Sunday, 28 April 2013

Shopping Barang Keperluan Dapur Menggunakan Duit Syiling Sahaja

Salam,
Haa...... Mesti terkejut dengan tajuk post ni. Menggelabah je nak tayang banyak duit la tu. Ha ha memang banyak duit.. Tapi duit syiling la, sebabnya husben aku ni memang rajin mengumpulnya. Kater nyer - pelaburan masa hadapan!

Iyokan jerla, pastu tiba la masa yang ditunggu tunggu iaitu hujung bulan kan. Duit mesti cam dah sesemput jerkan, maklumla bulan ni banyak pakai duit untuk pindah rumah, tu belum cerita part lori sewa buat hal tipu duit lagi..haaaa.... So di masa inilah duit syiling itu boleh membantu kami yg nak bershopping barang dapur. Eh tak salah tau pakai duit syiling ni... Daripada duk terperap kat dalam tin kan.

Tapi agak agakla, takan nak bawak duit syiling seposen seposen tu kira kat kaunter pembayaran, ada jugak yang kena baling dengan ikan dari belakang nanti. Hihi jangan risau, ada cara mudah yer tuan tuan dan puan puan..... Jadi saya biarkan gambar bercerita..

Mesin ini ada di Tesco Ampang, tempat  lain tak sure la... Memang bagus! Suker sangat! Pasni nak nyimpan duit syiling bebanyak jugakla.. Hihi






Sekian, tudeluu!

Monday, 22 April 2013

Teknik memujuk

Di suatu petang, perbualan ini adalah diantara seorang istri dgn suaminya yang sedang bekerja melalui mesej di  telefon
Aku- Abg, mommy ingat nak bawak balik Jojo (arnab), Mimo n Momo (kurakura) la! Cian dia dah lama mak jaga, bleh tak?
Usben- Xyahla abg ingat...biar dia dok kpg jer senang... Bleh?
Aku- ha? tapi kan abg dh janji sementara je aritu kt kampung?
Usben- Tengok dulu mcmana, kene kemas rumah dulu baru boleh pikir nak bawk Jojo ker tak..
Aku- Jojo kesayanga mommy tu..  mak tanak jagala, mak suh bwk balik la (ini adalah rekaan si istri haa haa, cubaan pujuk 1, teknik tipu menipu)
Usben- Kemas umah dulu baru bleh pikir nk bwk Jojo ke apa... Umah besepah skrg!
Tak berjaya
Aku- Tapi dulu masa bb sedih... Jojo la tempat mommy bermanja :'( (cubaan memujuk ke 2, teknik pujuk memujuk)
Usben- Haha citer sedih pulak... Dulu masa bb xlarat nak jaga Jojo, abgla tempat Jojo bermanja.
Tak berjaya
Aku- Tula, abg tak syg Jojo ker? Cian Jojo abg! Rumah kita sekarang kan dah besar,ingt tak abg pernah janji masa baru kahwin dulu abg kata kalau rumah besar, abg akan buatkan 1 bilik jadi Mini Zoo utk mommy? Dah lupala tu! (Cubaan 3 Teknik ungkit mengungkit janji)
Usben-Rilex kita bincang
Aku- Tamao bincang bincang
Tak berjaya
Usben- Abg kata kalau rumah ada tanah baru bleh watkn mini zoo utk mommy
Aku- ehhh... Manada sebut tanah. Tak ingatpun ada sebut tanah. Nanti kalau dah ada tanah ntah nak kena ada apa lagi. Kalau Jojo tak ikut, mommy n eiman tanak baliik Putrajaya! (Teknik 4 paksan& ugut hihi ini teknik jgn ikut)
Usben- Abg kata kemas umah dulu...
Tak berjaya jugak
Eiii..susahnya laki aku ni nk bg izin! Macam2 teknik aku guna tak jln...
Selepas 15 minit
Aku- Tadi bb tak bls mesej bb solat zohor. Lepas tu bb doa
Usben- bb doa apa?
Aku- "Ya Allah, kau lembutkanlah hati suamiku agar aku dapat balik Jojo kepangkuanku..Amin"
Usben- "Amin..patutla hati abg dh lembut je nie nk bawa Jojo nanti lepas balik kampung..".
Yehuuu! Berjaya... Lompat lompat!.
Jojo.. Mommy akn jemput Jojo, kita balik sesama k!!

Saturday, 20 April 2013

Tajuk tak tahu nak letak apa bantaila... Makan di Secret Recipe Putrajaya

Salam,
Uhh eiman dah nyusu 3 setengah auns tepuk tepuk kat bahu lena... Bila letak atas tilam terus jaga tamau tidur. Eiman eiman... Kecian mummy penat tepuk eiman lama2 tp eiman tamau tido. Sudahnya nenek angkat bawak tengok tv. Hihi tamau tidur takpela eiman big boy dah tak suka tido lama lama agaknya.

Oh ya, kes pindah rumah dah selesai, cuma kemas kemas kat Putrajaya je belum settle lagi. Bila la agaknya nak siap duk tunda jer. Harap boleh settle awal bleh pindah terus. Dah berapa lama berNOMAD pun tak tahu, kereta tu dah macam rumah semua ada. Hihi

Teringat pulak haritu lepas settlekan bayau deposit TNB kat Putrajaya perut rasa lapo, maklumla tengah hari,panas terik pulak tu. Nasib Secret Recipe kat sebelah jer... Makan mahal la jawabnya. Sebab bawak eiman kenala carik kedai ada ekon takut panas2 nanti naik pulak ruam dia lagi.

Ada menu baru chicken chop pedas.. Ala tak ingat nama apa, sedapla. Puas hati jugak sebab ayam dia besar. Nyum nyum.. Eiman pulak duk terliur je tengok kitorang makan, kesian dia. Hihi tunggu besar kit ye eiman, nanti mommy suapkan eiman k!

Wednesday, 17 April 2013

Kemas Pindah Rumah

Salam,
Erm.... Minggu ni rasa penat sesangat badan ni, Ulang alik Bangi Putrajaya... Huh mengemasla aper lagi. Tu pun nasibla barang tak banyak sesangat.. Kena tampal koyok ler memalam nak hilangkan sakit pinggang mengemas ni. Tapi biasala kan, yang paling banyak buat kerja mengemas ni off course la lakiku. Kesian iat bini katanya, maklumlah baru lepas bersalin. Hihihi
Baby Eiman tinggal dengan nenek dan atuk kat rumah. Alhamdulillah la mak mertua aku ni sporting sesangat nak jaga cucunya? Bukan apa, bby eiman kecik sangat nak angkut ke sana ke mari. Kang habukla, kotorla... Dia pulak kang yang tak sihat nanti.
Yang paling penat selain mengemas adalah nak settle dokumen dokumen sewa kuarters ni... Ulang alil nilai-putrajaya-kl.  seksa sikit sebab kena usung eiman ke mana mana. Jap lagi nangis kencing, jap lagi berak, jap lagi susu.. Adoiiii sabo jela. Alhamdulillah la Kunci rumah baru pun dah dapat petang semalam, huh lega esok bleh pindah dah.. Yeay jumping jumping!!
Punyalah bosan mengemas.. Habis ku conting cotingkan kotak tu dengan lukisan aku.. Hihi mesti mamat bangladesh yang tukang angkat barang pindah tu esok terhibur dengan lukisan aku. Takdela dia stress angkat barang barang rumah aku yang sikit punya berat kan.. Hihi :-)

Saturday, 13 April 2013

Majlis Kenduri Akikah & Cukur Jambul

Salam,
Ha.. Ni la gambar sekitar majlis tersebut. Memang random je pilih gambar ni sebab mata pun dah kuyu tinggal hati je semangat nak update blog. Hihi..

Terima kasih pada semua yang hadir, team Marhaban yang best, Caterer Hj. ilias yang memasakkan kambing, caterer Makcik Siti yang memasakkan lauk pauk n nasi minyak, saudara mara yang datang membantu, kawan kawanku, nuren n mino, ros, pitan, kak ngah n shidah, dan semua semua la TERIMA KASIH!!
Jom la layan..

















Persediaan Majlis Aqiqah:

Wedding Ring

Salam,
Jumaat lepas, husben aku balik dari masjid solat Jumaat, terus lepak sebelah, muka gelisah, suara pun slow jer.
Husben - bb, abang terjatuh cincin kahwin dalam longkang masjid lepas ambik air sembahyang tadi..
Aku - Terdiam jap... Ha? Abistu mana cincin tu?
Husben - Mana ada, Kat dalam longkang tu lagila, tak boleh nak ambik sbb longkang tu tak boleh bukak
Aku - Terdiam, muka sedih..abang,tapi tu cincin kahwin kita :-(
Husben - Ni yang abang rasa besalah sangat ni... Abg dah cuba ambik tp tak boleh. Habistu macamana?
Aku - ala... Nak tengok kat mana jatuhnya... jom gi masjid tu jap jom jom
Husben -  Jom beli dawai dulu nak korek dalam longkang tu
Projek korek longkang masjid. ....
Erm.... Dapat balik.. Yeay! Jumping jumping.. Nasib baik, kalau tak ermmmm sedihnya! Hihi

Friday, 12 April 2013

Baby's Room

Salam,
Alhamdulillah kami dpt peekabaran yang gembira, iaitu dpt kuarters kerajaan di putrajaya. Semangat rasanya nk pindah rumah baru ni. So harini kami bertolak ke putrajaya nk amik kunci. Sampai lewat dlm pukul 12 th so mkn dulu kt Alamanda.

Bila bawak budak kecik ni biasalakan kena tukar pampers la bg susu la... Nasib Alamanda ada semua kemudahan ni. Masuk je bilik baby ni, terus salin lampin bby eiman dh poo poo. Pastu masuk plak bilik penyusuan... Kat dlm ni ada satu kerusi besar dgn meja batu kt sebelahnya...

"abang, apa guna meja batu ni? Kalau nk suh salin pampers kecik sgt" aku
"ni la gunanya... Kerusi untuk mak bg susu kt anak, meja plak bg bapaknya berehat melelapkan mata..." husben
"cehh...sempat lg tu..."aku
hamik kaw.. Siap berdengkur dengkur lg laki aku ni.. Isk isk.. Sabo jela

Thursday, 11 April 2013

Percutian di Pulau Pinang

Salam,
Erm.. Penang oh penang.. Walaupun sesetengah orang duduk Penang akan rasa macam tak ada apa je kat Penang... Itu adalah mungkin kerana anda dah duduk lama di sana dan tak perasan yang sebenarnya penang adalah tempat yang sangat best dan woot woot sangat! Ada laut, ada makanan sedap, ada Batu Feringghi, ada Botanical Garden, ada Bukit Bendera ada Taman rerama ada awek cun cun.. Haa... Macam macam ada. Sekarang lagi la dah canggih dah, mall melambak ada 4 ke 5 bijik yang besar besar, Quensbay Mall, Komtar  Erm... Best best!
Aku hanya sempat bejimba 2 hari 1 malam je kat sini,rasa tak puas lagi ni. Banyak yang tak sempat nak buat dan tak sempat nak lawat. Tapi.. lagi lama lagi banyak aku shopping dan makin pening pulak husben aku nanti. Hihi.. Malam kat Batu Feringghi tu la punya sakan aku bershopping mopping sampai licin la LUIT dalam wallet aku.. Hihi "Kakak, rugi u tak ikot woooo! BEST!! Woot Woot!"
Jom layan gambar..

Bella Ammara - Telekung

Salam,
Sampai je rumah tengok tengok tempahan telekung Bella Ammara dah sampai!
Hoorey! Tak sabar rasanya nak pakai, kain telekung yang ada sekarang pun dah masam masin pahit nak kena cuci dah tu. Tengah malam ni sempat lagi melaram suh husben tangkap gambar. Hihi Thanks Bella Ammara!
Bleh check kat facebook BellaAmmara kalau nak order.
Price Rm 144.00
Akunya Cotton Collection 02 - Cotton Pale Lilac
Material High Quality German EBSB Line Cotton
Sedap pakai memang lembut dan tak panas. Mak aku tengok terus terbekenan suh aku tempah satu tuk dia.. Hihi...

Minuman Berkhasiat Bervitamin

Salam,
Ouch ouch.. Sakitnya rasa badan 4 hari 3 malam pergi bercuti di Ipoh dan Penang. Penat semacamla mungkin sebab aku baru bersalin, dalam proses healing dah bantai berjalan 24 jam. Sakit urat2 badan. Sampai je rumah kejap tadi aku terbaring di katil sebelah anak.

Teringat masa kat Penang aritu kami lepak minum air buah kat botanical garden.. Ohh sedapnyer! Dalam hati... Sedapnya air buah! Lagipun dah lama dah ni tak makan supplement vitamin C dan Calcium. Mesti badan tak berzat sekarang ni. Ohh.. Tak bleh jadi ni. AKU MESTI BUAT SESUATU! Hihi..


"Makkkk, pengisar buah kat mana? Nak buat air buah la" - aku
"Malam malam ni? Dah pukul berapa ni nak minum air buah ni?" - mommy
"Pukul 1 pagi hehe :-)" Abang... abang nak satu? - aku
" Nak!" - husben


Ok jom!
My Assistant yang Cute Memakai Baju I LOVE PENANG hihi
Pengisar Panasonic mak
Tadaa... siap satu untuk aku satu untuk husben Apple + Pear
Teringat Air buah Tropical Fruit Farm kat Penang...
Next time kita pergi sini lagi ye bang! Kita gi jogging kat Botanical Garden sekali dengan bb Eiman..
Sekian.

Mode : Ohh! Sihatnya badan!