Wednesday, 25 December 2013

Bercuti ke Tokyo Jepun Part 3 (Sensoji Temple, Nakamise Street & Tokyo Tower)

Salam,
Holla, hye semua. Selamat Bercuti bagi yang berada di rumah tu.. yang tengah melancong.. berhati-hati di jalan raya. So, harini aku nak sambung lagi cerita bercuti di Tokyo Part 3. Masih segar lagi di ingatan percutian kami minggu lalu. Pagi Selasa tu, cuaca tak berapa baik.. hujan turun sejak pagi hingga jam 12 tengah hari. Kami hampir-hampir mengalah untuk keluar rumah. Memandangkan cuaca terlalu sejuk dan dingin.

Oii mak sejuknya oii!!

Monday, 23 December 2013

Bercuti ke Tokyo Jepun Part 2

Salam,
Hye, semangat rasanya hari ni nak share lagi cerita percutian aku ke Tokyo Jepun minggu sudah. Hari Pertama tiba malam kami terus tidur je la kan. Hari kedua bermulalah Episod Pengembaraan kami di sekitar Tokyo. Rancangan telah di atur sejak awal lagi. Kami nak melawat Bandar Shibuya dan Shinjuku yang merupakan diantara Bandar yang tersibuk di dunia.


Sunday, 22 December 2013

Bercuti ke Tokyo Jepun Part 1

Salam,
Alhamdulillah setelah seminggu baru la aku berkesempatan untuk mengemaskini Blog dengan cerita Trip ke Tokyo, Jepun. Sebelum tu Nova nak ucapkan terima kasih kerana sudi singgah sini lagi dan lagi dan lagi... Lokasi percutian kami kali ini adalah Negara Matahari Terbit atas tajaan sendirian berhad dan tidak menggunakan mana-mana package percutian. Kos sekitar RM4000 seorang termasuk penginapan, makan, Tiket Flight, Tambang Keretapi, Tiket Disneyworld dan Shopping.

Tuesday, 3 December 2013

HARI KELUARGA ICT

Salam,
Harap aku masih tak terlewat nak update kisah 2 minggu sudah yang berlaku di Kelab Komuniti Cyberjaya. Serius, ini adalah kali pertama aku join Hari Keluarga jabatan walaupun dah 4 tahun kerja. erm.. dan aku juga telah melantik diri sendiri untuk mengelola kan acara Padang walaupun bukan kat padang tapi kat Foyer. hihi

Sambutan Hari Keluarga ni bermula jam 8 pagi dan habis dengan penyampaian hadiah jam 12.30 tengah hari dan makan. Bagi aku, happpyyy sangat sebab dapat buat budak-budak happy. Yang penting budak2 tu panggil aku kakak...kikikiki. Gambar memang tak dapat nak tangkap banyak sangat sebab aku Urusetia. Yang ni la ada dalam koleksi aku.

Disebabkan aku dah SPAM banyak gambar kat blog... so tak semua ada Caption... hihi Selamat menonton

Gelek ahh gelek..

Monday, 2 December 2013

Suntikan Influenza Untuk Bayi dan Ibu Bapa

Salam,
Hye...harini aku nak share mengenai Suntikan Influenza. Ha.. Apakah? Apakah itu Influenza?
Aku rasa terpanggil untuk menulis berkenaan wabak Influenza ini. Wabak ini berjangkit melalui udara. Ya! Hanya persekitaran sekeliling kita yang tercemar dengan virus ini, maka kita akan berisiko untuk mendapat Jangkitan Influenza. Ingat tak pada tahun 2010 tak silap, kita dikejutkan dengan kematian yang mendadak disebabkan Virus H1N1. Memang scary sangat sebab bilangan yang maut tak terkira banyaknya. Namun virus yang hampir dilupakan ini, masih aktif bergerak dan rakus mencari mangsa seterusnya. Maka,sebab itulah mereka yang ingin mengembara ke luar negara digalakkan dan dinasihatkan untuk mengambil suntikan Vaksin Influenza ini.

Ni buku Eiman.. dah update suntikan Influenza