Wednesday, 5 March 2014

Bercuti ke Tokyo Jepun Part 6 (Harajuku)

Salam,
Hye genap la sebulan aku tak hupdate blog.. haha.. jangan marah ye sebab aku sibuk dengan pindah Jabatan.. pastu sibukla menyiapkan kerja-kerja di opis lama supaya tidak tertunggak.  So sekarang aku memang tak busy lagi di ofis baru.. baru kan mana nak ada kerja lagi. Kalau dah lama kang banyakla kerjanya... ok tutup cerita alasan semata.. meh sambung cerita di Harajuku. 

Last day untuk berjalan, Hari Jumaat, sebenanrnya kaki dah letih.. badan dah penat. Ikutkan planning patutnya harini ke Yokohama.. di Yokohama ada pusat pameran Toyota, ada Hello Kitty world ada Aquaria.. tapi erm... tapi bila bincang balik.. sudahnya ke Harajuku jela.. jauh pun tak jauh sangat. Yela aku kan bawak anak kecik. Bawak baby ni payah sebenarnya. Bagi aku la, sebab aku ni jenis cepat penat.

Pagi tu, cehh macamla pagi sangat padahal tiap2 hari keluar pukul 11 tak pun 12 tengah hari.. sebab pepagi rasa sejuk sangat.. Bangun awal?? macam tak la kot.. berselimut lagi sedap kot kat dalam futon tu. haha emangnya dasar pemalas bangun pagi!

Sampai di Harajuku tengah hari.. perot lapa... ni gambar mak masa di satu Mall ni. 
 

Bila perut dah lapar kami waze je cari kedai makanan halal seperti kedai kebab ni. Alhamdulillah, kat Jepun ada je kedai kebab cenggini yang halal. So senangnya waze jela.

Makan!!! KEBAB!

Mak Makan 

Ok dah kenyang perut... baru boleh shopping.. masuk kedai FOREVER 21, H&M dan macam-macamla

Cantikla pokok tu..

Pukul 4 le 5 petang ni... malam sudah

 Gambo jap


Inilah hasilnya
 
 Kakak n Nurul

Suami

Beli power bank masa ODW balik umah

Dejavu brand.. in love lepas Nuren introduce kat ai

Sakit pinggang berjalan

 ubat batuk.. sbb cuaca kering

haa.. ini cerita esoknya.. Stefano ni dah berapa kali cakap nak makan nasi lemak.. nasibla bawak pakar masak nasik lemak iaitu mak aku tu kan..

Mula2 si stefano kata dah kenyang.. pastu agaknya sedap kot.. bantai sampai 3 pinggan kau.. adoii..

Kenangan dengan eiman

family ai dengan stef


ok tu la semua ceritanya... tips rasanya dah bagi semua yang aku tahu..
Kalau ada apa2 please contact i kat fb or email k.
Memang best sangat rasa nak pergi lagi.. ok kumpul duit jommm!!!

Sekian

Untuk baca 6 Part Berkenaan Percutian ke Tokyo sila Search TOKYO pada kotak search blog ini ye.

UPDATE 27/10/2014

Hye u alls, i selalu dapat emel or fb mesej berkenaan makanan dan beberapa maklumat berkenaan perjalanan aku semasa ke tokyo tahun lepas.

Meh aku sambung skit kongsi pengalaman.

Berkenaan makanan, kami masak makanan dulu sebelum keluar berjalan. Nasi kami beli dekat Pasaraya berhampiran rumah. Nasi dia memang sangat berkanji, tapi tak kesah pun. Lapar telan je. Nasi dia macam ni..
Nasi Jepun

Makanan yang kami masak adalah simple je,macam sardin, sayur (beli kat pasaraya), Serunding dan makanan tin. Mak dan Nurul yang masak sebab ai jaga anak haha.Alasan sangat! Rumah stefano ni, dah lengkap dengan semua peralatan memasak, pinggan mangkuk sudu cawan semua.. tapi aku gigih jugak bawak kuali kecik sebab takut was was. hihi. 



Sardin pun rasa sedap sangat

Soalan lain yang aku biasa terima, beli barang dapur. Pesanan aku kalau nak cari rumah tu di Airbnb cubalah cari yang pasaraya dekat je, kalau bosan bosan leh lepak pasaraya nak beli barang-barang makanan ke apa kan.

Ni diantara pasaraya yang dekat dengan rumah. boleh tanya host rumah tu. Selalaunya diorang ni tak keberatan nak menjawab.

7 eleven.. siap ada jual komik blue.. hahaha!

ha... kedai lagi... semua kat area rumah ai.

Soalan lain yang aku terima adalah macam mana nak naik train. hihi... yang ni stesen yang terdekat dengan rumah. Aku rasa tak la susah mana nak tahu kita boleh guna google map, atau waze ke.. atau tanya pada host. Kalau nak pakai internet jangan lupa ambik yang bayaran sehari dalam RM38 tu. Kalau pakai roaming habisla korang kena bayo bill mahu beribu nanti. haha. Yang baiknya host aku ni yang tunjuk jalan buat kali pertama sampai beli tiket pun dia ajarkan. Baguskan. Lepastu, kalau nak jugak rumah aku duduk ni aku tanya dia kat sini... time korang nak pergi rumah tu free tak https://www.airbnb.com/rooms/973916 . host lain pun aku rasa baik2 jugak. Diorang ni memang suka orang melawat Jepun.


Soalan lain, kalau bawak budak susah tak?
Ha.. aku rasa sebaya (masa ni 10 bln) anak aku tak susah mana, balut je dia bg panas2 skit, bagi susu dan biskut okla. Kemudian, letak dalam stroller. Kalau dia mengantuk dia tidola. Tapi kadang-kadang dia nak berdukung. so gilir-gilir jela. Kat Jepun ni, Baby's room banyak dan selalunya dia provide. Ada je dekat stesen keretapi yang besar skit. Cari toilet mesti ada untuk salin lampin bayi. Bagi aku negara Jepun ni prihatin dengan kemudahan untuk bayi.


Soalan lain, pasal berjalan. Ya! kami memang banyak berjalan. Asik berjalan je. Badan memang fit la duduk kat Jepun ni. Boleh muda 10 tahun kalau duduk kat Jepun ni. hahaha.. kebanyakan masa kami berjalan dan naik keretapi. 


Lorong di sekitar rumah.... jalan je.. takpe.. udara bersih dan ramai je yang jalan kaki.


Ya... tula stefano.

soalan pakaian anak juga adalah tidaklah susah sangat. Aku pakaikan baju panas... kat dalam sebelum sarung baju biasa. Sebab cuaca adalah sejuk masa aku pergi ni boleh cecah 3 ke 4 darjah celcius. Pastu sejuk je, anak aku pun tido je banyak.


Ha... ni la baju panas tu.. ehh.. kelabu..

Ha.. ni contohnya. Boleh beli kat Jepun Uniqlo. Boleh beli kat Malaysia, boleh beli kat kedai pakaian untuk baju sejuk di Malaysia.. boleh cari .. InsyaAllah jumpa. Kalau Uniqlo nama dia Heat Tech. Memang selesa.

aku jugak beli baju sejuk ni untuk Eiman


Sarung tangan dan kaki

Topi beli kat H&M

Kasut beli kat H&M dan beberapa kedai lain.

Ok. Harap update info aku ni dapat membantu korang masa di sana. hihihi..

untuk cadanganitenary, Search  ITENERARY/ PLAN / TENTATIVE BERCUTI SEKITAR TOKYO, JEPUN pada kotak serch blog ini k.

Ni juga jawapan bagi soalan yang diterima. Search : Soalan dari student nak ke Jepun

Untuk mencari tempat tinggal di Airbnb seperti Nova sila daftar di sini ya : 

Sekian.