Thursday, 10 April 2014

CARA UNTUK MENJANA DUIT DENGAN CHURP2

Assalamualaikum,
Hai semua. Aku ni terpanggil mengemaskini entry mengenai cara-cara mendaftar dan menggunakan Churp2. Yela.. entri lama tu dah outdated la. Setakat ni, duit dari Income Churp2 agak memberansangkan berbanding dengan usaha tidak seberapa dari aku.

Maksudnya, buat masa ni aku boleh bergoyang kaki untuk menjana sedikit pendapatan dari Churp2 melalui Social Share dan Social Seeding yang datang dan pergi silih berganti.... Cewahh!

Ha.. tak paham kan?? Takpe, nanti aku ajar pelan2. Yang penting kena sabar dan sabar dan sabar.. tu je.

Bagi seorang beginner memang lah payah dan tak paham. So basicnya  macam mana nak mendaftar. 

1. Mula mula ko klik gambar bawah ni... dia akan bawak ke Page Churp2.

churp churp registration

2. Akan muncullah page ni 



Ada 3 pilhan untuk mendaftar sama ada menggunakan Facebook (FB) , Twitter atau SIGN UP

Itu terpulang pada korang, tak ada pun sebab kenapa kena pilih itu tak boleh pilih ini.. mana-mana pun sama janji dapat satu akaun atas nama korang sendiri.

3. Kemudian, korang perlu isikan maklumat peribadi di ruangan berikut. Kalau tak jumpa pergi ke hujung atas sebelah kanan, pada icon orang tu klik, MANAGE ACCOUNT. 

Kat bawah ni contoh page aku ler ...

4. Pilih TAB GENERAL, isi kan maklumat yang perlu seperti Social Media Platform, Nama Penuh, Alamat dan sebagainya. Alamat tu kena isi betul-betul sebab alamat tu akan digunakan untuk menghantar CEK korang semasa nak CASHOUT nanti.

Lagi satu bahagian Social Media Platforms kalau boleh, link kan dengan semua social media yang korang ada. Sebabnya, kadang2 promosi iklan untuk di pamer di Facebook atau Instagram.. bukan Twitter je. Kalau dah buat link, mudahlah pengiklan nak pilih kita sebagai agen dia. ye tak? 



5. Isikan jugak Personal Details berikut

6. Kemudian tekan butang SAVE di bawah nii.



TAHNIAH AKAUN ANDA TELAH SIAP!! Hooray!

Ok lepastu macam mana nak guna.. ok next!

1. Tengok sebelah kiri atas sekali.. ada KOTAK MERAH tu, klik dan pilih REWARDS.


2. Akan keluar satu page yang ada beberapa iklan yang boleh di kongsikan oleh anda untuk menjana pendapatan. Tapi yang penting kena faham 4 jenis iklan yang di paparkan iaitu :


1. Social Share
2. Social Seed
3. Snape Share - Selalunya untuk iklan di Instagram. Sebab tu penting korang link kan ke IG korang.
4. Campaign Seed

Ha.. buat beginner, selalunya akan ada Social Share seperti di bawah ni


3. Apa yang perlu korang buat adalah Klik pada KOTAK MERAH yang bertulis SHARE NOW

Baca betul-betul, kalau berminat tekan la butang SHARE tu. 



4. Fahamkan lah iklan tu untuk apa... kalau minat tekan bukan AUTOSHARE (macam yang aku highlight)
Iklan yang telah di AUTOSHARE akan di POST ke AKAUN TWITTER anda pada masa yang telah di tetapkan.

Pada setiap Klik yang dibuka oleh rakan anda akan menjana sebanyak RM 0.20 sen.



5. Kalau nak  lagi cepat... buatlah ayat menarik2 dan kongsikan ke akaun FB korang.

Ha... senang kan..

6. Bagi Iklan Social Seeding, kalau korang dapat Social Seeding, maknanya ada MASYUKKK sudah mari. Harga Social Seeding lebih mahal dari Social Share. Kalau tanya macam mana nak dapat, aku rasa korang kena sabar dan selalu la buat Social Share tu dulu untuk menunjukkan yang korang ni aktif ber Churp2. 

ha... social Seeding tu lebih kurang macam ni :


7. Social Seeding sedikit rumit berbanding Social Share. Tapi, lebih masyuk... hihi... pasni aku akan sambung entry Social Seeding pulak ye.. hihi.. satu-satu maaa. Masa anak aku tido bolehla aku buat.

8. Snape Share pulak... selalunya untuk Share Gambar korang di Instagram... dan letak link yang berupa # tu. Kalau ada pasni aku akan share kat korang. Yang dah lepas tak sempat nak simpan cara2 nya.

9. Campaign Seed... yang ni aku pernah jugak dapat. Campaign Seed jarang dia bagi mungkin sebab mahal, Yang aku dapat tu sebab aku aktif ber Churp2 ... rajin masuk contest di Instagram dan Twitter Churp2. Haa... jangan lupa.. add Twitter dan Instagram Churp2.. Ikuti perkembangan di Blog Churp2 dan masuk Contest yang mereka anjurkan InsyaAllah kalau nama korang familiar.. senangla dapat job kan... hihi

ni ha.. adala sikit..

Yang penting sambil nyelam minum air .. dari nengok FB je tapi tak dapat apa.. baikla buat sikit2 job kan kan..



Ok.. setakat tu dulu untuk harini, k 
Ada apa2 pertanyaan sila email ku di leezarule@gmail.com

Sekian.