Thursday, 31 October 2013

MAKAN DI RESTORAN PADI HOUSE CYBERJAYA, DENGAN KAWAN-KAWAN PULAK

Salam,
Haritu lepas melawat Kelab Komuniti Cyberjaya kami terus menuju ke Padi House Cyberjaya sebab perut dah berkeroncong-roncong. Masa tu dah pukul 3 petang. Uhh... lapaa...

Kalau nak lebih detail lokasi Padi House boleh tengok entri ni.


Kali ni lebih syiok sebab keluar makan dengan kawan-kawan pulak... Shiful dan Kak Cah. Erm.. ni la dikongsikan makanan yang enak itu. Jom Jom..

SPAGHETTI WITH LAMB CUTLET & MIX VEGE RM 12.50

Wednesday, 30 October 2013

GO-KART NI SENANG JE RUPANYA!

Salam,
Ha... harini aku nak kongsi pasal aktiviti meng-Go-Kart di Kelab Komuniti Cyberjaya. Nampak macam susah.. macam segan-segan, macam tak berani, tapi macam best! haa... kalau nak tahu senang sangat lah Go-Kart ni. Yang penting tak payah tunjuk LESEN MEMANDU! 

Senang tu maksudnya, kalau biasa bawak kereta.. petik jari je.. Kalau tak biasa.. ko tekan minyak.. kawal stereng.. kalau nak berhenti tekan brek. haa... nampak tak?? senang kan.. semudah Downy 1..2..3.

"Yang ni tangki minyak.. jangan sentuh sini panas aaaa"

Tuesday, 29 October 2013

NAK MAKAN SUSHI TAK?

Salam,
Minggu lepas terasa sangat terliur nak makan Sushi. Laaaa maaaaa dah tak makan sushi.. lama lama lama sangat dah kot.. sebab masa mengandung setahun lepas memang tak makan sushi.. Ibu mengandung tidak digalakkan makan makanan yang tidak dimasak. Yerla takut ada bakteria shirota dalam makanan mentah tu terkena pada bayi dalam kandungan.. yang last sekali seingatnya makan kat Miyagi Bandar Baru Bangi.

entri bawah ni :

Aku : "Abang jom makan sushi nak tak?"
Husben : "Oh Jom!"
Aku : "Yeay!! Sushi King"

Monday, 28 October 2013

Bayi Ku Demam Panas & Tips Kurangkan Panas Badan Anak

Salam,
Minggu ni aku tak dapat nak update hari-hari sebab Baby Eiman demam.. demam panas pulak tu. Pagi Hari Jumaat... aku dah rasa tak sedap hati sangat pagi tu.. siap mintak husben aku jaga Eiman instead hantar ke pengasuh. Husben aku cuti Jumaat tu.. tapi apakan daya, sebab permintaan aku tu cam tah hapa-hapa kan. Dah ada pengasuh tapi nak jaga sendiri pulak.. 

Tengah hari tu, husben aku ambik aku, lunch sama-sama.. aku rasa nak balik sangat-sangat jumpa eiman.. 

Aku :"Abang, jom balik, nak ambik eiman la.. kita bawak Putrajaya... pastu petang kita balikla Pandan. Camana?"
Husben : "Ape benda merepek ni, takkan nak balik Pandan pastu Putrajaya pastu balik Pandan balik?... ulang alik tu.. abg nak sembahyang Jumaat lagi hari ni"
Aku: "Ala.... nak Eiman!"

Masa ni doktor check Eiman demam 38.8 darjah celcius.

Friday, 25 October 2013

TUDUNG TERBARU DARI NOVA LEEZA

Salam,
Hye... jumpa lagi hari ini.. harini saya nak promote tudung terbaru.. 
Tudung ini direka khas oleh saya sendiri...

marila tengok.. pasti anda tak sabar untuk membelinya...

klin selanjutnya kat bawah ni...

Thursday, 24 October 2013

TURUNKAN BERAT BADAN

Salam,
Yeay.. nak bagitahu ni... 
Agak lama juga aku tak menimbang berat badan sebab takut naik tak turun-turun.. 
Semalam, masa appointment dengan Orthopedik Serdang, aku singgah menimbang..

Ya Allah... alhamdulillah... back to normal dah berat badanku seperti sebelum mengandung! 
Yeay!!

Makan Satay Station di Kg. Pandan

Salam,
Minggu ni kami singgah di destinasi makanan yang bernama Satay Station. Haritu dah pernah cerita makan satay kan Station tapi kami beli bungkus je. Kali ni kami makan malam kat situ, tak jauh pun dari rumah mak mertuaku. Dalam 10 minit dah sampai dah. 

Satay kat sini memang terbaikla! Lazat dan sedap. Satay daging dia.. pergh!! Lembut giler tak liat langsung, senang je nak makan. Satay Station juga pernah diterjah oleh skuad JALAN-JALAN CARI MAKAN!! 

Meh layan gambar makan. 

Nescafe dan Teh O

Tuesday, 22 October 2013

Gigi Ku Nan Sebatang

Salam,
Ni la senyuman manis dan terbaru dari saya #babyeiman.  Gigi saya dah tumbuh kat bahagian atas. Saya sekarang dah pandai gigit mummy dan daddy... yeay..

Saya dah besar la. Tengokla gigi saya tue... hihi

Monday, 21 October 2013

DELIFRANCE AMPANG POINT

Salam,
Best tak aku cerita makan je berturut-turut. hihi entry ni dah jadi kepam kat Draft. Dari dia terus membusuk di situ baik aku Publish kan kat korang. At least dapat la korang meng air liurkan mulut membasahkan bebibir itu kan.. hii hii

Ni Spagetthi Jugak, beberapa minggu ni aku tak berapa selera nak makan nasi, so makan la Sepahgeti. 

Kedai yang ditujui adalah DeliFrance.. yang korang pun dah tahu sebab aku dah tarok kat Tajuk atas.. tapi takperla ulang dua tiga kali pun takpe, at least nampakla banyak sikit aku menaip. Kalau tempek gambar je banyak-banyak baik taruk kat Instagram je kan.. hii.. ok cukup panjang kot.


MAKAN KESEDAPAN DI PADI HOUSE CYBERJAYA

Salam,
Hello kepada semua pemakan yang berada di luar sana. Terima kasih sebab berkunjung semula ke sini. Korang memang terbaik la.. tengok statistik blog makin memberansangkan. Alhamdulillah. Akan lebih semangat untuk menulis sebab korang tak jemu2 lepak kat sini. hii hii

Ok.. kepada pemakan di luar sana yang suka makan, ada satu kedai makan yang best di Cyberjaya. Nama dia Padi House. Oh... nyum nyum... 

Alamat : Padi House 
Block 3503, Jalan Teknokrat 5, 
63000 Cyberjaya, Selangor D.E.

kredit gambar to 3-meals.com

Review Awesome #Churpout2013 Event!


Salam,
Seperti yang dijanjikan harini aku nak Review Event #Churpout2013 yang awesome di Setia City Mall, Shah Alam. Churpout2013 di buat pada hari Sabtu, bermula 11 tengah hari hingga 10 malam. Kitorang sampai pukul 12.00 tengah hari. Melilau jugak cari tempat sebab memang tak pernah pergi ke Setia City Mall pun. Nasibla ada Pak Google, sonang kojo!

Dalam review aku kali ini, aku akan buat CERITA BERGAMBAR ALA 2D kat korang sepanjang event tu. Cehh... kira macam pengembaraan #Churpout2013 versi blog. hihi Jom..

Ni masa mula-mula keluar Tol ke Setia City Mall, sempat snap satu gambar.. semangat betul!


Sunday, 20 October 2013

Name Card sebagai Blogger

Salam,
Haye, buat apa tu? Dah makan ke? Arini aku kan pergi ke event #churpout2013, so aku pun register sekali as a media blogger untuk cover event @churp2 tu. Bestnya sebab dapat #churperplushie yang burung biru tu lg sebijik. Hihi Pastu kitorang pun tour the event dengan nuffnang staff sambil diberi penerangan dari satu booth ke satu booth yang lain.

Awesome kan, nanti aku buat rebiew k. Tengah kumpul gambar nak edit esok InsyaAllah aku hupdate blog k. Tapi yang tak bestnya aku tak bawak namecard aku.. dahla yang buat sendiri tu tertinggal kan.. isk isk.. Staff nuffnang Sue Anne mintak namecard pun tak dapat bagi. Sob sob.. petang tadi terus gi buat kat ampang point. Haa.. lega dah rasa... pasni tak susah dah hulur je..

Husben aku yang suruh buat sebab dia kata aku dh banyak gi event nuffnang. Hihi k tu je nak cakap. Sekian. Selamat malam.

Terasa betul pentingnya namecard ni.

Saturday, 19 October 2013

Jemputan Menonton GSC Horror Fest di GSC 1 Utama

Salam,
Hye.. haritu aku join contest Churp2 #GSCHORRORFEST.. untuk memenangi sepasang tiket menonton 3 cerita SHERAM! Ya tuan-tuan dan puan-puan 3 ye, secara beturut-turut mula jam 6 petang sampai 1.30 malam. Hamikkk!!!

Sheram ke tak sheram ni ha cerita yang akan ditayangkan di GSC 1 Utama


Thursday, 17 October 2013

CHURPOUT 2013 Terhebat!


Salam,
Kepada churpers yang free hari Sabtu 19 Oktober 2013 ni, Jom ke #Churpout2013!!
Jumpa Nova di sana ye. InsyaAllah saya akan berada di sana jam 11 pagi.
Banyak giler aktiviti menarik seperti :
Reverse Bungee
Kite Flying
Market Place
Cheer Aces Performance
Hanis Zalikha... yup!
dan banyaakkkk lagi


Makan Tengah Hari di Old Town White Coffee

Salam,
Hye!! Wahh.... macam mana dengan raya korang? best tak?? Erm, dah masuk kerja ke belum? atau masih di rumah makan kuih raya lagi. Hari ni aku dah start kerja dah. Semangat pulak rasanya harini, maklumlah dah berapa hari tak pegang keyboard menaip kerja-kerja yang tertunggak di pejabat ni. 

Dessert Old Town White Coffee.. ice cream with red bean

Tuesday, 15 October 2013

SHOPPING BULAN OKTOBER 2013

Salam,
Ha.. dalam kesibukan beraya ni aku dan suami sempat lagi shopping barang-barang keperluan Baby Eiman. Ohh.. memang mengejar masa sangat bulan ni, sebab husben aku bulan ni tak cuti hujung minggu, kena kerja pulak. So masa yang sempat tu lah pergi kedai membeli dan belah.

Nak tengok apa yang dibeli.. jom layan

Beg baru Eiman, ni memang dah wajib kena tukar sebab dah koyak rabak dah

SATU KALI MAKAN DUA KALI MAKAN TIGA KALI MAKAN, CHAKETEY SUBWAY

Salam,

Ha, korang pernah dengar tak iklan Subway yang kat radio Era.fm tu, radio lain ada tak? ntahla sebab aku selalu dengar Era.fm je. Lagu dia lebih kurang camni :
"Satu kali makan, dua kali makan, tiga kali makan.. chaketey Subway!" ... mamak yang nyanyi


Monday, 14 October 2013

Baby Eiman Vs Churpie Plushie

Salam,
Hai semua.. Nova nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA PEMBACA SAYA SUKA BACA BLOG NOVA LEEZA!" Wahh esok raya la.. bestnya, tahun ni aku beraya di rumah mertuaku di Pandan. erm, korang beraya di mana? Semoga perjalanan pulang ke kampung selamat hendaknya ye.

Ok, ni nak cerita haritu aku masuk pertandingan yang Churp-churp buat di Blog nya : http://my.churpieblogs.com

Ni ha :

Sunday, 13 October 2013

Baby Eiman Belajar Duduk Sendiri

Salam,
Minggu ni genap lah umur Eiman 8 bulan. Pergh cepat dan pantasnya masa itu berlalu, masih teringat di kala Eiman masih bayi... betapa kecilnya dipangkuanku. Tidak pernah berenggang walaupun sekejap. Sekarang, semuanya dia nak buat sendiri. Jika dukung terlalu lama pun dia akan mintak diletakkan ke dalam walker mahupun di atas tilam, agaknya kalaula dia boleh cakap: 
"Mummy, biar saya bergerak sendiri la, Mummy jangan risau sangat la!"...


Friday, 11 October 2013

Betul-Betul Yakin ke Cara Kita Mandi Wajib?

Salam,
Ha, Salam Jumaat nampaknya berjumpa lagi kita di hari Jumaat. Alhamdulillah, Syukur. 

Ok, hari Jumaat ni aku nak berkongsi dengan hangpa "CARA MANDI WAJIB", ooohh, yela patut memang patutnya pun kita dah tahu cara mandi wajibkan sebab masa zaman sekolah-sekolah dulu ustazah atau ustaz dah ajar kan? 

Tapi, pernah tak rasa, "EH selama ni betul ke cara aku mandi wajib??" rasa nak selak buku agama tu memang ada, tapi asik tangguh tangguh takpun lupa haa.... disebabkan itu lah, harini aku nak kongsikan rakaman 30 minit Ustaz Don dengan Tajuk Cara Mandi Wajib.  Serius, lepas  je tengok video ni, aku rasa konfiden dan takdala rasa teragak-agak dah. Kalau korang pun ada rasa yang sama cam aku, jomla layan video ni.

Pesanan : Ustaz Don cakap tak payah kepak-kepak ponggong ye, duduk je terus hahahahaha! --> kalau nak tahu meh la layan video ni.


K salam.
Sekian.

Sunday, 6 October 2013

Tidur dan Berdengkur Kuat

Salam,
Hye semua pembaca yang ku sayang... watsap youall? ceh... yo yo! Harini aku nak berkongsi cerita pasal berdengkur. Mesti ramai yang ada kenalan yang mempunyai masalah ini kan. Tak kirala kawan ke, saudara ke, adik beradik ke, husben ke wife ke....


Saturday, 5 October 2013

Obsesi Baru Pada Tupperware

Salam,
Harini nak sembang pasal obsesi aku yang terbaru iaitu pada jenama Tupperware. Ha, aku bukannya agen Tupperware tapi disebabkan kecomelan barang-barang baby jenama Tupperware ni, aku pun terpengaruhlah dengan mudah sekali. Wooot woot!

 

Wednesday, 2 October 2013

SUSU KAMBING KARIHOME STEP 2

Salam,
Nampaknya sejak aku berkongsi mengenai susu kambing Karihome, ramai yang PM dan bertanya macam-macam soalan berkenaan susu kambing ni. Boleh refer tulisan sebelum ni dengan serach Karihome pada blog ini ye. Ramai ibu-ibu yang risau untuk menentukan susu yang terbaik buat anak mereka. Aku paham tu, sebab aku pun rasa yang sama pada awalnya. Alhamdulillah Baby Eiman sesuai dengan susu ni.

Walaupun susu kambing Karihome ni memcecah perbelanjaan sekitar RM 450 hingga RM 500 SEBULAN untuk 10 tin! Aku dan husben pejam mata bayar je. Sebabnya kenapa pakai susu kambing, sebab aku tak dapat nak Breastfeed dia sepenuhnya sejak lahir disebabkan sakit belakang aku ni. eii berapa banyak sebab la.

Karihome Step 1

Terpengaruh Dengan Iklan Papa John's Pizza

Salam,
Haaa... Aritu Nuffnang ada buat makan-makan dengan blogger-blogger Malaysia. Wow,wow bestnyerrr! Untuk mengambil bahagian, blogger perlu tangkap gambar dengan berpakaian hijau, merah dan putih. Kemudian post di Instagram dan tag Nuffnang. Kalau terpilih Nuffnang akan jemput untuk bersama-sama makan dengan bloggers di Papa John's. Mula-mula tu ada hati jugak nak menjoin kenn, tapi disebabkan keluarga aku nak datang minggu tu, tak dapat lah nak join.

Papa John's

Tuesday, 1 October 2013

Demam Mengganas Semula

Salam,
Demam aritu dah kebah, malam tadi datang balik. Buat hal betullah. Rasa serba salah sangat terpaksa cuti. Di saat kerja perlu dilaksanakan. Ya Allah, sembuhkanlah aku sepenuhnya dari demam. Supaya dapat ku galas tanggungjawabku pada negara. Cewahh!

#feelingaskar #demamberlarutan #doasembuh #tidurmembungkang