Tuesday, 18 March 2014

TRIP TO JAPAN - SOALAN DARI STUDENT

Assalamualaikum akak..

Maaf mengganggu.saya ada bace trip akak dan family ke jepun..saya sekarang tengah uruskan trip untuk group kawan saya di ****..saya cadangkan diorang pergi jepun jadi sekarang saya yang kena uruskan trip tu..saya nak tanya beberapa soalan dekat akak..maaf kalau menyusahkan akak. ni antara soalan-soalannya :

1)berapa kos nak buat passport biometrik tu dan apa syarat2nya.

2)saya rancang nak tidur hotel dan kongsi bilik ramai2..kiranya budget student..hehe..tapi kan kalau hotel, dia kira per bilik ke per orang?

3)kami nak guna pass yang mcm yokohama-minatomirai dan lain-lain..tapi dalam masa sama kami rancang nak pergi tempat2 yang kami dah susun aturkan..kebanyakan train yang akak naik, tren2 tu kerap x berhenti?sbbnya tempt kami nak pergi banyak dan jarak xjauh dan xdekt..risau pulak tren tu berhenti jauh2.jdi kami x dpt brenti dkt tmpt kami nak brenti

4)boleh x kalau kami bawak periuk nasi sendiri..boleh guna x?

Maaf ye akak byk sgt soalannya..

Jawapan:

1) Bayaran Pasport
a. RM100.00 untuk 2 Tahun
b. RM300.00 untuk 5 Tahun

Untuk maklumat lanjut perkaitan passport boleh baca sini : PASSPORT MALAYSIA ANTARABANGSA

2) Di Jepun kebanyakannya akan kira per orang. Jepun agak strict dalam tempahan hotel, selalunya akan kira berapa orang yang boleh masuk satu bilik. Ada sesetengah hotel tak benarkan lebih dari 3 orang dewasa dalam satu bilik yang disyaratkan 2 orang sahaja. Akak tak pasti hotel yang murah kat mana. Sebab akak sewa bilik dalam rumah orang. Akak cari di sini https://www.airbnb.com/c/nleeza?s=3&i=1 

3) Berkenaan train, jarak satu train dengan train selepasnya sekejap je dalam 5 ke 10 minit. Memang train dia cepat dan jarak jauh mana pun tak ambik masa yang lama sangat. Yang penting dah tahu mana nak pergi. Perancangan kena teliti kalau pergi sendiri. Kena belajar Map Train dia... sebab banyak interchange. Tapi jangan risau sebab kalau tak paham boleh je tanya kat pegawai yang jaga dekat kaunter atau tanya je orang muda di jepun. Diorang mesti akan tolong.

4) Boleh bawak periuk nasi tapi soketnya kena bawak yang universal socket sekali.. pastu ada yang cakap.. nasi tak berapa masak sebab rice cooker kita guna power yang kuat.. kat jepun, powernya tak kuat. akak masak guna rice cooker yang tuan rumah sewa punya.. hiihii.. :)

Harap ia membantu k. Kalau ada persoalan lagi bleh drop emel leezarule@gmail.com.

Sekian.