Monday, 28 April 2014

Pengalaman Pertama Baby Eiman ke Aquaria KLCC..

Salam,
Hello semua... harini aku nak kongsi pengalaman membawa baby Eiman ke Aquaria KLCC. Ini kali pertama buat baby Eiman dan Daddy menjejakkan kaki ke Aquaria. Cewah, beria2 aku mengajak diorang ke sini.. untuk aku.. kalini yang ke 44 dah.. hahaha

Ha... cer teka ni ikan apa?
Pandai, inilah ikan Piranha!.. baru je start masuk.. dia dah khusyuk tengok ikan.

Aku pernah terbaca.. tapi tak ingat kat mana.. dia cakap, kalau nak anak lebih cepat mengenal sesuatu benda/barang/haiwan kita kena bawa budak tu tengok sendiri secara live... sebab kanak2 ni akan lebih senang ingat berbanding tengok di depan TV atau Tab. bagi aku, eiman tidakla terlalu kecil atau terlalu awal nak mengenal haiwan2 ni, walaupun dia tak boleh bercakap lagi... kan kan..

Actually aku dah banyak kali dah tunjukkan eiman gambar FISH, SHARK...bawak gi Tesco bahagian ikan.. yang kat belakang tu kan ada ikan merah hidup.. tapi dia cam tak berapa nak ingat perkataan FISH tu.. mungkin jugak sebab perkataan fish tu susah nak sebut... kan.

Ok, pertengahan bulan 4.2013 haritu, terjejaklah kaki ke Aquaria KLCC. Senang nak parking, tak panas, dan senang nak makan. Itu diantara faktor yang perlu diambil kira.. hihi..

Admission fees pula,


Sebab kalau aku letak siap2 nanti tiba2 naik pulak harga kan.. so aku direct ke website Aquaria KLCC..

Jom layan...
Yang ni terumbu karang.. cantiknya ciptaan ALLAH

Can u spot the Star Fish?

Ikan Yu ada terselit bawah terumbu... macam jinak je.. pastu ada anak pari..

Terbeliak2 mata Eiman tengok fish2 yang ada kat sini...

haha.. yang ni dari dulu aku nak buat... hahahaha... dapat jugak

Teruja aku tengok keli ni.. ada Electric Catfish rupanya.. cam tak ingat je ada. kenapa dia macam mati je.. puas aku ketuk2 suh dia bangun.. laki ku cakap ikan tu tengah tido.. ikan pun tido ke?

Yang ni, memang biasala kan.. Belut Elektrik..
Aku pegang aquarium kaca tu.. pastu aku menjerit.. ahhh! ada elektrik la..
Menggelabah laki aku "Yeke yeke.."
Dia pun cuba... takda apa2 pun...
Bhahahahhahaha!

Yang ni.. siapa tahu??... Ya Betul!! Sea Rat.. Eiman tak takut pun.. relax je muka dia... 
"Bang, kalah tikus pandan!" haha 

Aku: "Cicak apa yang besar ni??"
Husben: "Nila cicak tokek".. 
oooooo

Eiman : "Mengagumkan!!"

Baby.. senyum!!!.... klik..

Cantikla ikan ni... rasa nak bela je

Cantik kolam ikan ni

Ha.. nampak tak? Ada shark

HUARGH!!! Lalu atas kepala je


Husben : "Abang nak cuba la ni, dive with shark!"
Aku : "Baik lupakan haje"
haha

Ikan pari.. besarnya!! Makan sekampung ni


Sempat tangkap ikan pari kat atas tu.. hihi

husben : "Mehla abang plak tangkap gambar.. asik muka abang je"
Aku : baru nak perasan ke? (dlm hati jela)
hahaha


Dalam terowong ni

Ikan jerung lagik.. asik berkeliaran je kat kitorang.. nak masuk blog i la tu!

Penyu... chomel!!!!

Ni namanya selpi :*

Uik... banyaknya ikan

Bagi la chance dia melihat ikan2 tu

Cuba cari binatang apa dalam gambar di bawah ni?
Ya.. pandai sea horse.. atau kuda laut

Nemo la

Yang ni binatang apa tah.. duduk dalam pasir..

Ok.. siapa tahu ni apa?... haha.. 

Ya.. inilah obor2 yang dalam cerita sponge bob tu...


Ok.. dah... tu la gambar2 yang sempat ditangkap..

Lepas balik dari Aquaria tu, aku cam takdala nak aspect yang eiman boleh ingat memori bersama ikan di Aquaria tu kan.. yela.. kecik lagi.. 1 tahun 2 bulan.. pada pandangan aku la..

Tapi kan.. baru semalam aku perasan, rupanya eiman selalu sebut SHH SHH SHH!.. pastu dia tunjuk2 dalam lagu Row2 Your Boat tu (sebab bawah bot tu ada ikan berenang).. tunjuk gambar dalam buku cerita sambil sebut Shh Shh....

ooo...SHH tu rupanya FISH!!... hahahaha.... gelak besar aku.. OMG!! OMG!! Abang abang!!! rupanya dia ingat la.. dia dah tahu ikan tu Shh. Aku dah boleh tanya "Eiman, mana Fish?" Dia bukak buku.. dia tunjuk gambar ikan!... haha sambil sebut SHH SHH! 

Sekian, hahaha.. happy!! ok Mommy nak nangis jap!