Sunday, 2 February 2014

Bercuti ke Tokyo Jepun Part 5 (Tokyo Disneyland)

Salam,
Holla.... kan aku dh janji nak update lagi pasal bercuti ke Jepun pada bulan 12 yang lepas tu. ha.. demi korang semua pembaca yang aku sayang.. aku updatekan kali ini Hari ke 5 ke Tokyo Disneyland. Perjalanan dari rumah ke Tokyo Disneyland merupakan perjalanan yang paling jauh sepanjang kami di sana. Tapi tak lama mana pun, dalam 45 ke 50 minit je dengan menaiki Keretapi. Cam biasalah kan, keretapi merupakan pengangkutan yang paling mudah dan murah di sana.

Inilah pokok buah pisang kaki. Mak excited sangat dapat jumpa pokok ni. Pokok ni ada sekitar rumah sewa kami. Ha.. mak siap suh tangkap gambar dia dengan pokok pisang kaki ni. hihi


Ok. Hari ke 5, rasa badan dah kurus skit.. sebabnya banyak betul jalan, jalan dan jalan. Dahla banyak tangga, asik kena angkat stroller. Memang kami bawak stroller yang ringan je, senang nak berangkut ke sana ke mari. Ok.. ni ha dalam train, mula2 kena tunjuk kondisi eiman dulu. 

Tido, maka senangla sikit nak berjalan.. hihi

Ini pemandangan dari dalam keretapi menuju ke Disneyland

Cuaca hari ni baik dan sedikit panas.. panas tak panas pun 10 darjah celcius jugakla.

Yeay kami pun tiba.. Nampaknya.. hari ini ramai jugak orang yang berkunjung ke Disneyland

Pergh.. jauhnya oii..

Bon Voyage ni.. kedai cenderamata.. memang banyak sangat sourvenir boleh beli di dalam termasukla anak patung Disney.

Pintu Gerbang Tokyo Disney 

Tadaa! saya dah bangun!

Uih.. ingatkan bila sampai pintu gerbang, boleh masuk dah.. huyoo.. jauh lagi woooi!

Pemandangan kawasan luar Tokyo Disney

Yeay!!! Sampai. Kami beli tiket Online je, Cetak siap2 untuk semua orang. Kalau nak beli masa tu takut lambat beratur. 

Akirnya.. sampai jugak

Di tengah2 ada hiasan sempena Christmas

First of all.. kita bagi semua orang selfie dulu.. hihi

Samala saya pun nak jugak.

Mak sampai je mesti nak singgah en tan. Yang bagusnya.. en tan dia... bersih sangat2!!

Ok.. dah masuk dah... Ada sebatang pokok Christmas yang besar dan sarat dengan hiasan

Ada pelbagai kedai cenderahati. Kalau nak tahu yang kotak hijau tu tong sampah.. Bapakla Cute sangat2

Kedai cenderamata lagi

Bangunan yang comel dan cantik je

Pose satu

Selepas bangunan ni, ada taman yang cantik je.. rumput lawa.. pokok pon terjaga dengan baik.. Rasa nak berkelah je kat sini.. syiok betul

Nurul dan aku.. posing dekat istana Disney yang tersergam tu

Ramainya Rakyat Jelata beta....

Ok one more please

Kami pun masuk ke Cinderella Fairy Tale Hall. Stroller kena letak luar. Eiman kena dukung.

Beratur tok sah cakap panjangnya oii. Ni pemandangan dari tingkap dalam istana

Sepanjang perjalanan ada penceritaan Cinderella.. 

Ni la kasut CINDRA LELA

Kakak aku ni...bagi chance la

Kat tengah2 dalam istana ada hall dan ada throne.. tak sempat pun nak bergambar.. malas nak beratur
Ni masa nak turun... pehal tah  dia gambar camni. Overdose kot
Mak!!!... stroller eiman tu memang tinggal je kt situ.. selamat & takda siapa nk ambik

Maka, diteruskanlah perjalanan kami.. Terjumpa pulak dengan Pinnochio.
Pastu ada sebuah kolam kecik., sapa nak buat Wish kena buang syiling dalam tu. 

Ada Carousel.. 

Berjalan lagi.. dalam bangunan ni semua ada permainan.. tapi kena beratur panjangla.. kami cam malas so teruskan berjalan je

Belakang tu ada Cafe... so beli la apa yang boleh.. Cofee.. dan Fries..

Haa.. kalau nak tahu ni mesin mencetak plat Disneyland beserta tariknya sekali. atu plat dalam 1000 yen. aku pun buat jugak. sebagai kenangan

Kapal Angkasa USA.. boleh naik.. tapi kena beratur.. haha malas 

Kami banyak menikmati pemandangan kat sini, tu pun rasa jauhnya berjalan oii.. Ada pertunjukan perarakan kartun2 Disney petang tu, ada Mickey Minnie Donald Duck menari2.. seperti perarakan .. Lama jugak.. kami duduk dan tengok perarakan menari tu.. Eiman tak paham sangat sebab dia kecik lagi. Nanti bila eiman besar skit Mummy daddy bawak Eiman ke sini lagi ye.

Malam tu, Nurul dan Kakak aku sempat naik boat of pirate... aku dan husben menjaga eiman yang mengamuk nak tido.. hihi.. Takpela next time kita repeat lagi ye.


Gambar ni aku suka... sambil melompat mak dan kakak tersenyum riang di belakang haha

Castle.. dah nak malam dah (padahal baru pukul 5 ptg)

Dalam perjalanan pulang menaiki keretapi


Ni semua hasil borongan kami.. akan dia agihkan-agihkan.. ada yang aku beli untuk eiman jugak.. tapi.. biasalah.. mahal kot.


Tu la seharian kami di disneyland.

Tips-tips berguna:


  1. Kami beli tiket Disney Japan secara Online. Lebih mudah dan tak payah beratur. Cuma pastikan cetak tiket siap2 dan bawa semasa hari tersebut. Nanti bila nak masuk dia Scan Bar Code kat tiket tu. Website Japan Disney Ticket Online di sini. Pastikan anda cetak sendiri siap2 k!
  2. Untuk yang berumur 65 tahun ke atas, ada diskaun untuk masuk ke Disney. Pilihan masa beli online tu pilih yang tulis 65+.
  3. Pakai kasut yang selesa... perjalanan di dalam Disneyland tu jauh2 belaka.
  4. Buat yang ada anak kecil nak melihat perarakan kereta disney sambil lihat mereka menari2, pastikan anda chop tempat siap2 dalam pukul 430 petang di tengah2 tu.. kalau tak, boleh tengok dari jauh je.. macam kami. :(
  5. Harga tiket dalam RM180 seorang .. mahal oii.
  6. Untuk mencari tempat tinggal di Airbnb seperti Nova sila daftar di sini ya : 
Ok.. Sekian. 
Lepas ni ada satu lagi, Part 6 (Harajuku) ... cewah.. makan di Harajuku.. makan kebab.

Stay Tune ya!!!

Ok babai!

Untuk baca 6 Part Berkenaan Percutian ke Tokyo sila Search TOKYO pada kotak search blog ini ye.