Friday, 28 March 2014

SALAM PERPISAHAN BUAT SEMUA DI SANA!

Salam,
Puas jugak fikir... macam mana nak mulakan entry perpisahan ni.. bukan sehari dua kita berkenalan.. hampir 4 tahun setengah.. suatu masa yang panjang.. banyak pahit manis.. masam masin segala kenangan yang ditempuhi bersama.. masakan dapat dilupakan begitu sahaja. Sayu .. sebak.. semua ada.. rasanya tak tertinggal kawan2 sebegini.. tapi.. masakan kita merubah takdir.

Sudah ditetapkan, aku akan berpindah ke jabatan lain tanggal 18 februari 2014. Berita yang agak mengejut jugak bagi aku sebab aku diberitahu akan perpindahan ini kurang dari sebulan sahaja. Memang aku yang memohon untuk berpindah jabatan di sekitar KL.. rasa senang sikit sebab anak dan suami ku memang di KL. Aku je ulang alik setiap hari ke Putrajaya. Perjalanan mengambil masa 1 jam.. kadang kadang 1 jam setengah.. tapi tu takdala menjadi hal sangat. Yang membuatkan aku berpikir banyak kali sebab duit minyak dan Tol MEX  dan servis kereta yang mahal tu. erm..


Dalam kegembiraan, ada kesedihan.. semua itu perancangan Allah. Aku redha walaupun aku tak pasti bagaimana keadaanku nanti di tempat baru. Baik kah? Susah ke? .. macam-macam persoalan bermain di fikiranku.. hati juga risau, terkenang perasaan pertama kali menjejakkan kaki di SPR 5 tahun lalu..

Syukur, keadaanku di sini baik2 sahaja. Tidakla seteruk mana, cuma aku kena belajar banyak benda baru dan kena buat programming.. haa.. tak susah kan... (hahahahahaha) Kawan2 di sini baik2 belaka. Takla boring dan sunyi. Harap kekallah di Unit Aplikasi, sebabnya aku dan beberapa staff baru ni masih belum diberi penempatan. haha.. Isnin ni baru tahu... Adoiii... buat masa ni buat jela mana2 kerja yang ada.

So, berbalik kepada cerita perpisahan..

Aku nak tulis jugak, apa yang aku rasa sebabnya aku nak ingat benda ni sampai bila2. sampai aku tua nanti pun aku akan ingat. So aku akan pergi pada kenangan manis setiap kawan-kawan aku yang aku kenal lama.. yang aku kenal hati budi.. yang aku kenal.. kebaikannya yang takkan aku lupakan.

Puan Engku, 
Seorang bos yang amat penyayang pada anak-anak buahnya. Sepanjang pengalaman aku, puan selalu memberikan semangat pada aku, selalu bagi peransang pada aku dikala aku rasa lemah dan hilang arah.. tak kiralah masalah aku di pejabat atau peribadi.. Puan boleh je dengar dan bagi pandangan dan semangat pada aku. Segala tunjuk ajar puan, aku akan jadikan pengalaman yang berguna untuk kerjayaku. paling aku tak lupa, pesan puan : Tak kira di mana kita bekerja sekalipun, pastikan kita buat yang terbaik... yang paling best puan cakap masa last day aku.. "Ni anak manja saya ni!" haha.. rasa nk nanis..

Kak Nurul,
kak. kak nurul ni cool je orangnya. Tak pernah sekalipun aku tengok kak Nurul ni marah orang. Kalau dia marah pun lembut je. kami sama2 SA yang selalunya akan di cari oleh Tn Hj kalau ada apa2 masalah. hihihi.. Kak nurul, selalu tolong aku kalau aku tak mampu nak buat kerja.. kak nurul, terima kasih ye sbb selalu dengar cerita dan masalah saya yang merepek2.. akak baik. akak selalu prihatin kat adik dia yang banyak songeh ni. Tq akak.. love!

Kak Cah,
Seorang kakak yang aku kira paling rapat dengan aku di SPR. Serius cakap,  kak cah ni kelakar. Dia selalu buat lawak yang tah hapa2... kadang2 tak ada kaitan.. dan tak terfikir pun.. haha. memang syok giler smebang sampai lupa kerja banyak tak siap lagi. Kadang2 hati yang sedih ni pun boleh jadi gembira balik bila sembang dengan kak cah. Terus jadi semangat balik. Kak cah, jangan lupa saya tau. Saya rindu nak buat lawak sambung-sambung ayat lagi.. nak dengar cerita akak.. nak makan sama2 dengan akak.. kak cah ni orangnya, banyak ilmu .. especially bab programming. Banyak yang dia ajar aku. Banyak sangat sampai aku rasa tak boleh nak bayar segala ilmu yang dia bagi pada aku. Tq kak cah.. kak cah yang suka layan cerita korea... annyoyosayok!

Kak Sharol,
Oh.. ni kakak cantik. Sejak aku kenal dia.. dia memang seorang yang ceria. Selalunya aku akan kongsi cerita Travel dan Kecantikan dengan Kak Sharol. Bab kecantikan dia memang expert.. sehingga aku terjebak jadi pengguna Mary Kay yang tegar sekarang dek kerana glowing2 di muka Kak sha tu.. tak pakai produk lain dah. Cuma pasni susah la aku nak beli barang Mary Kay.. sebab jauh dah ni.. pencuci muka dah habis ni.. haha.. Kak Sharol anggun, versatile.. tengok dia bergaya.. pakai make up.. buat aku semangat nak jadi perempuan yang cantik jugak. I will miss u kak.. keep updating ur facebook ye!

kak Lin,
kak lin..... haha teringat kak lin rasa nak gelak.. sebab terbayangkan cara kak lin yang bila datang angin menggelabah dia tu. buat orang sekeliling nak ketawa hahahha... kak lin ni baik hati. Selalu tolong saya update cuti di HRMIS dan uruskan cuti sakit dengan pihak pengurusan.. masa saya sakit dulu.. Kak lin, adalah orang yang selalu bagi semangat pada saya. Kak Lin melawat saya masa saya sakit kat KPJ, masa bersalin kat PMC.. saya ingat kak.. sampai bila2.. akak, saya sentiasa yakin akak seorang yang kuat, pandai dan tabah.. saya takkan lupakan akak sampai bila2..  

Kepada kawan2 yang lain... walaupun saya tak cerita kat sini, setiap seorang aku akan ingat sampai bila2.. Terima kasih di atas segala kebaikan dan kasih sayang yang korang berikan pada aku. takkan aku mampu untuk membalasnya. Aku juga memohon maaf di atas segala salah dan silap aku.. kalau aku ada hutang.. bagitahula. aku nak bayar.. sebab aku ni suka2 je pinjam duit orang. hihi Kak Ijan, Sipol, Hafiz, Imah, Halim, Kak Timah, Kak Effa, Tini, Kak Wan, One, Tila, Aida, Faizah, Kherol, staf staf kontrak semua dan semua2 yang aku kenal semasa di sana .. tq tq tq! terima kasih.. rumbe nandri.. mehsi.. toche!

Hari Perpisahan Aku... Tq bagi Hadiah dan Kek... suka sangat sangat!!

Kak Cah, aku, Kak Effa n shida


Puan Engku

 Team Aplikasi

 


 Kek yang Sedap... GOOD BYE MY FRIEND!

haa.. pastu korek2 gambar lama... jumper gambar masa kita gi PRU Sarawak..  haha.. Kenangan ku.. bersamamu



Muka Hafiz.. hahaha



Kak Cah dan Saya


Sekian.