Posts

Showing posts from May, 2014

PERCUTIAN KE LUMUT PART 2

Image
Salam, Ha..ni part 2. Korang mesti tak sabarkan sebab nak tahu apa yang best sangatnya Part 2 ni. hahaha... actually yang best tu adalah perangai anak aku tu... aku rasa kadang2 kelakar jugak budak ni. Bagi aku la kelakar...  sebab ada je benda yang dia buat tu ikut kepala dia je.. 
Kejap je ko besar kan eiman. 
Pagi hari kedua tu aku dan team dari Jabatan di bawa melawat ke Outward Bound di Lumut. Nak tahu apa tu Outward Bound nanti aku buat satu entri khas. Aku rasa tempat tu bagus sangat. Bagus tu pada pemahaman aku la. takper2 nanti aku share.
Petang tu aku rasa penat giler nak rehat je.. malas nak keluar. Aktiviti adalah duduk di pesisir pantai dan mandi kolam.. Macam best jugak kan. Ok ni ha nak share gambar pulak.Aku tak payah buat captionla.. sebab dah tarok belon tu.. hahaha... layan kan jela budak kecik tu ye..

PERCUTIAN KE LUMUT PART 1

Image
Salam, Holla.. yerla bukan percutian sebenarnya.. aku ni sambil menyelam minum air je. Paham tak? hahaha tak paham takperla. Jadinya hari ni aku nak kongsi cerita dengan koranglah aktiviti-aktiviti aku dan keluarga aku semasa di Lumut. hihi.. Yerla mana tahu korang cam terasa nak bercuti di sana bolehla serba sedikit jadi panduan ke apa ke kan.
Ok, kami menginap di Best Western Marina Island Lumut. Jom layan bilik dulu jom.


RESTORAN MURNI DI SUBANG JAYA

Image
Salam, Pekabar semua. Harap hari ini sihat-sihat hendaknya.
Korang pernah dengar tak nama restoran Murni?.. aku pernah pergi jugak dulu tapi dah lama sangat-sangat dulu .. haritu tiba-tiba aku teringat.. aku cakap dengan husben aku, makanan kat restoran murni ni portion dia besar dan masakannya sedap.
Lepas balik dari Kenduri Kahwin Honey, tiba2 je husben aku ajak pergi cari restoran tu, ala mak mcm ingat ingat lupa la kat mana. Yang aku tahu kat subang ada satu. 

AL KISAH MELAWAT ZOO NEGARA DI KUALA LUMPUR

Image
Salam, Holalalala... yeay! memang berbaloi-baloilah pergi ZOO Negara ni. Banyak binatang kat sini, cuaca redup2 je..udara nyaman, tenang gitu. Senang cakap aku puas hati! Puas hati!
Haritu dapat tengok gajah sekejap je kat Zoo Taiping.. sebab hujan lebat sangat.. binatang pun takda. Kali ini memang duduk berjam-jam dalam Zoo tu, dari pukul 12 sampai ke petang. haha.. anak aku siap mengantuk tido.. bangun balik pun masih dalam zoo. Ha... 
Harga tiket memang mahal la dari ZOO Taiping, tapi berbaloi.
Harga kat sini : HARGA MASUK ZOO NEGARA

MAK

Image
MAK

Lizaaa!!!! Rambut mak gatal la... cabut jap uban mak. ... ala mak ni, adik nak main bola dengan mat (arwah adik). Cabut la satu dua.. yang tengah ni gatal rambut mak ni! Aku turutkan jugak cabut uban mak... Uban mak tak banyak, rambut hitam pun masih banyak.   Kalau dapat satu uban sepuluh sen, kalau cabut 10 uban dah seringgit. Boleh pergi kedai Cina tepi Panggung Wayang tu beli keropok dan Coklat.
Itu 25 tahun lepas.. Sekarang ni aku tengok.. rambut putih mak dah banyak sangat  Mak pun dah sekian lama tak suruh aku cabut uban mak Usia mak dah hampir mencecah 60 tahun.. Badan mak pun dah nampak susut sedikit dan kelihatan mata mak sedikit redup Arwah abah..  abah dah tinggalkan kami hampir 8 tahun..  arwah adik mat pun dah ikut arwah abah setahun selepas abah meninggal...
"Abah tinggalkan mak dulu...." serak suara mak.. "Tapi mak nak jumpa abah di sana nanti.. mak nak jumpa abah!!".... Masih segar di ingatan aku saat mak terpaksa bangkit kuatkan semangat untuk…

RENOVATION BANNER BLOG

Image
Salam,

Sabtu lalu...

Sang Suami : "Abang rasa awak kena update la gambar kat atas blog tu!"
Aku: "Haaa?.... kenapa? tak lawa ke?" Sang Suami: "Takla.. lawa dah.. cuma ...........................takda gambar eiman la." Aku: "OIC.... erm..... nak pakai tali pinggang jugak ke?" Sang Suami : "erm.. "... sambil muka mengangguk confident!
-----
Banner lama.... dulu BERDUE

Nah... Sekarang BERTIGE!....  konsep Utamakan Keselamatan! 
Jangan Lupa Pasang Tali Pinggang Keledar! 
hahahahaha
Ok.. Sekian.

Perkongsian Video di Majlis Aqiqah Eiman.. dari Kumpulan Marhaban Tg. Malim

Salam Jumaat...
Berkongsi video yang sempat dirakam di Majlis Aqiqah baby Eiman dari Kumpulan Marhaban Tg. Malim. 

Video ini.. bisa membuatkan aku menitiskan air mata.. mesej yang penuh bermakna..  Mak... saya sayang mak. 

Post by Nova Leeza.
Semoga hari ini, hari yang penuh Barakah .. kita sempat mengucup tangan ibu dan memohon ampun dan maaf di atas segala dosa-dosa yang pernah melukakakan hati ibu ..  Semoga ia menjadi hari yang bermakna buat kita semua.
Amin.

MAKAN & MINUM DI KLEBANG ORIGINAL MILK SHAKE, MELAKA

Image
Salam, Holaa.. tora datang lagi... hahahahahaha... 
Sebabnya aku ni mengorek2 album kan.. aku jumpa la gambar kami ke Melaka awal tahun haritu. Haa.. memang aku nak update tau tapi .... hahahaha... setengah tahun baru sesibuk nak cerita.
Masa ni kami bercuti ke Melaka, baby Eiman baru masuk 1 tahun pun.. ke ... eh.. belum setahun la.. hihi.. Kecik lagi. Aku dah lama teringin nak minom ni.. Klebang Milk Shake. Asik dengar je orang sesebut sedap... lokasi.. kat klebang la... nak tahu tempat ni kat mana ko guna je WAZE. 
Kat tempat ni ada dua kedai, satu kat luar tepi jalan raya satu kat dalam. Kat luar tu untuk yang nak tapaw je.. kami masuk ke dalam sebab nak lepak2 minom. Sedap ke?? Sedap sangat ke??.... ok cuba la.

MAKAN DEKAT THE STAR OF MARRAKECH RESTAURANT, DESA PANDAN KL

Image
Salam, Penyakit Gila Blogging aku dah datang balik.. ko jangan tanya kenapa?.... aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku rasa bersalah dengan pembaca setia blog aku yang sejak kebelakangan ni selalu mengutarakan pendapat mereka yang nampak tidak berpuas hati dengan prestasi blog yang sudah jarang2 dikemaskini. Ni aku kira aku counter back la.. haha.. muntah la situ membaca ye! bahahaha..
Ok. stop.. bab menggila. Kalini aku update lagi pasal makan. Ko nak tahu kat mana?... oppkos bukan SUSHI.  Aku makan di Marrakech Restaurant.. Makanan dari Negara Iran ni aku rasa.
Aku tahu.. korang pun memang malas nak baca panjang2 kalau aku taip2 banyak2 ni.. baik aku tatapkan korang dengan gambar... aku rasa korang pun suka kan.. hahaha...

BELI PAKAIAN BARU UNTUK ANAK (Projek Hensemkan Eiman)

Image
Salam, Entry kedua.. hahaha.. terlebih rajin.
Haritu, aku kemas2 baju eiman. Apesal penuh je lemari budak ni kan.. padahal baju yang dia pakai asik ulang2 yang tu je.. so aku angkut semua baju dia keluar. Aku asingkan mana baju boleh pakai, mana baju dah kecik.. pheww!!! rupanya.. banyak baju dah kecik.. 0-6 bulan pun ada lagi dalam lemari.
Habis mengemas, ... laa... sikit je baju tido eiman yang boleh dipakai. Patutla bapaknya komplen baju senteng.. nampak pusat la..seluar kaki pendekla... Ok masa untuk beli baju baru!!!! Jap jap korek2 daba duit jap... ok la.. boleh la...

Yeay!Shopping!
Ni ha ... ambik sikit je. 6 pasang.. tak bleh beli banyak2.. sebab baju budak mahal kot! Aku pulak suka memilih yang kainnya sedap.. tak mahal sangat tak murah sangat!.. Boleh pakai lama, basuh banyak kali pun masih nampak cantik.. especially Paddington Bear! hahahaha....

MAKAN DI THE MANHATTAN FISH MARKET

Image
Salam, Hari ini terasa nak update cerita makan. Asik cerita SS akak Syok Sendiri je ... tukar pulak la.. Walaupun ni tengah bulan... duit pun .... cam biasala kan.. hihi tapi makan tetap makan kan..
Kali ni, aku update cerita makan di The Manhanttan Fish Market. No sushi no no no...! Kang bosan pulak korang.. asik menu sushi je kan.. ok?
Makanan ni husben aku suka.. haiwan apa ni.. kepah kan..

PUTIH KE HITAM

Image
Salam, Minggu lepas aku pergi ke Ipoh rumah pakcu aku kan.. last aku jumpa diorang masa eiman 8 ke 9 bulan..belum setahun la kot... 
Yang membuatkan aku bingung adalah sepanjang bercuti di sana...
sesiapa yang jumpa eiman mesti cakap 
"Eii eii... Eiman dah putih!"...
Ok! stop! 
hold on there!
Kenapa ni? 
hitam ke eiman masa kecik??
Hello!!
Lantas membuatkan aku mengorek2 gambar lama eiman masa baby...



Saya Amalkan Aura Putih Gebu you-----all! 

---------------------------------------------------
Mommy n Daddy tak kesah pun baby macam mana.. putih ke hitam ke.. baby sentiasa sempurna di mata kami...
Love u till Jannah baby!
haha.. putih ke hitam... adoii!
Sekian.

Kekasih Pengasih ke Suami Memahami

Image
Salam,
Saja nak taip sesuatu.... rasa cam ada kena mengena tak?? haha

Tajuknya Kekasih Pengasih ke Suami Memahami

SAMBUTAN DI BULAN MEI

Image
Salam, holaa... entry kedua.. sayang sangat kalau tak update lepas tangkap gambar banyak2... 
So .. sambutan yang pertama adalah Majlis Perkahwinan Ramdzan & pasangannya Farah. Diorang ni adik kawan baik aku @Nurenfuda.. tapi gambar yang aku nak share ni adalah gambar Nathania Arzu (anak Nuren)... sebab kecomelannya menggeramkan!!! haha boleh gitew!
Tak caya Jom tengok!


Baby Eiman di ZOO Taiping

Image
Salam, Hollaa..... minggu lepas kami ke rumah pakcik ku di Ipoh, esoknya lansung lajak ke Zoo Taiping ... Taiping ni tempat bersejarah buat aku.. sebab masa Form 4 dan Form 5 dulu, aku bersekolah asrama di sini. Uhh.. Tepeng.. Taman Tasek.. Kedai Makan di Bomba.. hihi..
Dan ini juga kali pertama buat suami aku dan Baby Eiman menjejekkan kaki ke sini. Tapi tula.. Taiping ni kawasan paling lembap dan selalu hujan.. harap2 kami dapat pusing zoo sebelum hujan. 
Erm... yang paling excited nak pergi zoo ni sebenarnya mak bapaknya, baby eiman bukannya paham sangat pun.. hihi
Jom!  Hye! Im taking over my Mom's blog now! hahahaha