak Nor n husben, Bro n Wife, Terima kasih sebab sudi datang n melawat!! Korang memang best! Nanti kak Nor set reunion besar-besaran k! Kak Nor jadi chip.. (sebab Kak Linda dah dok jauh) walaupun dulu kak Linda la chip nya. Ajak semua2 GENG NASI KERABU.. mesti best punya.

Ha.. teringat zaman dulu... (sambil mata pandang syiling..) pastu keluar bunyi macam dalam drama tue... ting ting ting ting...

Kenangan Sambut Hari Jadi!
Gambar ni aku edit dah lama.. masa kat blog lama.. masa ni BRO masih TERUNA n KUROS! haha
Hamik nah ULTRAMAN lagi Kak Nor.. hi hi
Ni masa dok sakan bergambar dengan Leman.. mana tah mamat ni sekarang.. Nani yang jadik photographernya..
Ha... ni yang sempat dirakam.. yang live punya.. pecah kepala la.. tapi kalau Pengarah datang semua dok buat Bizi je.. haha.. 

NI SEKARANG!!.. Petang tadi..  
Bro n Istri, n Baby Eiman.. semangat dah bro
My Kakak!! semangat dah aku punya badan
Kak NOSE je yang maintain! hik hik 
Waa... rindula  GENG NASI KERABU!
Blog Bro aka RETIS dah sekarang ni : http://www.broframestone.com
Skian.

Wednesday, 13 March 2013

I am Mr Amazing

Hello everybody! My name is Mr Amazing... Hihi

Rite now, im waiting for my daddy to come back home from work! I miss my super amazing dad!

Ok bye

Online Shopping Fashion Valet

Salam,

Jam menunjukkan pukul 1.29 pagi, mata belum mengantuk lagi ni sambil ditemani husben yang tak mengantuk lagi sebab ia minum Nescafe. Kalau tak awal lagi dia dah tido, shift dia jaga anak pagi, shift aku yang malam. Sambil lepak-lepak jaga anak tadi kitorang semhpat sesembang apa nak prepare untuk kenduri Aqiqah Baby Eiman hujung bulan March ni. Macam2 idea keluar nak buat goodies bag la, nak buat Photo Stand Baby Eiman la, ntahla macam2 la. Tapi nya, bila masa la pulak nak siapkan semua tu. Macamla budak kecik pipi labuh ni tak payah  nak jaga kan.. hik hik.. so cancel, buat simple2 sudeyy..

Ha.. tapi tang pakaian mesti la wajib tue.. Aku yang tak sempat nak bershopping mengambil jalan mudah! Yes! Online Shopping lerr! First time ni aku beli online, puas jugak menapakkan mata depan Tab menengok baju2 yang cecantik. Lepas dapat kelulusan bos.. hi hi .. tempahan pun dibuat.

Yeay parcel dah sampai.. dapatla melaram masa kenduri Eiman nanti

Friday, 8 March 2013

Urutan Bayi Memberi Banyak Kebaikan

Salam,
Ha.. harini nak kongsi berkenaan kebaikan urutan bayi.. ceh ceh maklumlah dulu kan aku pernah bekerja dengan Pusat Penyelidikan Awal Kanak-kanak lebih kurang 2 tahun setengah. Banyak info berkenaan penjagaan kanak-kanak dapat aku timba selama bekerja di situ. Salah satunya, aku juga bekesempatan mengikuti Kursus Urutan Bayi. Haa... dasyat tue.. hi hi  poyo

Memandangkan ramai kawan-kawan aku pun dah ada anak kecil dan yang akan ada anak, so mehla kita amalkan ye.. aku pun dah start kat baby Eiman..

Diantara Kebaikannya Adalah :

1.Membantu pembesaran fizikal bayi
2.Menguatkan ketahanan tubuh badan
3.Membina keyakinan diri
4.Memperbaiki perjalanan darah memperbaiki sistem penghadaman
5.Membantu memudahkan bayi tidur
6.Merangsang aliran oksigen dalam badan
7.Membantu perkembangan fungsi otot.
8.Meredakan kesakitan apabila demam
9.Memudahkan penyingkiran bahan toksin
10.Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi
11.Membuatkan bayi rasa tenang dan selesa serta
12.Mengeratkan ikatan kasih sayang ibu dan bayi
dan lain lain lagi.. tak tesenarai...

Haa... amik tue.. banyak tue kabaikannya taw.. Siapa yang tak nak buat kalau ia boleh membantu anak kita menjadi sihat dan cerdas kan kan!! Waktu melakukan urutan pula sebaiknya selepas mandi dan sebelum tidur. Bayi juga sebaiknya tidak berpakaian. Aku guna minyak Johnsons Baby Oil tu dengan Minyak panas untuk perut.

Kalau ibu-ibu semua dah bersedia untuk melakukan urutan ni, lakukan urutan pada waktu yang sama, jadi bayi biasa dan dapat merasainya sebagai satu rutin.

Meh nak kongsi cara urutan..

Penceramah yang mengajar masa kursus urutan bayi ni adalah Datuk Doktor Zulkifli yang cakap dalam iklan Johnson baby ni. Sangat lembut orangnya dan sangat luas pengetahuannya.
Yang ni, versi Indonesia, versi Malaysia punya tak jumpa kat Youtube, maybe kita masih belum menjadikannya satu amalan. So .. jom kita buat untuk baby kita jom!!

Good Job Papa Eiman!!

Kali ke 2 baby Eiman di urut, dia dah tak nangis :)
K.. nanti i share lagi ape2 info k. Eiman nak nyusu la.
Skian
Peace Yo!

Wednesday, 6 March 2013

Hadiah Untuk Mak Eiman Pulak

Salam,
Ha.. hupdate pasal hadiah si Eiman tu kan, mak Eiman pun dapat jugak hadiah dari Papa Eiman. Sempena Anniversary kami yang pertama (Ulang Tahun Pertama Perkahwinan). hik hik

Husben aku shift malam, so balik kerja pagi tu, dia tercegat kat pintu bilik dengan BUNGA ROS MERAH 3 KUNTUM!!! Yahoo!!! syiokkkk...

Romantik gak laki aku ni.. senyum lebar satu hari la cani.

RED ROSE
3 kuntum = I Love U   hik hik
PAPA EIMAN
MOMMY EIMAN
PUCAT LAGI MUKA NI
Ha.... nak wish jugak nak wish jugak

HAPPY 1st ANNIVERSARY PAPA EIMAN!! sayang papa manyak2!  muah muah.. tayang dia.. alololo.. 

Sebelum korang muntah kegelian.. ... -> Skian sahaja.

Terima Kasih!! Hadiah untuk Baby Eiman

Salam,
Nampaknya lagi beberapa hari nak masuk sebulan aku berpantang. Kejap je rasanya, baby Eiman pun nak masuk sebulan dah. Berat pun dah bertambah, Alhamdulillah. Masa lahir haritu baby Eiman 2.8kg, lepas seminggu timbang berat badan Eiman susut menjadi 2.5kg. Risau dibuatnya.. tapi Misi (Nurse) tu cakap "Itu Perkara Biasa! Sesetengah baby akan turun berat badan lepas lahir".. Masuk hari ke 20 haritu Misi datang rumah timbang lagi.. Alhamdulillah berat badan Eiman naik kepada 3kg.

Eiman tengah tidur ni, bolehla aku nak update blog skit. Tak berkesempatan lagi nak ucapkan terima kasih kepada kawan2 yang memberikan ucapan Tahniah untuk kelahiran baby Eiman. Jasa kawan2 keana mendoakan aku tak dapat di balas. Terima kasih Semua!! Tak lupa juga yang datang menjenguk ku di Hospital Bersalin, Nuren n Mino, Kak Lin n Husben, Kakak Kak Lin, Abang n Kak Eda, Mak n Abah Mertua, Ira, Mak n Kakak, Yong n Abg Nan dan semua yang datang tak dapat nak sebut semua kat sini. Terima Kasih!

Memang Benar sekali, anak itu membawa rezeki. Alhamdulillah sehingga hari ini rezeki kami cukup untuk kami sekeluarga walaupun perbelanjaan bertambah. InshaAllah. Kalau ada rezeki lagi 3 tahun bleh tambah adik.. hik hik... :P sekarang ni kasi Mommy lupa dulu kesakitan bersalin tu k!

Ha, nak tempek jugak hadiah2 yang diberikan kepada baby Eiman. Terima kasih semua! Comel2 hadiah yang korang bagi. Bolehla si Eiman Pipi Labuh tu melaram dengan baju cecantik kan!

Hadiah Dari Manda, Rayyan, Kak Lina n Abg Putra

Hadiah Dari Kawan Mak

Hadiah Dari Mommy

Hadiah Dari Nurul

Hadiah dari Kak Lin n Suami

Hadiah Dari Yong (From Cameron Highland)

Hadiah Dari Kak Eja..
Ha.. banyak kan baby Eiman leh melaram.. Hensemla anak mak canni.. K semua!! Thanks Ya!!
Pesanan : Mama Ina.. jangan lupa belanja Eiman Stroller taw!! haha (eiman yang cakap)
Hi!! nama saya Eiman, Umur saya 3 minggu :)

Sekian.