Thursday, 29 August 2013

SEAFOOD GARDEN TG.MALIM

Salam,
Kampung ai kan kat Tanjong Malim, haritu malas giler nak masak so makan jela kat kedai. Yang terlintas kat kepala adalah Sea Food Garden. Kenapa makan situ?? sebab sedap dan lazat. Lagipun awek yang amik order tu pakai baju kebaya macam stewardess.. haha Eiman mesti suka..

Baby Eiman memang suka awek, kalau aku bagi makcik2 yang dukung dia.. melalak la dia.. kalau awek dukung.. erm.. senyum leba je..

Masa tu duduk dalam kereta, awek lalu, menjerit2 panggil,
Makcik lalu... buat bodo je... ceh budak ni..

ikut pangai sapa tah Eiman ni..

Hai awek-awek di luar sana... nama saya Eiman (kat belakang salah sorang awek yang amik order..) 
Eiman pose hensem
Cahaya terang sangat daa...
Ni feveret aku Ayam Masak Cili Kering dengan gajus! nyum!
Sotong Goreng Tepung.. nyum nyum weii
Sayur Baby Sawi masak belacan.. ehh jap betul ke?... 

Ini la kerusi Ikea yang ai nak tu, tapi husben tak bagi.. haha masih mengungkit hal tersebut lagi.


Total RM 48++
skian.


Wednesday, 28 August 2013

KUALA LUMPUR

Salam,

harap semua sihat.

ni Nova tangkap masa turun KL, Lorong Haji Taib.. kenapa?? ... nanti I story.

















Tajuk... sehari ku di Kuala Lumpur.

by Nova

PERSAHABATAN TIDAK PERLU ADA ALASAN

Salam,
Meriah hari ini dengan sambutan hari raya di pejabatku. Lagi meriah sebab mak kena jadi usherer. Belasah la sebab ai ni pun bukannya pandai berprotokol sesangat. hihi

Walaubagaimapun, terasa kesunyiannya diri ini, sebab apa?
Sebab 8 orang dari geng kontrak dah dapat jawatan tetap dan sudah mula bertugas di pelbagai agensi kerajaan yang lain. Anyway, Tahniah dan selamat bertugas ye! Kepada mereka yang pernah jadi anak buah ai, walaupun sekejap, terima kasih banyak-banyak sebab korang sentiasa memberikan komitmen yang terbaik!

Yela, aku ni memang la garang sikit macam yang korang panggil tu, "Mak Tiri menjerit!".. haha kalau aku tak jerit tak sah kan.. korang memang suka aku jerit kan.. haha

Kerja baik-baik kat tempat orang.. jadi pekerja contoh k. Kenangan korang di sini takkan aku lupakan. sob.. alamak sedih la pulak...

Love u all!!
Semoga Persahabatan ini sampai bila-bila k!
dari jauh ku kenang.. cewah! dengar lagu jap..

2 dari kiri, Sharul, 2 dari kanan Sharil, kiri, Rajesh.. yang lain ada lagi kat sini... tak yah pekenal la.. haha
Sharul.. budak yang paling kuat bahan kawan-kawan dia
belakang kiri Syuk, depan kanan Ocong... jodoh tak panjang kat sini.. kot kot lainkali kita jumpa kat tempat lain kan.. Malaysia kan kecik je.. aku pun sedih la jugak
"Sahabat untuk selamanya!!.. sahabat!"... (nyanyi lagu sahabat lak)

dari kanan Hani, Aisyah
sari kiri Rajesh dan Al.. tetengah ada lagi kat sini.. hihi
gambar ala-ala kenangan ... ceh! ini hani, umur dia 12 tahun... haha
Aisyah.. yang kat belakang tu Al.. al kawan baik halim dan imah... kikiki

ok semua! Selamat Bekerja..
dah dah..ni apa baca-baca blog ni!!... amboi... biasa tu! hahaaha


k tata babai


Tuesday, 27 August 2013

TAK DAPAT BELI BABY COT & BABY'S CHAIR

Salam,
Apa khabar korang semua? Harap sihat2 la hendaknya. Maklumlah raya kan sebulan, Ahad malam minggu lepas aku gi TESCO AMPANG, pergh malam-malam masih ramai yang pakai baju melayu dan baju kurung. Masa tu pukul 10 lebih, agaknya balik beraya la tu, tak pun kenduri kahwin. 

ok apa2 pun, raya tetap raya, kerja tetap kerja, banyak pun kerja ni sebab mood raya tu melampau-lampau kan. Ha.. tinggal jap pasal raya, citer pulak pasal baby. Haritu aku pergi IKEA Damansara. Ramainya umat Muhammad. Alhamdulillah la.. takkan nak marah pulak orang ramai. kikiki.

Aku dah berapa kali nak mintak husben aku belikan Baby Cot untuk baby Eiman, sejak lahir weh aku mintak tak dapat-dapat. Ni budak dah masuk 7 bulan ni pun aku masih merayu-rayu dibelikan baby cot. Apa dia cakap? "Anak dah besar dah bb, pakai kejap je... buat apa? lagipun nak letak mana besar2 tu?"..... takpela... anak akan datang nanti aku beli online je.. tengok-tengok dah ada kat rumah. kikiki.

Mengintai pulak Baby's Chair. Yang macam kat kedai makan tu, warna putih, IKEA. berkenan weh!! haritu mintak beli.. tahu dia kata apa? "Walker tu ada, nanti tak pakai pulak. Makan kat walker dulu la, Lagipun dia belum makan betul2 lagi". Ewah ewah...Macam-macam la alasan dia ni. Takpe takper... saba k. Nak je aku klik klik online. Macam dah gatal tangan. Nanti bila baby Eiman dah makan betul-betul nanti, ai tuntut taw! 

hah lega sikit dapat luahkan kat korang. 

Tak dapat beli, dapat baring kejap pun jadila kan Eiman!

Tengok tu, suka sangat kan dia duduk dalam tu..
Snap jap
Baby's Chair ni cantik berkenan sesangat tapi mahal la 239 tak silap, yang biasa dalam 50 je
Eiman ni semua benda nak masuk mulut dia. Yang biasa tu kat belakang tu ha..
Eiman meninggalkan jejak air liurnya.. kiki
Dia la yang tak bagi ai beli tu... ermm... majuk 10 hari kang baru tahu.

 Pastu rasuah orang dengan makanan... ni yang susah nak merajuk ni...


Ok babai. Terima kasih kerana sudi membaca luahan perasaan ini.


Friday, 23 August 2013

BURUNG HANTU PINK!

Salam,
Burung Hantu pink ni memang CHOMEL giler!!

Digunakan semasa memandu,
Semasa menonton TV,
Semasa Membaca Surat Khabar,
Semasa Menaip Belog,
Semasa Berlepak sambil makan kueteow..

Kecik je burung ni.. burung hantu paling hebat dalam dunia!
burung ni boleh urut kat belakang.. kat perot pon boleh.. kasi perot kempis..
Guna Bateri. Burung ni beli kat Watson.. sekarang 50% diskaun. dalam 30 hinggit je..



I LOVE WATSONS!! I LOVE GUARDIAN!!

PELOK PELOK...

Ok skian.

Thursday, 22 August 2013

KULIT FLAWLEZZ SEBAB MARY KAY

Salam,

Dah beberapa kawan aku tanya... "Pakai apa?? Kulit nampak cantik je??"..

Alhamdulillah, sebabnya dah Allah jadikah kulit aku ni jenis tak banyak meragam. (SYUKUR...)

Kedua, pakai camera 360 la.. tapi kawan aku cakap.. " kulit muka ko memang tak da masalah pun..!!"

tapi kan sejak aku pakai Mary Kay.. jerawat pun dah segan dah nak tumbuh.. muka kurang kekedut.. dan makin licin. 

Aku ni pulak jenis malas giler nak pakai toner semua bagai.. kalau beli sebulan dua je  pakai pastu tinggal je jadi perhiasan atas meja. Tapi dengan Botanical Set Mary Kay ni aku cuma pakai pencuci muka yang so call 3 in 1 dan Moisturizer dia.. siap!

Yang penting cepat. malas aku nak bedek2 muka depan cermin.






ha... yang aku pakai for Normal Skin.. Harga memang mahal skit.. tapi ni dah masuk 4 bulan tak habis2 lagi ni... banyak lagi.. pencuci je bulan depan habis kot... tahan lama woo..

Agen aku ni ha.. ada banyak produk Mary Kay ni.. aku bukannya agen n tak paham la terang2 ni.. senang je sapa berminat boleh....

PM/WhatsApp/SMS - 019-3204516 (Sha)


Ni pulak gambar ai yang terbaru.. tak la flawlezz mana.. tapi cuckupla buat org tertanya pakai apa... haha... poyo giler!!!








ok tata babai


BURGER BAKAR ABANG BURN

Salam,
Haritu pas je berenang, perut pun rasa la bergoncang-goncang.. hihi pastu tetiba plak ada kapal terbang lalu atas kereta bawak sepanduk
"Makan kat Burger Bakar Abang Burn pun SEDAP JUGAK!!",
 pastu datang lagi sebuah kapal terbang bawak sepanduk
"KALAU TAK CUBA RUGI WOOI!"... pastu tu terus kapal terbang tu pergi... 

Terima kasih kat Kapal Terbang.

Ha... so terus la ke Lokasi Abang Burn di Taman Dagang... 

Mak pun nak jugak cuba kan. So ... Oh Jom!!





BEEF SUPREMO CHEESE

BEEF ORI CHEESE

LAI CHI KANG PANAS

EPAL JUICE


Total Makan + Air = 30++

Rasa : Memang Perut Kenyang giler sebab Beger Abg Burn ni besar!...
Boleh mencuba yang lain pulak next time!!

Lokasi : Dagang Avenue, Taman Dagang Ampang, Selangor

(haha.. percaya ke cerita aku tadi?? hahahaha)

Ok chiow.