Monday, 30 September 2013

HOBI BAYI ADALAH MEMBACA BUKU

Salam,
Perjalanan balik dari kampung ke Kuala Lumpur biasanya mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Ini adalah kali pertama Baby eiman duduk di dalam Car Seat sepanjang perjalanan. Kecik dulu bolehla di dukung dan di ikutkan je kerenahnya. Sekarang sudah hampir 10 kilogram. pergh!!! timbul urat muscle kalau sejam setengah pegang Baby Eiman yang tak boleh duduk diam diam.

Cehh, berkerut dahi tu... padahal buku pun baca terbalik

Sunday, 29 September 2013

Deman Berjangkit Pada Daddy Eiman

Salam,
Hai... Minggu ni aku balik kampungku. Patutnya, husben aku kena kerja Sabtu malam, tapi disebabkan dia demam terpaksalah MC. Itu pun ada hati jugak nak pergi kerja dengan badan panas kepala berat tu. Isk isk... Aku tahu rasanya camana sebab aku lah si pembawa demam tu. Haha kesian...


Friday, 27 September 2013

Kelebihan & Perkara Sunat Hari Jumaat

Salam Jumaat,
Syukur, sampai juga usia ke Jumaat minggu ini. aku ada sedikit perkongsian buat saudara-saudaraku di luar sana. Yela, usia dinihari begini, baru terkedek-kedek nak tambah ilmu. haha takpe pelan-pelan kayuh asalkan sentiasa berusaha kan kan. So, di hari yang baik ini aku nak kongsi dengan korang Perkara Sunat Yang Dilakukan Hari Jumaat (Penghulu Segala Hari).


1. Membersihkan Anggota Tubuh -  Seperti memotong kuku, misai, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu air-ari, menggosok gigi dan sebagainya

Potong kuku - Potong kuku Isnin, Khamis dan Jumaat adalah Sunnah.

gambar diambil dr Google

Thursday, 26 September 2013

APABILA BABY EIMAN MENGUASAI KATIL SEPENUHNYA

Salam,

Malam tadi eiman masih susah nak tidur sebab hidungnya yang masih tersumbat kerana selsema. Kesian dia. Kejap ke kiri kejap ke kanan. Isk isk.. susah sangat dia nak lena, tambah pula dengan batuk-batuk. Kesian jugak kat mak pak nya yang tak berapa nak lena tidur seminggu ni. Nanti aku cerita camana dia dapat batuk dan selsema tu.

So ini lah dia malam tadi... kejap kiri kejap kanan sampai satu katil dia punya.. mak pak jugak yang duduk bersempit. 

Letih sangat agaknya tido nganga nganga tu.

Doakan eiman cepat sembuh ye. Sekian.

Ustaz Don Daniyal - Anak Asset ke Syurga atau Neraka?

Salam,
Tazkirah Pagi yang menyentuh hati.. sob sob.. teringat kat Eiman.




Wednesday, 25 September 2013

MAJLIS MAKAN MALAM JABATAN KU

Salam,
Hye.. malam ni aku update kan gambar-gambar sekitar Majlis Makan Malam Jabatan aku di Dynasty Hotel, Kuala Lumpur . Memang meriah lah sesangat malam tu, persembahan tip top tip top belaka.Yang istimewa adalah persembahan M. Daud Kilau punya adik lah. itu kali goyang kasi goyang kasi golek kasi golek baik punya. 

Lepastu, setiap tahun jamuan makan malam jabatan aku ni mesti ada acara cabutan bertuah. Tahun ni aku takda luck la. Tahun lepas merasa jugak.. hihi takpe kasi chance sama orang lain.

Diorang kata posing mengiring boleh nampak kurus... hihi.. kuros tak aku??

Meh layan meh...

Tuesday, 24 September 2013

DEMAM MASIH TAK KEBAH LAGI TAPI PERGI BERTUGAS DI PARLIMEN

Salam,
Pagi ni pergi jugak parlimen. 
Duduk di Lobi Parlimen sambil dengar parlimen bersidang. Kelakar la jugak tengok ahli Parlimen ni bergaduh. lagi kelaka kot dari Karoot Komedia.

Ahli 1 : "cakap tak pakai otak! tu la main cakap je, inilah pembangkang!"
Ahli 2 : "Dia demam kot hari ini"
..... gaduh gaduh...

Ahli 1 : "Ok, saya jawab soalan tadi, kita kawan balik ye."

haha... camni pun ada.



ENTRI NOMBOT 300! FEVER,FEVER PLEASE GO AWAY!

Salam,

Malam ini pun dilewati, tengok jam pukul 12.30 malam. 12.30? macam nak cakap"WHAT??". Badan ni rasa makin panas, kepala lutut dah kesejukan sebab demam, kepala otak pulak dah weng-weng sebab makan ubat semsemsemma dan ubat batuk hitam yang buat rasa high sangat. 

FEVER,FEVER PLEASE GO AWAY!

Lepas je event MAKAN MALAM BERSAMA JABATAN, husben aku ambil di hotel dan aku terus ajak husben pergi Kehlinik ambil ubat. 


Saturday, 21 September 2013

REVIEW: LEPAK WITH NUFFIES DI MEEPLES CAFE BERSAMA SANDRA & BLOGGERS

Salam,
Syukur sesangat tertunai jugak hasrat aku nak pergi event "Lepak with Nuffies" di Meeples Cafe Subang Jaya. Puas jugak ler aku mujuk si Chadeq Nakamura tu. Cam biasa, alasan dia memang tak bleh blah ada jer kan! jadi aku guna strategi yang dinamakan Jurus Keras Kepala Lutut Ku. haa.. Lebih kurang camni, "Ahh!! ai tak kira, apa jadi pun ai nak pergi jugak event tu!! ai tak pedulik!! Kalau u tanak bawak, ai drive sendiri pun takpe!!!!".... haa.. nak tak nak dia pun terpaksalah mengalahkan. (Bg yang tak paham, ni sambungan cerita Lepak With Nuffnang at Meeples Subang Jaya)


Friday, 20 September 2013

KISAH PERTUNJUKAN BUNGA API

Salam,
Harini aku sesema duk soh seh soh seh dari pagi tadi sampai la ke pejabat. Ah cumm! ku teran sekuat hati ... bergegar.. aku bersin je kuat-kuat takda cover punya. haha.. Semua sebab husben aku pasang Air Cond kemain kuat malam tadi, aku jugak yang merana. isk isk.. sabo jela.

Oh lupakan hal itu, ni nak cerita satu kisah tanggal tiga puluh satu, bulan lapan lima puluh tujuh, merdeka merdeka tetaplah merdeka.. ia pasti menjadi sejarah.. ehh termenyanyi pulak. haha Malam merdeka tu kami baru balik dari rumah kawan ku Nuren dan Mino. Masa kami balik tu jam menunjukkan pukul 12 tengah malam, elok-elok je kereta di atas jambatan menghala ke Pandan, bunga api pun mula berdentum dentam di udara....



Thursday, 19 September 2013

BABY EIMAN BERENANG KUAK-KUAK KAKI

Salam,

Minggu lepas family aku datang ke Putrajaya melawat anaknya dan cucundanya si Eiman. Beria-ia aku paksa mak n kakak aku tu suruh datang. hihi.. yela sejak aku pindah Putrajaya mana ada sekali pun menjenguk rumah baru aku tu. Cehh.. rumah ke?? padahal Kuarters je kot.


Wednesday, 18 September 2013

LEPAK WITH NUFFNANG AT MEEPLES SUBANG JAYA

Salam,
Pagi ni bukak email ... dapat invitation untuk LEPAK WITH NUFFIES!!!
Yeay!! Lompat-lompat... nak pergi nak pergi...

Rilek.. rilek.. call husben dulu, mintak izin.



Friday, 13 September 2013

24 JAM SELEPAS ITU

Salam,
Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan agar Eiman sihat walafiat, tiada kecederaan yang berat. Syukur, 24 jam telah berlalu dan Eiman tidak menunjukkan sebarang kelainan atau perubahan fizikal.

Ini gambar Eiman semalam yang dihantar oleh ibunya (pengasuh) pada aku.


Thursday, 12 September 2013

HATI MUMMY TERGURIS SAAT ANAK JATUH KATIL!!

Salam,

Harini adalah hari yang merisaukan buat aku.. dalam masa 24 jam aku berdoa agar Baby Eiman tak apa-apa. kenapa? sebab semalam tadi jam 4.40 pagi, eiman jatuh katil. Ya jatuh katil!. Macammana jatuhnya dia, macam itu jugakla jatuhnya hati aku ni.. risau risau risau.. itu sahaja yang mampu aku ungkapkan.

Ceritanya begini, selepas aku beri susu kat Baby Eiman jam 4 pagi, aku tepuk2 dia sehingga lena, lalu aku tunggu sebelah sehingga dia betul-betul lena, Daddy pula tengah tidur, tidur di sebelah Eiman. Rasa nak ke tandas, takpela, tinggalkan sekejap kesian pulak kat husben aku, takkan nak kejutkan dia pulak. Masa nak keluar tandas, aku terdengar bunyi "BAM!!" ... di ikuti dengan jeritan Eiman. aahh... dalam hati, takan jatuh kot.


Wednesday, 11 September 2013

WONG SOLO TAMAN DAGANG AMPANG

Salam,
Disebabkan lapa makan nasik, balik dari Mejelis hari jadi Baby Adelia.. kami menuju ke Wong Solo Ayam Penyet, ingatkan nak makan sikit je.. kongsi-kongsi dengan suami pun ok je. Tapi dia nak makan ikan keli pulak.. orang nak ayam penyet.. Maka terpaksalah beli 2 set. Perut kenyang lagi ni.

Sampai je.. menu ni.. cam biasa "Abang, saya makan dulu tau!"

nampak sedap pulak ayam ni...



Tuesday, 10 September 2013

My Name is Wafri Eiman.. just call me Eiman

Salam,
Name : Wafri Eiman 
Age : 7 month old
Favourite Food : Nestle Cerelac & Heinz Apple juice & anything you put inside my mouth!
Favourite Drink : Karihome Milk & my mom's original milk.. haha
Hobby : Grab things and Put it inside my mouth!.. especially Mummy's tudung! My feveret.
Ambition : Mummy said i should be a doctor one day.. daddy said i can be anything i want.. we'll see
Favourite TV Show : Mickey Mouse & Hi5 & Upin Ipin
Sleep time : depend... i love to bully Mummy n Daddy 1st b4 i went to sleep
Wake up time : As early at 4am... to continue bully mummy and daddy!

ok.. my pose for you! ..

SELAMAT HARI JADI ADELIA YANG PERTAMA

Salam,

2 Minggu lepas aku dan suami dijemput ke 

Majlis Sambutan Hari Jadi Nur Adelia yang Pertama

Wah... dah masuk 1 tahun dah baby Adelia ni. Budak yang sangat comel, cute and sweet face.

SELAMAT HARI JADI YE! Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia & akhirat. 

Amin.

Gambar sekitar Majlis Hari Jadi.



Penutup Raya 2013

Salam,

Entri raya yang terakhir, memandangkan dah masuk pun Syawal. kih kih makan free je sebulan ni, rumah terbuka sana-sini... Kalaulah tiap-tiap bulan bulan raya.. takdala agaknya kes kebuluran di Malaysia ni kan.. perkara bagus camni, bolehla kita teruskan sepanjang masa. Sedekah itu kan penyambung rezeki...

So, ini lah aku share kan gambar-gambarnya.. kira macam WRAP UP RAYA 2013 la giteww kan..

OPEN HOUSE RAYA AIDA & FIQ
Ini memang setiap tahun wajib kena buat... kiki



Sunday, 8 September 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU KAK EITA

Salam,
Buat kak eita,
Selamat pengantin baru,
Semoga berbahagia hingga ke syurga,
Murah rezeki dan diberkati hingga akhirnya...

Amin.
Kawan serumah 2010-2011

Friday, 6 September 2013

MINYAK NAIK DUA PULOH SEN

Salam,
Dlaam minggu ni semua orang meroyan hal dua puloh sen. Kat Facebook kat Blog (temasukla aku) kat Instagram kat Twitter... ada yang terima ada yang tak terima.. 

Aku tanya husben pagi tadi sambil drive sambil nyembang di telepon sebab perjalanan aku KL-Putrajaya merapaknya jauhla aku rasa

Si isteri .. "Abang, terasa tak minyak naik 20 sen?"
Husben .. "Setakat ni, isi minyak kereta 10 ringgit naik 1 takuk lagi la"
Si isteri .. "laa.... apa kaitan 1 takuk dengan 20 sen???" ...
Husben .."Yerla, maksud abang, tak banyak beza la walaupun naik 20 sen.. minyak nampak sama lagi"

Thursday, 5 September 2013

NOVA KENA GASTRIK DAN KERACUNAN MAKANAN

Salam,

Seminggu genap tak update blog.. dan seminggu tu jugakla aku menderita kesakitan kerana keracunan makanan.. bukan aku sorang je.. laki bini bertukar baton ke tandas. hihi.. yang teruknya bila aku ni ada gastrik... lambat betul nak baiknya.. lemah badan..

Pergi klinik dah 3 kali.. ubat yang dia bg dh macam-macam aku telan tapi tak baik2. Pastu doktor buat surat refer ke KPJ Ampang Puteri. Jumpa pakar surgikal Dr. Jasmi.. 

Ha.. kena endoskop.. apa skop tah la.. yang masuk kamera dalam perut tu. Nasibla dia bg ubat tido.. aku tak sedar pun, yang aku sedar dah baring atas katil. pastu buat Ultrasound. erm.. risau jugak menunggu keputusannya. Takut apendik atau ada batu dalam hempedu.. 

Alhamdulillah clear!

Syukur! Makan ubat untuk sebulan.. ubat dah rasa macam cokelat dah..

Ni sebelum di sekop kan.. sempat begambo dulu


ha.. walaupun sakit.. ai tetap maintain senyum gitew.


Husben yang sentiasa berada di sini dan menemani aku


Ni ha... ambik ubatnya...

Doktor suruh abiskan semua ubat pastu appointment balik lagi sebulan.

Masa sakit, dia selalu ada dan menemaniku. Tak kira la susah payah macam mana pun dia tetap akan ada. Alhamdulillah Ya Allah. Kau kurniakan aku suami yang sangat Amanah menjaga ku. Kau ampunkan lah dosanya dan berilah kelapangan dalam hatinya. Aminn...




Anak kecik 4 orang + 1 dlm perut... masih ada hati nak pasang lain... renung-renungkan dan selamat beramal! 

Sekian.