Friday, 29 November 2013

Telinga Bayi Ku Keluar Nanah

Salam,
Hye dah bertemu hari Jumaat balik dah kan.. cam.. "ehh, bukan haritu Jumaat ... ni dah Jumaat balik..." erm..

Ok, haritu aku pernah upload kat Facebook gambar Eiman di KPJ Ampang sebab telinga bernanah kan. Aku pun dah janji nak cerita. So, di suatu pagi Sabtu, aku dengan husben keluar minum di sebuah kedai makan nama Saleha area Pandan. Excited sangat sebab pertama kali kami bertiga naik motor pergi kedai. 

Masa tengah makan nasi lemak tu, suami aku terperasan 
Suami : "Eh, apa yang kat telinga Eiman tu?"
Aku : " Mana? ehh... apa ni, sambil ambil tisu lap cecair kekuningan di cuping telinga"
.... "Ehh nanah ni bang!"
Suami : "Betul ke?"
Aku tunjukkan tisu lap tu..
Aku : "Abang, jom jom.. kita kena pergi Hospital sekarang.. dah dah cepat makan!"

Gambar masa sampai.. belum mandi.. menunggu GL lama sangat

Thursday, 28 November 2013

Gambar Baby Eiman Yang Dapat Like Banyak Banyak Lemon di FB

Salam,
HYE.. Harini saya bertugas di Parlimen. Saya tengah sakit perut ni.. rasa krem ya ampun. sakit perut ni khas buat wanita.. hihi ok ok sakitnyaa...

Ok back to da story, nak share kat sini diantara gambar eiman yang dapat banyak like kat FB. Hihi walaupun takdala banyak tu mcm gambar Nora Danish ke Fasha Sandha ke yang like ribu2 tu... takat like tu banyak dr kebiasaan yang aku post di fb la kan kan.  :D

So, buat yang pernah like gambar Baby Eiman, TQ so much n please like banyak lagi k!!!! Tq again!

Wednesday, 20 November 2013

Enjoy Sakan di Kolam Renang Pusat Maritim Presint 5 Putrajaya

Salam,
Hye, Sabtu lepas family aku datang ke rumah kami di Putrajaya. Ada kenduri kahwin saudara, jadi menginap la di rumahku yang kupanggil "Rumahku Homestayku". haha Memang kecik tapak tangan Nyiru aku tadahkan. Lai Lai Lai... rumah aku tu memang selesa sebab akan nampak kemas sepanjang masa. Tak Yah susah susah... (aku kan duduk dengan mak mertua kat KL)

Dan memang kebiasaannya kalau Kakak aku datang, budak kecik Pika tu mesti nak main air. Masa nak bertolak dari rumah kampung, dia dah nak pakai Swimming Suit. haha buat lawak si Pika ni. Dah satu hal kena pujuk pakai Baju kurung, nak pergi kenduri kahwin kan.

Nak berenangnya Hari Ahad, tengok jam dah pukul 10.30. Whattt???? Dulu dah pernah terlepas mandi sebab lewat sampai. Presint 16 tutup kolamnya pukul 11 pagi. Cehh.. memang tak boleh masuk dah pun.. Habislah.. Kantoi. Mengamuk la si Pika tu nanti. tiba-tiba.. Tinggg!!!! idea. Teringat abang aku cakap dia selalu pergi Kolam dekat Pullman.

Rezeki betul, Kolam Putrajaya tu tutup pukul 12. Cantekk!

Entry RM 5 baya kat kaunter bawah. Pastu naik Tingkat 1. Lif pulak rosak. Ooo mak.

Besar.... lagi besar dari P16.. cantekk!

Tuesday, 19 November 2013

You Have A New Follower on Twitter

Salam,
Quick Update..

"Eh betul ke? sambil gosok2 mata tenung lama-lama"
Akaun fake ke?
....... lepas 5 minit.

Ok betul. Tak mimpi. hihi



happy la.


PENGORBANAN SEORANG IBU

Salam,
Harini aku rasa ingin meluahkan sesuatu, entah kenapa terasa sebak je. Bila terkenangkan hampir satu tahun aku telah menjadi seorang ibu pada khalifah yang diamanahkan. Aduh..sekejapnya masa itu berlalu.
---------------

Setiap kali, kami bersiap kerja, terasa berat hati ini, melihat wajah si anak kecil itu. Terpaksa kami tinggalkan. Sayu.. apakan daya kuatkan hati demi membantu suami mencari nafkah. Kerja seorang manakan mampu menampung belanja seharian. Jadi suri rumah? Jauh di sudut hati kami, kami mahu mengasuh anak dengan tangan dua kerat ini agar dia sempurna dengan kasih sayang seorang ibu.

Setiap kali, kami di pejabat, tak pernah sekali kami lupakan si anak kecil itu. Bimbang.. bimbang...bimbang.. "Sudah makan kah?" "Tidur lena kah?" "Rindu pada ibu ayah kah?" ... Tapi dari mana kekuatan itu datang. Semangat seorang ibu memang tiada tolok bandingannya. Tak kan mampu diukur dengan apa-apa sekali pun.

TERIMA KASIH CHURP-CHURP!

Salam,
Hye... entry lepas aku ada cerita berkenaan menang Contest Scarer Vs Squeaker kan.. jadi rasa tak sabar lah nak gi ambik hadiah. Memandangkan husben aku cuti kerja malam kami pun menerjahlah ke Office Churp2 dekat KL. Dah janji dengan staff Churp2 nak datang petang tu lewat sikit dalam 6.00 petang, seb baik KL tak jam. sampai dalam 6.15 gitew. 

So cerita dipendekkan.. isi borang.. dan tadaa!!!

Yeay boleh dating tengok wayang free sambil peluk patung burung warna biru sambil pakai topi bermata hantu! hihi

Saturday, 16 November 2013

Menang Contest SCARER VS SQUEAKER BY CHURP2 dan GSC

Salam,
Lately, memang aku agak rajin masuk pertandingan dari Nuffnang mahupun Churp2 ni. Kalini pertandingan Buat Muka Seram atau Buat Muka Penakut sempena hari #GSCHORRORFEST.

Isk Takkan nak masuk seorang je.. kena ajak laki aku ni

Aku:"Abang, Jom masuk pertandingan buat muka seram nak?"
Husben: "Haa? muka seram apa pulak ni"
Aku: "Contest dari Churp2! Hadiah dapat Premier Screening dengan Cap @ Umbrella dan Churpie Plushies"
Husben: "Nak buat macam mana?"
Aku: "Ala, abang buat camni je! (Harrr! sambil tayang gigi kerutkan muka)
Husben: "Isk Abang tak reti la"
Aku:"Tak kira! Buat jugak!"
Husben: "Abang tak reti la"
Aku:"Tak kira! Buat jugak!"
Husben: "Abang tak reti!"
Aku:"Tak kira! Buat jugak!!!!!!!!!!!!"

Ni la hasil paksaan aku:

"Abang, mana ada muka seram tengah senyum!"

Thursday, 14 November 2013

Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit - HIDUP DI ZAMAN IT

Salam,
Semasa membaca inbox mail rasmi pejabat.. ada satu ni menarik perhatianku. Cerita mahupun nasihat mahupun perkongsian selalu ada di Inbox aku dan pengirimnya adalah Hajah Wan Som. Kawan pejabatku.

Jadi.. bila baca.. aku jadi sedih.. jadi malu... pastu rasa nak kongsi dengan kawan-kawan pulak..

Jom baca

Pohon baca sampai habis..semoga ada manafaat...PERINGATAN PADA DIRI KITA
SEMUA ................. 

Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.

Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.

Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang? 

Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?

Anda yang sihat yang membaca EMAIL  ini belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka untuk kita memulakan sesuatu saat ini. HIJRAH LAH KE ARAH MENCARI REDHANYA... 

**** BACALAH ALQURAN SETIAP HARI, KERANA ALQURAN AKAN MENJADI TEMAN KITA DI ALAM KUBUR,  KERANA ESOK, LUSA KITA PASTI AKAN KE SANA..KITA SEMUA CALON-CALONNYA....***

WALLAHU'ALLAM.. 

Sekian

Monday, 11 November 2013

Shopaholic Yang Tak Terkawal!

Salam,
Ha.. meh sini nak nak cerita. Bulan ni ada sorang budak tu Shopping Sakan la hooi! Ko tak ingat ke gaji lambat lagi oooi! 

Tapi takperla.. dah beli pun kan. Takkan nak pulangkan balik kot kan. Lagipun ni untuk pakai bulan 12 nanti.. cehh sedapkan hati. kiki..

Nak usha tak apa aku beli??... i tahu u all pun nak tahu kan kan.. haa apalagi scroll la ke bawah yang!

ni topi snow tuk husben aku

Friday, 8 November 2013

Anak-anak dan Teknologi Canggih Masa Kini!

Salam,
Hye semua, mekasih datang singgah sini lagi untuk kali ke tiga ratus empat puloh kali. hihi.. haa.. masihkah korang ingat masa kita kecik-kecik dulu? Mengimbau permainan zaman dulu-dulu sewaktu Samsung Tab, mahupun Iphone 5 mahupun Galaxy Note tiada lagi..


Wednesday, 6 November 2013

"Eiman Pun Nak Berkemas Jugak Mummy!"

Salam,
Kadang-kadang..bila hujung minggu aku dan suami balik ke kampungku di Tanjong Malim. Part berkemas memang serah kat aku... "itu kalau aku rajinla kan" hihi... kalau tak daddy la yang mengemas tapi lambat sikitla sebab suami aku ni detail orangnya. Bila nak letak baju dalam beg pun kena cantik cantik. Bukan nak tunjuk kat sapa pun, kita berdua je kot yang pakai. Kalau ikutkan aku campak2 je asalkan muat. haha.. nampak sangat beza perangai cam langit dan bumi. #makpemalas

Ok.. masa mengemas tu mesti lah sepah-sepahkan baju mana nak pakai baju mana tak nak pakai. Ha.. masa itu jugaklah Baby Eiman sesibuk je nak mengemas jugak. Isk budak ni, kita gi lipat dia ambik konyok2 kan.. kalau ada daddy dia takpela boleh tolong jaga eiman.. 

Sudah nya.. ni ha.. 

Kita sumbat dia dalam beg. kakakakakaka

Buku tetap di tangan... bagus bagus..

Ok tu la update perangai eiman tu.. 
k bai.

Monday, 4 November 2013

Tahniah Nuren & Mino Di Atas Kelahiran Baby Nathania Arzu

Salam,
Minggu lepas aku berkesempatan untuk melawat kawan baikku Nuren yang telah selamat melahirkan bayi perempuan. Aku pun rasa excited sangat tak sabar nak jumpa baby yang selama ni duduk 9 bulan dalam perut tu. 

Bayi yang chomel tu diberi nama Nathania Arzu ... maksudnya Pemberian dari Tuhan/ Rezeki Allah.. 

Ha.. cantik betul namanya. Masa jumpa ni, Nathania dah 2 minggu lebih dah.. ni gambar Nathania yang sempat ku tangkap..

Manisnya alahai!

HARI PERSARAAN KAK JAH

Salam,
Entri ini adalah khas buat mereka yang mengenali Kak Khatijah Binti Ali atau Kak Jah. Tanggal 31 Oktober 2013, Khamis merupakan hari terakhir kak jah bertugas di Pejabat. Jadi mereka meraikannya dengan sedikit jamuan dan acara potong kek harijadi. erm... sedapnya kek tu..


Friday, 1 November 2013

SAMSUNG GALAXY S4 ZOOM! cam cantek jer.. cam comel jer..

Salam,
haa.. perasan tak.. semenjak dua ni gambar-gambar kat blog aku ni cam cantek jer.. cam cantek jer.. cam comel jer.. cam comel jer.. hahahaha!

Ini semua adalah penangan Samsung Galaxy S4 Zoom yang baru tu. hihihi.. Mula-mula tengok terus terbekenan.. nangis-nangis nak beli.. nak jugak nak jugak.. kesian husben aku pening satu hari tu..

Yang ni ha.. tapi aku punya color biru kehitaman..