Thursday, 15 May 2014

AL KISAH MELAWAT ZOO NEGARA DI KUALA LUMPUR

Salam,
Holalalala... yeay! memang berbaloi-baloilah pergi ZOO Negara ni. Banyak binatang kat sini, cuaca redup2 je..udara nyaman, tenang gitu. Senang cakap aku puas hati! Puas hati!

Haritu dapat tengok gajah sekejap je kat Zoo Taiping.. sebab hujan lebat sangat.. binatang pun takda. Kali ini memang duduk berjam-jam dalam Zoo tu, dari pukul 12 sampai ke petang. haha.. anak aku siap mengantuk tido.. bangun balik pun masih dalam zoo. Ha... 

Harga tiket memang mahal la dari ZOO Taiping, tapi berbaloi.

Harga kat sini : HARGA MASUK ZOO NEGARA


Memang kami tak nak ambik Zoo Tram (keretapi) sebab tak puas la kalau dapat tengok sekejap2 je. Tapi.. risiko nya.. paham2 jela kan... menapak!

Yang penting, Stroller kena bawak, sebab tak larat nak dukung eiman. Jauh!!!

Entri ni akan jadi panjang tau.. Kalau boleh aku memang nak letakkan semua gambar kat sini... hihi... Lepas baca entri ni korang akan rasa seperti korang pun melawat ke Zoo .... haha best tak? Oh jom!

Ni kat pintu masuk, ada Maskot Panda. Siapa nak bergambar dengan Panda dia akan tangkapkan.
Erm... Takpela.. tangkap gambar sendiri jela.

Ini adalah Ungka .. Muka nya menakutkan saya

Ha... ni kuda padi... kan kan.. sebab dia pendek. Jinak je boleh pegang2 rambut dia tu

Lepas tu kami ke Animal Show. Wah... ramainya orang! Best sangat.. mak eiman yang so excited sebenarnya tengok binatang. Lepastu usung anak sampai ke depan. hihi

Ehh ehh .. animal trainer ni posing pulak dalam camera mak.

Yang ni burung kakak tua.. dia akan terbang kat tangan budak pakai baju biru tu, pastu dia ambik duit donation kat tangan budak tu... pandai betul!

Trainer tu bg upah kuaci .. 

Lepas tu pertunjukan Singa Laut nama singa laut ni BAD...
Bad ni pandai tepuk tangan, pandai masukkan bola dalam jaring..
Syok je layan binatang ni beraksi.. Eiman pulak... ternganga-nganga tak paham

Animal Trainer tu bg upah Ikan pada BAD

Eiman tak paham lagi pasal Animal Show ni.. dia tahu Gajah dengan Fish je

Ha.. lepas habis show, kami turun pergi tengok fish..
Yang ni dia pandai la.. 
Asyik je dia menunjuk jari kat fish.. mulut pulak terkumat-kamit SHH SHH SHH!

Dalam gelas kaca tu.. Penguin

Ok close up skit, nampak tak?

SHH SHH!! 
Tengok jari dia tu..

Yela yela.. Fish!... banyak Fish kan Eiman

Ha... ni lagi banyak ikan.. lagi bising mulut dia .. SHH SHH SHH
jari tu.. tak penat2 menunjuk ikan

Kawasan yang banyak Fish ni terletak di dalam satu bangunan yang semuanya binatang air especially Fish la

Daddy dan Baby Eiman

Cam geli je tgk ikan ni

lakiku mintak satu pose.. hihi maap ler bang, gambar gegar! kikiki

Ikan ni terlanggar tiang.. sebab tu kepala dia benjol. hihi
Nama sentipik ikan ni Chitala Ornata.. cewah.... mcm doktor haiwan pulak aku..

haha.. ni ha nama ikan tu Chitala Ornata

Pastu ada ketam kecik2... nama sentipik dia UCA ROSEA.. cewah

tu tu.. nampak tak?

Ok.. bagi chance sikit kat mak dia bergambar pulak

Ok.. satu lagi .. berlatar belakangkan laut ye...



Ha.. besar-besar ikan dalam ni!!!... Puas hati aku tengok!

Bunyi SHH dia tak habis lagi... dah nak keluar dah ni ..

Geram kan... masak lomak pun sodap!

ha... habis dah pasal ikan... kami pun keluarlah rumah2 ikan tu...terus menuju ke 
BADAK AIR...

Mummy: Eiman, badak air... badak air! HIPO!   H   I   P   O !   hipo!
Eiman : SHH SHH SHHH!! SHHH!!

ermmmm..... lain kali kita cuba lagi!

Hipo tengah cemolot.... haahaha

OK! NEXT!

Ni Rusa Jawa... banyak betul.. Satay rusa sedap jugak ni.. kiki

Slumber gak kakak ni... bagi rusa tu makan daun!

Ha... berebut rusa tu makan daun!


Pose satu!

Ni ha.. rusa jawa.. nama sentipik tak nampak.. ntah aku pun tak tahu hahaha

Macam Santa Clause punya rusa pun ada... 

Seterusnya adalah Kanggaroo... malas nak gi dekat2... sebab dah mula rasa penat

Tu dia! Beruang! 

ha... besar beruang ni

Boleh tengok dekat2 beruang ni... best!!

Cermin ni aku rasa dia baru bina.. sebab dulu aku pergi macam takda.. dulu tu 2 ke 3 tahun lepas..

Eiii... takot!!

Sambung lagi berjalan... nampak la pulak ... binatang ni.. apa nama dia.. pelanduk kot

Tapi ada sekor tu.. duduk kat tepi.. dalam lumpur tu.. badan dia sakit.. kesian dia!!
Tengokla tu.. kesian kan. rasa mcm nak bawak balik bela je..


Oh... sedihnya...  kenapa tak rawat dia kan... kesian sangat. Takperla, mungkin binatang tu sedang dirawat doktor haiwan... kalau nak kurung je pun tak boleh kan..

Ada budak tu dah mengantuk sangat daa....

Alamak... gajah belum tengok lagi ni


Daddy : "Ok jugak Eiman tido.."
Aku :"aah.. kesian dia mengantuk sangat kot"
Daddy :  "Boleh mak pak dia becinta... kikiki"
Aku : "Ehh.. ehh.."....

Becinta tepi tasik depan bangau..


Jomla.. jom bercinta jom! hahahaha

Masa ni la aku pening kepala.. penat duuh!!... jauh berjalan dah rasanya... 

Pastu sambung balik.... jumpa pulak Pak Belang tengah Swimming!


Savannah Walk... 

Ok.. siapa tahu ni apa?... ya pandai Nombu..


Boleh bagi makan lagi kat lembu ni

Seterusnya adalah...
Jeng jeng jeng....

GAJAH
Masa ni eiman tengah tido lagi... adoi... sedih tul.. Kita nak tunjukkan dia gajah..


Gajah ni duduk dekat tempat baru... jauh dari kita.. so kena zoom camera baru dapat tengok 

Lepas tu kami jumpa Unta... dia tengah rilek je berehat

Pastu ada yang tengah lepak dalam rumah dia

Selpi skit

next, Ape! Orang Utan


Tadaaaa!!... saya dah bangun!!

Sebaik sahaja eiman bangun tido... kami terus berlari-lari pusing ke belakang ke arah gajah!... patah balik kau! Punya la nak tunjukkan eiman gajah.. kelakar la pulak.. agaknya orang sekeliling kami ingat eiman nak berak ke apa agaknya lari2 ni.. haha.. aku usung stroller, lakiku dukung eiman.. sambil berlari mulutku menjerit "CEPAT CEPAT! GAJAH EIMAN!"

Tu dia.. GAJAH! hahaha.... 

Ni tengah mamai lagi ni

Fuhh!! penat mak lari!

Aku sempat rekod satu video eiman buat bunyi gajah.. nanti aku upload k!

pastu patah balik la ke Lembu.. COW!
Nak bagi dia tengok lembu... biasala budak bandor.. mana penah nengok lembu

ha.. semangat betul tengok lembu tu


lalu kat Tiger balik.. sebab jalan keluar memang kena patah balik rupanya... adoiii!!! jauh lagi ke???

Hari Mau.. Hari Hari Mau! akakaka

Garang muka hari hari mau ni...

Singa tengah buat taik mata

Ha... ni best..

Daddy tengah ajar eiman tu... 


Dekat sangat dengan eiman.. risau jugak aku.. tanduknya tu


haha.. next burung merak

Selpi skit

Yey dah nak sampai penghujung dah..... aku pun dah nyemput dah.. rasa nak tahan je zoo tram.. tapi asik penuh je..

Ni Zirafah eiman..

Cantik giler corak kat badan zirafah ni.. kalau buat kasut ke handbeg ke.. cantik jugak ni..

Nak letak lagi gambar z ni... sebab cantik

Muka dia.. dah lapa tu.. nak susu

Orang suh tengok zirafah.. sibuk nak tengok air.. nak tengok fish!


Ok... dah tamat dah!... pergh! Puas hati aku!...
Camana? Best tak pergi zoo!.. best kan!

Ok ni last... dalam kereta

Baru lepas minum susu.. happy je!


Sekian.. pengembaraan anda bersama kami di Zoo Negara...

Tata