Wednesday, 31 July 2013

Cecita Kurangkan Berat Badan


Salam...
Haa... Haritu kan aku dh cakap yg aku akan berusaha untuk kurangkan berat badanku sehingga mencapai berat badan normal. Kikiki... Maka dengan ini saya telah berjaya kurangkan berat walaupun belum mencapai berat badan yg diimpikan. Masih perlu berusaha sedikit je lg... Ohh happy sangat rasa nk lompat lompat.  Sebabnya puasa dan jaga makan bila berbuka ye tuan tuan puan puan.


Oh ya... Masa timbang ni dekat hospital serdang... Maklumlah nunggu punya lama, sebenarnya husben aku pun nimbang jugak... Tp tak dapat izin share di sini sebab... Kikiki... Tahu tak.. Tahu tak kenapa?


Ok... Semua... Selamat berpuasa dan 
Jaga makan ye.. Agar kita semua sihat sihat hendaknya.







Ok la sekian ye..

Friday, 26 July 2013

BERTUGAS DI PILIHAN RAYA KECIL N01 KUALA BESUT

Salam,
aku rasa mungkin ada pembaca blog NovaLeeza ni yang tak tahu aku kerja dengan siapa kan.. haha pasan je cam orang nak tahu. Memula rasa mcm malas nak cerita, tapi bila ada event camni rasa rugi pulak tak simpan gambar di blog... takperla.. tak kesahla kerja apapun yang penting kita gembira dengan kerja yang dilakukan.

So haritu bersempena dengan Pilihan Raya Kecil N01 Kuala Besut aku diarahkan ntuk turun padang.. so ni la gambar sekitar event tu berlangsung. Mana yang sempat je aku snap ye.. Selamat Menonton semua!

dalam flight ke kota bahru

dari kota bahru menuju ke Demong Beach Resort Kuala Besut

Pagi hari semasa Pilihan Raya Kecil N01

Aisyah n Kak Cah n aku

Persediaan tempat untuk team IT

Bergambar jap

Gambar passport jap

Kak Cah

Apiz

Team Lelaki

Azmeer, Syuk, Shiful (belakang) Aisyah, Kak Cah dan Aku (depan)


Waktu Berbuka Puasa

Erm... nyum

Syuk paling happy makan sebab muka dia masuk tibi

Ini Shiful

Ini Apiz

Calon Tengku Zaihan semasa Pengumuman Kemenangannya


Ok.. tamat sudah cerita kerja. Keesokan harinya sebelum pulang ke KL kami bergambar sekali lagi di tepi pantai... hooray


Kak Ijan

Haritu Kak Cah posing model, kalini Kak Ijan pulak


Kasut ku masuk pasir lagi

Siapa tahu ini pokok apa yer?


Yeah itzme

Nova, Kak Cah n Aisyah sekali lagi

Buang Pasir dalam kasut

Hihi... akhirnya dapat jugak Kak Ijan menagkap gambar lompat selepas percubaan ke seribu seratus lapan belas kali.

ok last last... bergambar bersama En Shahril Pembaca Berita pukul 8 TV 1


Ok.. itu sahaja di sini.. skian semua!

selamat berpuasa ye.. jangan curi curi minum! Tuhan nampak.

Wednesday, 24 July 2013

PAKAR ORTHOPEDIK KPJ AMPANG

Salam,

Haritu  nak kemas baju anak dengan baju sendiri, nampak dah bersepah... masa kemas husben asik mengganggu dengan kakinya duk terajang terajang... rasa bengang.. Dush!! sedas tumbukan padu dari aku mengenai kakinya... haha padan muka kau!!..

Sakit kot.. jadi dia insaf sekejap. Tapi kejap jer..Tak berapa lama lepas tu, husben aku kacau balik.. eii.. dahla tanak tolong pastu kacau plak.. ok buat bodo buat bodo. Bangun nak gi tandas.. balik dari tandas, dia duk sepak sepak bontot plak.. ini main kasar ni nampaknya. Ini mana bleh bersabar ni..Kita pun tak kan lah nak mengalah dan berserah je diperlakukan sebegitu kan.

Dengan sekuat tenaga aku tolak badan dia yang besar tu.. Dumm!.. dia jatuh di atas katil, nasib eiman tak bangun. Husben aku pulak pantas bangun balik.. maka aksi gusti pun bermula dalam bilik pukul 2 pagi.. 

Motif... siapa jatuh dia kalah.. ambik.. sekali belit punya belit, sepak punya sepak.. Pakk! terkepak pinggang aku.. dushhh! jatuh ke lantai.. adoii.. walaupun sakit tetap sambung balik gusti... arghh.. penat! ok kalah kalah... (takpe kalini dia menang)

Bila nak bangun... Mak Oiii sakitnya pinggang aku ni.. dia pun tarok minyak. padan muka sapa suh carik pasal. bangun pagi esok tak kebah lagi.. Ciss..Pagi tu terus gi KPJ Ampang nak jumpa Pakar Orthopedik aku, Dato' Dr Syed Al Sagoff di KPJ Ampang. ermm....

Lepas tu, kami ke Pusat Fisioterapi nya. Kena la tarok letrik kat pinggang dalam sejam jugak tu.. ahh baru lega.. 

Pasni tamau dah main camtu.. takda pekdahnya. So jangan carik pasal please!!


Ni semua gambar sebab bosan menunggu lama





si perot


 Bilik Dr Syed

 Haha....


Sapa boleh buat bibir bawah senget.. bibir atas tak gerak..


Haha.. bibir bawah langsung tak boleh gerak kikikiki


ok la... Skian. 
Selamat Berpuasa!

Sunday, 21 July 2013

KUIH RAYA NOVA YANG SEDAP RM 22 SAHAJA MARI MARI

Salam,
Haa.... kuih raya RM 22 je, dahla saiznya besar pastu tak mahal pun kan.... saiz dan harga sama je macam tahun lepas.. Kuantiti kuih tetap 50 biji.. Jom tengok mari mari dekat dekat... ha... dekat sikit lagi meh meh...

ALMOND LONDON RM22 SAHAJA

ALMOND ROCHER RM22 SAHAJA

TAT NENAS RM22 SAHAJA

CASABLANCA RM22 SAHAJA

CHIP CORNFLAKES RM22 SAHAJA

COKLAT CLUSTER RM22 SAHAJA

SAMPERIT RM22 SAHAJA

COKLAT KOMERSIAL RM22 SAHAJA

ALMOND RODA RM22 SAHAJA

SNOW WHITE RM22 SAHAJA


ADA LAGI YANG LAIN... NI HA...

PILIH-PILIH

SEMUA RM 22 SAHAJA...



Ok semua... Selamat Berbuka Puasa bersama keluarga di hari Ahad ini....

Skian. Salam.