Monday, 26 May 2014

PERCUTIAN KE LUMUT PART 1

Salam,
Holla.. yerla bukan percutian sebenarnya.. aku ni sambil menyelam minum air je. Paham tak? hahaha tak paham takperla. Jadinya hari ni aku nak kongsi cerita dengan koranglah aktiviti-aktiviti aku dan keluarga aku semasa di Lumut. hihi.. Yerla mana tahu korang cam terasa nak bercuti di sana bolehla serba sedikit jadi panduan ke apa ke kan.

Ok, kami menginap di Best Western Marina Island Lumut. Jom layan bilik dulu jom.



Ha... pastu bilik nya..

 Mula masuk akan ada bilik sebelah kiri.. bilik ni ada satu katil

Lepastu jalan ke depan skit jumpa hall dengan 3 buah katil.. oh mai.. why so big arr?

Ada sinki dan tempat memasak.. nice!

Ada sebijik cermin besar.. ko nengokla bersepahnya.

Dan bilik airnya..

Balconi... boleh baring-baring satu kampung kot 

Tengokla anak aku tu.. dia boleh jer berlari dari hujung ke hujung... pastu kitchen cabinet tu dia ingat playground agaknya.


.....makan

Budak ni la paling lapar.. dahla muntah dalam perjalanan..
Nasib baik masa tu turn aku drive.. selamat baju ku.. 
kesian daddy buat kali ke 2 eiman muntah tiba-tiba. 
Bau??... usah cakapla.. susu yang kepam dlm perut.. aku pulak rasa nak muntah.

Lepastu masa makan, tengokla siapa yang paling lapar

Lokasi di Pekan Lumut

Cendol special

Nasi Goreng Sea Food

Air Epal tak nak ais pls! 

Lepas kenyang kami pun melayan angin laut berjalan di pinggiran jeti tu... Budak kecik tu aku suh tengok pantai.. dia sibuk je dengan Motor Brrooom Brroomm... lain takda....ntah siapa yang punya motor tah. haha

Ajak selfie.. erm....

So habislah sepetang itu, balik tu aku terus singgah ke Tempat Jualan Ikan Bilis, Keropok segala. Laki aku cakap, 
"Awak ni, tak boleh tunggu hari last ke shopping yang?"
".. hohohoho.. mana boleh bang.. nanti ikan bilis habis" kikiki 

Kesimpulannya, tempat ni memang syok kalau nak lari dari kesibukan kota. Boleh lepak-lepak bersama keluarga. Harga bilik boleh rujuk Best Western Marina Island Lumut.

Ok.. nanti aku update lagi Part 2 k! Lagi best punya cerita!
Sekian.