Monday, 24 June 2013

VIDEO TUTORIAL HALFMOON

Salam,

Seperti yang dijanjikan olehku, hihi..

Pls klik like kalau suka... dan isi form untuk pembelian yer..

Tq.. nah tengokla



Terima Kasih kepada semua pembeli Tudung TRIBAL NOVA.

InsyaAllah Restock  for 3 color Plain.

Ni tutorial lain dari Youtube yang boleh disesuaikan






Sekian.

Much Love!!

Sunday, 23 June 2013

JUALAN TUDUNG HALFMOON TRIBAL

Salam
haa.... mari mari dekat dekat... ni nak bagitahu... i ada 10 helai tudung halfmoon untuk dijual. yerla memandangkan raya hampir menjelng tiba, jadi bolehla pelan pelan kayuh beli baju raya ke tudung raya ke kan..

Tapi mula mula aku nak share video ni dulu.. tutorial nak pakai Tudung Halfmoon ni. haaa..
 ala video buat hal pulak tak bleh nk upload, takperla tutor tengaharila..

Tudung ni memang limited edition bak kata tokei kedai baru keluar minggu ni kak, stok tak banyak. ai dah pusing banyak kedai, tertanya tudung yang ai pilih ni paling selesa, ringkas, tak terlalu besar dan tak kecil, chiffon yang tak terlalu jarang, paling best tak payah gosok pun. haaa.... best kan..plus ada manik sepanjang tepi tudung. Jahitan kemas yer.

Ni pertama namanya Tribal Nova Kelaut RM 25 sold (harga sama macam Jalan Tar)


Kedua Tribal Nova Pelangi RM 25 sold


Ketiga Tribal Nova Pink RM 25 sold



Keempat Nova Peach RM 25 sold


Kelima Nova Black FusionRM 25 sold



Keenam Nova Blue Ice RM 25 SOLD



Ketujuh Nova Yellow Mellow RM 25 sold



 Kelapan Nova Green Smoothies RM 25 SOLD


Kesembilan Nova Green Petronas sold


 Kesepuluh Nova Soft Pinky RM 25 sold


haa...semua tu je dalam simpanan aku. Warna hitam cantik, husben aku pun berkenan...

So kalau berminat mana mana di atas leh isi borang kat bawah ni k. Siapa emel dulu i book untuk dia. Payment dalam masa 1 hari. pos tambah RM 5 shj.

https://docs.google.com/forms/d/1KjtHiwVof9a_39r42Zrhjkx5BRNL22CgAIKL7Kuxx1o/viewform

Tq semua... love love


TEETHER UNTUK BAYI ANDA

Salam,

Masuk bulan ke 4 ni, baby Eiman sudah pandai memasukkan tangan ke dalam mulutnya. Habis basah baju terkena air liur. So sapu tangan mesti selalu bawak kalau tak, bertompok baju  kena tahi lalat. Selain itu, Baby Eiman pun dah pandai menggengam jadi masa yang sesuai untuk belikan satu Teether untuknya. Yeay!

Kalau nak tahu, permulaan pertumbuhan gigi susu bayi adalah pada bulan ke 4 hingga bulan ke 6. Teether digunakan sebagai peransang pertumbuhan gigi bayi. Ia juga berguna sebagai alat untuk meransang minda bayi untuk belajar  menggengam, menggoyang dan menjemput. hebatkan!

Pentingnya teether ni, adalah sebagai alat bantuan kepada ketidakselesaan bayi kerana gatal gusi. Teether mampu membuatkannya leka dan lupa tentang gatal gusi yang dialaminya. Selain itu, anda juga boleh menyejukkan dahulu teether di dalam peti ais,so bila bayi kemam teether ni boleh menyejukkan gusinya. Tapi AWAS yer, bukan di tempat Freezer ok! sekadar sejuk sedikit jer. Sebelum tu bungkuslah dengan kain supaya tak bercampur dengan bau peti yang pepaham sendirilah kan.

Bagaimana Memilih Teether

1. Semestilah memilih yang bertanda BPA Free
2. Pilih Teether yang kecil bagi bayi berusia 4 bulan, memandangkan mulutnya masih kecilkan.
3. Selalunya, dibelakang teether ada tertera peringkat umur yang sesuai. Jadi rujuk sahaja bahagian tersebut.
4. Teether yang sesuai untuk bayi 4 bulan adalah lembut teksturnya, berisi air/gel dan bersaiz kecil.

Selepas menggunakan Teether pastikan ia dicuci bersih yer. Rendam sikit dalam air panas untuk mematikan kuman. Simpan ditempat yang  selamat dan bersih k.

Ni teether baby Eiman

ada tulis BPA free dan peringkat umur 3 bulan ke atas


Bagi teether dia buat main jer, tak masuk mulut lagi. Tapi, bila bagi patung Mickey ni... haa


Habis di kokak kokaknya hidung Mickey tu.. apara budak ni..
Adik ipar aku cakap.. "Eiman, tu bukan ehek ehek Mommy la!!"
Agaknya dia ingat hidung Mickey tu.. erm... haha

haha Skian.

Saturday, 22 June 2013

Saat Baby Eiman Dilahirkan

Salam,

(Saat Eiman dilahirkan, dikongsi secara Ekslusif)

Masa tengah duk usha gambar kat dalam handphone Blackberry ni terjumpa pulak gambar Baby Eiman baru lahir. Ohh... rasa macam semalam jer semua kejadian tu. Bila tengok Eiman depan mata.. terasa kejap sangat masa berlalu.. tup tup nanti Eiman dah sekolah, kerja.. pastu nak kahwin dah... haa Semoga Usia aku dan suami dipanjangkan agar kami boleh bersama Eiman sehingga waktunya sampai.

Erm.. ni ha Eiman.. Mommy letak sini, kot kot Eiman dah besar nanti Eiman nak tengok saat saat Mommy melahirkan Eiman.  Tali pusat Eiman masih di perut mu sayang.


Ni saat Pertama Eiman menangis di Bumi Allah



Tali Pusat yang menyambungkan Eiman dengan Mommy masih besar



Eiman dikahirkan jam 4.38 petang tanggal 11 Februari 2013. Sambutan Hari ke2 Raya Cina.



Eiman disiapkan oleh Misi di Putra Medical Centre. Kali Pertama Mommy n Daddy melihatmu Eiman. Mommy terbaring keletihan setelah dijahit oleh Dr. Ratna. Baik sungguh Doktor tu. Aku rasa tenang je.



Eiman di bawa pulang ke rumah Opah.


Kebanyakan waktu Eiman dihabiskan dengan tidur.


ermm... dah masuk 4 bulan anak aku.. ini gambar terbaru baby Eiman


Eiman yang Mommy kasihi, Mommy Daddy sayang padamu.

MACAM MANA NAK CASHOUT DUIT CHURP CHURP

Salam,

Entry ini juga di buat atas pertanyaan mereka yang baru nak menjinakkan diri dalam bidang blogging yer. Ok.. soalannya adalah 

"MACAM MANA NAK CASH OUT DUIT TU? MANA DIA TAHU AKAUN KITA?"

haa... ini senang sahaja. 

Jawapannya :

Pertama mestilah ada akaun churp churp dulu, kalau takda register kat sini.. ko klik gambar burung bawah ni. 

churp churp registration

Pastu ikut instruction yang aku dah buat di sini : http://novaleeza.blogspot.com/2012/06/cara-buat-duit-dengan-churpchurp.html

Apabila duit dah mencecah RM 100, butang CASHOUT akan bersinar, jadi korang boleh la dapat duit tu dengan cara penghantaran cek melalui alamat akaun yang korang masukkan. Sebab tu kena isi nama dengan alamat betul betul. ok ni akaun aku..



haa.. lagi 86.40 tue...

Kalau korang dah kayo boleh belanjo aku k!! Thanks to NUFFNANG!

Skian.


CARA LETAK LINK CHURP CHURP DI FACEBOOK

Salam,


Aku ni banyak betul dapat soalan "MACAMMANA NAK LETAK LINK CHURP CHURP DI FACEBOOK?" haa.. kemain jenuh aku nak jawabkan, takat sorang dua ok gak... ni jenuh nak taip satu satu. So aku decide la buat entry ni. 

Senang je tuan tuan dan puan puan, macam masak maggi jer yer

Pertama mestilah ada akaun churp churp dulu, kalau takda register kat sini.. ko klik gambar burung bawah ni. 

churp churp registration

Pastu ikut instruction yang aku dah buat di sini : http://novaleeza.blogspot.com/2012/06/cara-buat-duit-dengan-churpchurp.html

Dah  siap akaun??? Ok bagus 10 markah untuk ko k!

Kedua masuk la akaun pergi bahagian REWARD. 

Pilih mana mana satu reward yang nak di kongsi.. contoh bawah la.



Ko tekan butang save & copy tu macam dalam gambar tu

Ketiga Login la facebook ko tu..

Paste kat status. lepas paste tekan spacebar, akan muncul gambar dan link kat bawah status. Pastu tekanla butang POST tu.. haa kalau tak tekan kesudahla tak dapat EARNING nya...

Ha... pastu ko tunggu je duit bertambah.. mesej kengkawan suh bukak link tu... 

Ok cun. Dah KAYO belanja aku k. Thanks to NUFFNANG!

Skian.

Thursday, 20 June 2013

SHOPPING HAUL

Salam,

Meh nak kongsi bulan ni punya shopping.. tak banyak sebab budget limit. Banyak benda kena fikir kalau nak shopping ni...kena pepandai jejimat yer.. untuk upcoming vacation (jeng jeng jeng) ... haha

Rezeki itu datang dari Allah, anak juga adalah  REZEKI ibu bapa.. Alhamdulillah.


Ok 1st, off course la sebagai perempuan mestilah KASUT... pening pening nak pilih hitam ke putih... sapu dedua sekali.. haha puas hati 


2nd, Beg Tarik untuk baju baju Eiman.. kami kan masih menomad, senang nak angkut ke sana ke mari.. 


ha.. sumbat habih semua


3rd, Yeay CD Faizal Tahir yang baru.. 

hari hari duk ulang lagu Faizal Tahir sampai lakiku nak muntah.. ahaha


Last but not least...

TV RACK dr IKEA.. Yeay!!
Barang yang paling happy ai beli.. kikikiki
gambar ni aku suruh husben aku what'sap kan jap tadi.. nampak sangat tengah bersenang lenang layan drama Melayu.. haha



Ok tu je

Skian.

Wednesday, 19 June 2013

MADAM KWAN'S ALAMANDA PUTRAJAYA


Salam, 
Harini ajak suami makan best sikit walaupun poket tak masyuk dah hujung bulan kan. Tapi nafsu makan punya pasal semua itu boleh di adjust. Haha..

Memang dah lama jugak usha MADAM KWAN'S dekat Alamanda, dok ulang alik kat GSC ternampak Restaurant tu. Erm... jom tengok makanan..



Ni namanya Nasi BOJARI RM 23++
rasa macam nasik kenduri. husben aku cakap kalau aku kemaruk nak makan nasi kenduri bleh bawak makan sini.. haha



Yang aku makan ni Char Kue Teoww RM 17++
Sedap! Babe (nuren) ko kena rasa ni , sedap!


AIR BLACK JELLY (CINCAU) & AIR BLACK AND WHITE (CINCAU SOYA) RM 5.90 satu



Fresh Fruit Platter sebagai dessert
RM 7.90

 MADAM KWAN'S


Ni Aku lerr, ODW ke ALAMANDA.. hihihi
 saja je tampal banyak gambar aku





dan ni lunch date aku.. haha idung takda harap mata jer besar mulut kemek!


Total : RM 68 ++

K skian

Tuesday, 18 June 2013

BELI MOTOSIKAL

Salam,
Haritu aku pergi kedai moto nak usha moto la kekonon...
Seje jer.. bukan nak beli pun.. Dana tak cukup lagi. Lagipun hujung tahun ni dah ada plan nak bercuti..

Amik bau jerla..

Ada yang nak dikongsi.. hahaha

Bukan gambar motor Kawasaki Versys ni yang nak dikongsi yer..



;
;
;
;
;
;
;


tapi ni ha...


Lokasi... KOK MOTOR area PUDU tu.. kalau tak caya gi la tengok.. 

Nak try duduk pon bleh 

hahaha

Skian.

Susu Kambing Karihome Untuk Bayi

Salam
Harini nak berkongsi cerita mengenai susu eiman. haa.. macam yang aku pernah cerita, baby eiman minum susu Novalac Rumusan Bayi sejak dia lahir sehingga mencecah umur 4 bulan. Tapi sejak kebelakangan ni, poo poo dia warna hijau pulak. Jadi aku dan suami buatla sedikit penyelidikan mengenai poo poo hijau ni, ada yang mengatakan berkemungkinan bayi mengalami simptom terlebih laktosa iaitu gula asli yang terdapat dalam susu atau mungkin terdapat kuman dalam perut bayi.Walaupun tak pasti apa penyebabnya, sebagai ibu bapa  mestilah rasa risau kan.. haha ayat skema giler

Kakak aku pula pengguna susu karihome yang tegar untuk anaknya si pika tu sejak bayi lagi. Yang bagusnya, mengikut pemerhatian aku, si pika tu nampak cepat belajar dan kuat ingatan. Bagus juga susu kambing ni. so aku buat sikit bacaan di Internet.. memang bagus susu kambing ni sebab susu yang paling hampir dengan susu ibu. Selain itu, ....

1. Ia mampu meningkatkan IQ dan EQ. 
2. Ia mengandungi antibodi yang sangat tinggi 
3. Kandungan kalsium yang tinggi baik untuk pembentukan tulang dan gigi
4. Ia lebih mudah dicerna berbanding susu lembu (susu kambing 30 minit, susu lembu 2 jam)
5. Molekul protein dan lemak sangat halus, lembut dan mudah hadam.
6. Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing
7.Tiada jangkitan binatang gila.. haha ala cam lembu gila tu, kambing tak gila
8. Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
 dan bermacam faedah lain. Korang boleh google..khasiat susu kambing untuk bayi

P/S: Walubagaimanapun susu ibu adalah susu yang terbaik buat bayi.

Kami pun sepakatla mencuba susus kambing untuk baby Eiman. Kalau sesiapa yang bercadang nak bagi susu kambing mestilah guna susu khas yang dibuat untuk bayi 1 tahun ke bawah, tak boleh bagi susu segar atau susu yang tak dipasteurkan. Susu tersebut bahaya untuk bayi kerana usus dia tak bersedia nak terima susu yang fresh, ada banyak bakteria dan kandungan yang sangat tak sesuai untuk perut mereka. Susu Karihome ni formulanya telah dibuat sama dengan kandungan susu ibu.

Ni la susu karihome.

Karihome untuk Infant 0-6 bulan Step 1

Ada juga rasa risau kalau eiman tak rasi dengan susu ni.. Ni dah habis 2 tong masuk tong ke 3.. Alhamdulillah eiman tak tolak bila kami suap susu ni.. siap nak lebih lagi. 

Harga.. ini memang tak dinafikan mahal

400gram, macam gambar di atas tu, RM 49.50. Kalau beli online bleh dapat RM 46 rasanya.

Seminggu baby eiman habiskan 2 tong. Kalau sebulan 4 minggu = 8 tong..

1 tong RM 50 darab dengan 8 sama dengan RM 400!!!!

erm.. untukmu eiman.. pejam mata bayar jerla!

Kedai Susu Karihome Online : Babydash.com

Ni entry terkini..Search karihome pada blog ini ye.

Ok sekian.

Monday, 17 June 2013

Sayang anak punya pasal

Salam,
ini malam aku kena jaga anak sendiri sebab husben aku shift malam. ohh mencabar sekali dua kali malah berkali kali tambah tolak darab semua masuk. Pukul 9 tadi dia dah merengek nagis nagis nak tido... sabo jela

masuk bilik tepuk tepuk sampai tido. pastu aku gi gosok baju. sambil gosok sambil intai anak. Pergh membara beb!! tengok nyamuk dah hinggap kat muka anak aku. cis betul. masuk bilik memang aku tak bleh tido. nyamuk ngeng sana ngeng sini. tadi aku dah tepuk 2 ekor. budget dah takdala... rupanya ada lagi...

ni ha.. aku duk mengadu ngn lakiku










haa... ni macam ada sekoq lagi ni...

nanti aku update lagi, berjaya tapau ke tak yang ke 9 ni..

haaha... tula pepetah ada menyebut Sayang anak Tangan Tangankan.. ni ha aku dah tangankan nyamuk!

to be continue...