Monday, 12 May 2014

MAK

MAK


Lizaaa!!!! Rambut mak gatal la... cabut jap uban mak.
... ala mak ni, adik nak main bola dengan mat (arwah adik).
Cabut la satu dua.. yang tengah ni gatal rambut mak ni!
Aku turutkan jugak cabut uban mak...
Uban mak tak banyak, rambut hitam pun masih banyak.  
Kalau dapat satu uban sepuluh sen, kalau cabut 10 uban dah seringgit.
Boleh pergi kedai Cina tepi Panggung Wayang tu beli keropok dan Coklat.

Itu 25 tahun lepas..
Sekarang ni aku tengok.. rambut putih mak dah banyak sangat 
Mak pun dah sekian lama tak suruh aku cabut uban mak
Usia mak dah hampir mencecah 60 tahun..
Badan mak pun dah nampak susut sedikit dan kelihatan mata mak sedikit redup
Arwah abah.. 
abah dah tinggalkan kami hampir 8 tahun.. 
arwah adik mat pun dah ikut arwah abah setahun selepas abah meninggal...

"Abah tinggalkan mak dulu...." serak suara mak..
"Tapi mak nak jumpa abah di sana nanti.. mak nak jumpa abah!!"....
Masih segar di ingatan aku saat mak terpaksa bangkit kuatkan semangat untuk anak-anak mak yang lain.
Mak nampak tabah! mak nampak kuat! 
Tapi aku tetap dapat rasakan, mak sunyi. 
Sebab mak dah tak ada tempat bermanja dan bermesra..
sekarang mak harap pada anak-anak mak untuk gembirakan hati mak.

Sejak abah dan adik aku meninggal, 
mak selalu sibukkan diri mak dengan kerja-kerja rumah
Mak buat kuih, mak jual kuih.. 
Bukan mak tak ada duit, pencen arwah dan duit kerja mak sudah lebih dari cukup..
Anak2 mak semua dah besar.. dah boleh bagi mak duit.
Mak sunyi.. ya, mak sunyi... sunyi tanpa abah.

Mak, 
Kami sayang mak..
Mak, 
Kami kasihkan mak
Mak,
Kami sentiasa doakan mak sihat dan diberikan kesihatan yang baik
Mak,
Ampunkan dosa-dosa kami mak
Mak, 
Kami tahu kami banyak berdosa pada mak..
Ampunkan kami mak.

Ya Allah,
Berikanlah mak kekuatan dan kesihatan yang baik pada mak
Mak kami hanya seorang, senangkanlah hati mak.. gembirakanlah hati mak.

Ya Allah,
Jadikanlah kami anak-anak yang soleh & solehah
Jadikanlah kami anak-anak yang baik dan taat pada ibu bapanya
Jadikanlah kami anak-anak yang selalu menyenangkan hati mak

mak....

"Selamat Hari Lahir Mak"
"Selamat Hari Ibu Mak"

Sebelah kiri nenek, sebelah kanan Mak!