Thursday, 30 May 2013

Satay Station Kg. Pandan

Salam,
Hye semua. harap pagi anda dimulakan dengan pagi yang ceria dan membuatkan anda happy sepanjang harini. Aku pulak harini dapat MC klinik sebab scerry berry pagi tadi dengan perot memulas mulas.. kena gastrik. Pastu kenala sedas tembakan jarum di bontot. hik...adusssss...

Balik terus tido, bangun kul 11th pastu makan bubur McD. Now.. takda kerja nk buat hupdate la belog. kiki. Memandakangkan aku sekarang duk dengn mak mertua, siri jelajah makan akan banyak tertumpu di sekitar KL kess.

Yang ni namanya Satay Station.Husben aku yang promote cakap sedap besar puas makan.. haa nampak tak permaianan dia.. sapa tak teringin kan tambah tambah si debab mcm aku ni.

Meh tengok interior kedai...





pastu ni pulak tempat bakar satay nya



ini adalah gambar satay. masa ni aku beli bungkus jer.. balik kerja, sampai rumah terus makan secara jemaah.. lupa nak tangkap gambar.. amik je kat web satay station.. sedap sampai ke bulan bintang

 selain satay, ada mee rebus jawa yang superb sedapnya! Wallah.

Bau nya sahaja telah membuatkan aku stim... haha

nyum nyum sedappp... kalau nak duduk dlm aircond bleh naik dlm rumah dia.. sesuai untuk yang nak buat gathering. best best



cantik pulak aku tangkap gambar husben aku ni.. hihi pasan..sukatilah kan Layanan pulak best sangat, cepat.maybe masatu takda orang kot time balik kerja. kami juga telah dihidangkan teh o ais,  free je.. layanan mantop! 5 star i tell u




di akhiri dengan gambar ai..
skian.


tembun!

Wednesday, 29 May 2013

My Favourite Laneige Skincare & Make-Up Product

Salam,
Harini aku nak berkongsi dengan semua, satu produk Penjagaan Kulit & Make up dari Laneige. Pertama-tama sekali aku ni memang dah lama mencari produk penjagaan yang sesuai dengan kulit aku yang kering dan nampak kusam ni. Ditambah pula dengan pigmentasi yang semakin laju bertambah kan... memandangkan usia aku ni makin meningkat. Jadi aku mencari-cari produk yang sesuai dengan jiwa ku... dan aku menjumpai Laneige..

Produk penjagaan kulit yang dimaksudkan merupakan "The best seller dan Cosmo Asian Beauty Award 2011 Winner!" Oh my! ia adalah Water Sleeping Pack_Ex. Ia melembabkan kulit dan menjadikannya segar sehingga 9 jam secara intensif i tell u sistah. Ditambah pula dengan agen pemutihan semasa kita tidur.  Tidur juga pasti nyenyak dengan aromanya yang sedap dan segar. Bangun je tidur keesokan harinya, pasti akan berasa segar bak bunga berkembang di waktu pagi dan kulit pun semakin cantik. best best



Ok next, yang kedua adalah Produk Laneige yang bernama Snow BB Soothing Cushion. Ia adalah produk 5 dalam 1. Haaa....jangan main main k! Ia Mencerahkan + melindungi dari cahaya matahari + Tahan Peluh + Menyejukkan kulit dan + Tahan Lama. Hebat bukan? Ditambah pula dengan saiz yang kompak dan mudah dibawa ke mana-mana. Kulit pasti akan tampak bersih dan menawan. (cewah cewah dah macam beauty konsultan plekk). Aku suka nama dia sebab ada kusyen tu.. Rasa selesa sangat mcm duk atas kusyen kot.. Hihi Haa.. ni gambarnya


Cantik kan produk Laneige ni... aku berkenan betul dengan design nya.. Harap harap kulitku boleh cantik dan Mantopp macam Song Hye-Kyo. Aku minat giler dengan minah ni sejak dibangku Universiti, masa dia berlakon dalam cerita Full House. Cuteee!


Boleh tak ai nak kulit cam Song Hye Kyo ni? ....



Erm... best best... berangan....berangan..

K skian.

Contest from NUFFNANG

love love

Tuesday, 28 May 2013

Ramen Vs Maggi

Salam,
Ohh diari, masuk kerja ni memang aku sibuk sangat sampai nak duduk pun tak sempat. Ni ha baru ada sikit kelapangan kan.. so update blog jap. Memandangkan Gelombang K-POP itu sangatla kuat sehingga aku pun sikit2 la terpengaruh.. aku paling suka tengok cerita RUNNING MAN. Kelakar habis giler pecah perut la.. yang zirafah tu..sangat slow ditambah dengan Sang Belalang tu pun kelaka (sapa yang tengok paham la apa aku cakap).

Pastu makanan dia asik RAMEN .. RAMEN.. pebenda tu, sedap ker?? So minggu lepas sebelum balik umah Mak Mertua, aku nyinggah di Food Court KLCC, lapa nak makan. Ada satu kedai Korea ni, macam best jer.. tengok menu ada Kimchi Ramen. Aha! Tu yang kita cari. Aku pun order.. bila siap order, aku pun bawak ke meja. haha saja nak panjangkan cerita. Pastu pada pandangan mata kasar aku macam Maggi pun ada... 

Lalu dimasukkan la Ramen itu  ke mulut.. Perghhh nak cakap.. "ini Maggi Kari la".. sama! Sepoloh hinggit tu aku bayar kot untuk Maggi ni. Memang saling tak tumpah. Sekarang aku dah tahu, Ramen adalah Maggi. takperla.. next time aku gi mamak jer  murah lagi kot baru RM 4 jer. 

"Mamak, kasi itu RAMEN satu!" sure mamak tu ternganga ... haha..




muke excited kot nak cuba Ramen

Tengokla.. tak yah rasa pun dah tahu Maggi kari

Chocolate Shake aku nya n Apple Juice husben akunya

Ni peberet photo aku.. lapa nau ke bang??

Wantan ni sedap giler

Ini Kimchi.. sayur pedas.. langsung aku tak sentuh.. cam pelik jer. sorry

Sekianlah.

Sunday, 26 May 2013

Harimau Muda Eiman

Salam,
...yehuu nk menyibuk kat sini dengan update gambar anak ai yang the very the latest one lah i tell u. hik. entry ni khas buat tatapan pembaca blog ni yg merindui baby eiman. cewah.. ade ker?

Tema kali ini adalah "Harimau Muda" ..
Go baby go! Ni yang terasa nak nyanyi " elelelele aha a aha elelelelele oh oh o.. selamanya harimau malaya" sambil goyang2kan bontot baby eiman yang berekor tu! hahaha.. kesian anak aku jadi fashion victim. besa nanti ko jgn marah mommy ye... hik


gaya menendang bola ala ala kunalan

ni la bontot yang berekor rimau tu.. hihi elelelele aha aha...
ok ni last... ngaummmmmmmm!
ngee..ok... sekianlah.

Saturday, 25 May 2013

Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party

Salam,
Khamis lepas aku telah mendapat jemputan dari Nuffnang ke Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party di Poppy Garden,KL jam 6.30 petang. Oh my God, awalnyer! balik kerja pun pukul 5 petang dari Putrajaya ken, nak ke KL tahula kan traffic jam menggila. Haa.... dalam kereta la aku tunggang langgang makeup muka aku ni sambil lakiku sibuk mencilok cilok di jalan raya. hihi.. (nasib la ada husben  yang hebat jalan KL!!) kih kih

Sampai je jam 7 petang.. eh 7 malam.. eh.. eh petang ke malam #pepejela, registration counter masih dibuka walaupun mereka dah siap siap pesan kena punctual k!. Masuk jer kat dalam tu tengok dah ada orang serve air .. coke atau ice water + sandwich yang ciput ciput tu.. sedap, banyak plak aku makan hik hik. 

ACER Exec dan INTEL Exec telah meng"explain" 2 produk iaitu ACER ASIRE P3 ULTRABOOK dan Notebook ACER ASPIRE R7, Pergh! i cakap kat u,Cunnn giler! nanti aku cerita apa yang best pasal dua-dua produk ni. Bunyi muzik dah gong grang gong grang kan...pastu datang DJ yang owesom dan femos di muka bumi iaitu DJ VERA C yang menambahkan kerancakan gong grang gong grang menggunakan ACER ASIRE P3 ULTRABOOK. Pergh sekali dua kali.

Macam macam game ada malam tu, ramai jugak blogger yang fefemes datang which is aku ni cam tak berapa nak cam n kenal kan, so enjoys je ngn husben makan kat belakang sampai bleh ngam ngn budak jaga bar tu ngeee (makan best!).. Pastu hadiah yang diberi adalah voucher RM400, cabutan bertuah HandPhone ACER ada 3 bijik... Tiket Konsert K-Pop ada.. cuma i jer yang tak berapa nak luck sikit.. hihi tak per next time cuba lagi! .... makan best .. ya sekali lagi makan best! ha ha 

OK, next ni gambar aku dengan husben layan Photobooth yang owsem giler! haha dengan tajuk #gwiyomisukahatiku lalala


What I wore (nak jugekk) campur dengan gambar SYOK sendiri maaf sila jangan muntah

Mula dah syok S 
HAI nama saya Nova, saya seorang ibu yang so in k! ngeee



ACER + INTEL + NOVA LEEZA ... woot woot


Pastu Makan memang super sedap bagi 2 budak gemok ini..

Coke n Ice Lemon Tea ...


 Inila DJ VERA C! Owsome PLAY Guys!


Kat bawah ni aku rakam DJ Vera C menunjukkan skill menggunakan ACER ASPIRE P3 ULTRABOOK



REVIEW PRODUK HEBAT!

ACER ASPIRE P3 ULTRABOOK
Excuse me!!! Hanya 800 gram k! 
core i5! pastu 178-degree-viewing mode, 
boleh flip dan tukar ke bentuk tablet mode dengan hanya satu gerakan tau
HD touchscreen tue
Yang ni la Ultrabook yang boleh jadikan semua orang menjadi DJ yang owsome macam DJ VERA C!
 Nak tahu lebih lanjut Jom tengok produk kat link bawah ni


ACER ASPIRE R7



Produk ni pulak bagi penggemar Notebook yer. 
Nak tahu, ia adalah 4 dalam 1.. kenapa?? haaa...
sebab Notebook ni boleh jadi Notebook, Ezel Mode, Pad dan Display... bayangkanla tak payah susah susah nak cari bilik discussion, mana mana pun boleh asalkan ada R7! Pagi sampai malam!
Boleh layan Movie sambil makan Pop Corn dan goyang goyang kaki sebab sound pun best giler!
Full HD display 4 speakers plus Dolby® Home Theater® v4 pump out Pergh! 

Bawah ni link dia.. jom visit
http://www.acer.com/aspirer7/en_US/

Last... korang tengok tau video ni... paling bestla i cakap u!!

Nak ucapkan Thank You Acer! Thank You Intel sebab dengan gadget macam ni, hidupku lebih mudah!

Thanks Nuffnang kerana bagi peluang melihat sendiri kehebatan ACER ULTRABOOK secara exclusive!!



ai dapat ni! yeay suke suke


Sekian... LOVE LOVE to NUFFNANG


Thursday, 23 May 2013

Dr. Oz Green Smoothie

Salam.... 
Yehuuu... Bulan ni aku dah start kerja, so lama giler dah tak kerja. Oh, tapi nasibla otak aku ni masih berfungsi seperti biasa di pejabat. Masih laju macam dulu walaupun banyak urat kepala, perot dan pinggang putus lepas bersalin. Baju, macam aku mention memang out terus semua. Nasib mak aku ni sama saiz dengan aku dan banyak baju kurung yang dia tak pakai. So aku bedal je tanpa banyak tanya. hihi..


Part 1-----------
Haritu aku gi fisioterapi kat hospital serdang.. perghh! aku ingatkan aku akan di massage ke, hot pack ke, di picit mahupun di urut ke.. rupanya meleset nau! sampai je dah kena naik beskal 20 minit. pastu bersenam untuk kuatkan otot pinggang, otot kaki, otot peha, segala otot yang ada la.. banyak sampai aku pun dah tak ingat dah step step dia. Siap dia pesan "Setiap pagi u kena buat excercise ni dalam 30 minit ye".... 

what?? setiap pagi? homaigod! aku bangun tido pun kelam kabut nak iron baju nak susu anak nak mandi nak pilih baju plak nak pilih tudung mana match pulak nak siapkan baju anak susu anak... tu pun dah sejam ko nak suh tambah excercise setengah jam lagi?..isk tak kot.. pagi2 aku kelam kabut tu kira excercise jugakla ye sebab berpeloh2 dah. ngee


Part 2---------------
Cerita pasal berat badan ni kan.. tok sah cakapla, kat opis tu semua tegur bentuk fisikal aku yang agak kecomelan ini..sangat suker sangat taww!!(sambil tangan di bahu mata ke atas) nanti aku kasik naik lagi sampai 70 kg k! yes yes! (mode: sedih, tamau makan tamau makan tamau makan tamau makan)

Tapi kakak aku sorang ni kat opis ni namanya, Kak Ijan telah menyarankan agar aku mengambil diet Dr. OZ yang bernama Green Smoothie dan aku telah terpengaruh dengan jayanya maka aku telah berazam bahawa aku akan berusaha untuk menurunkan berat badanku yang sedikit gempal comel montel malah tembam ini dalam masa 2 bulan bermula semalam. So...Balik kerja aku terus nyinggah Tesco beli barang2 nak buat air tu..

Ko nengok ni ada timun
 ada BANANANANA!
 ada BAYAM
 ada celery dan Lemon
dicampur ke dalam BLENDER semua tu + 2 gelas air
 Taraaaa!!!! amik ko ijau nau
 Glowing tak??? Bersinar sinar bak kata Kak Sharol!
k la byue! 
aku tinggalkan korang dengan video ni! selamat mencuba yer....