Thursday, 26 June 2014

Coach Bowling Awak Tu, Dia Boleh Ajar Kat Alamanda Je Ke?

Salam,
Holla, hye semua, puasa nak dekat dah ni, anda sudah bersedia kah? Belum lagi? Samala! saya juga masih belum bersedia. Saya risau badan saya tak fit untuk berpuasa kerana gastrik. Yang pastinya memang tak boleh skip Bersahur! hihi.. 

Harini aku nak gossip satu benda dengan korang ni. Kalaulah korang masih ingat kan, aku pernah keluarkan satu artikel berkenaan aku menuntut ilmu main bowling dengan laki aku kan. Dah tua camni baru nak belajar kan. Biarla kan, umur bukan penghalang kan kan Janet kan. Lepas skill bermain tu berjaya ku garap, sedari itu aku memang konfident la digelanggang bowling, walaupun sentiasa di tangga terbawah. Takper kita pelan-pelan kayuh.

Paling kelakar, masa aku post artikel bowling tu, ada satu komen ni mencuit hati sangat.

Salam awak..nak tanye.. y coach bowling awak tu,die bleh ajar kat alamanda jeke?

Dik, coach bowling saya ni personal punya. Dia merangkap suami, sahabat, coach, teman makan dan teman sebilik saya, dik. hahahha!




Ni pula cerita minggu lepas, aku ajak suami main bowling, dah lama dah tak main bow ling ling ni (mcm nama panda lak). Setahun lepas rasanya aku dan suami last main permainan ni. Suami aku macam malas jugak mula-mula tu, dia suka lagi tengok wayang, tapi aku paksa dia suh excercise sama-sama. Berpeluh la sikit tak? Ni dok memberat je dua-dua.

Hihi.. dia la coach saya

Ok la, game pertama aku kalah...
Memang tak pernah menang pun.. dah tahu dah


 Aku: "Ok bang, jom game lagi jom.."
Lakiku: Huh.. penatla.. 
Aku:"Ala, apa ni? takkan satu game je?"
Lakiku: "Okla, okla!"


Game ke2.. 
cewah tenung bola ke?...
Agak pancit la lakiku game 2 ni, asik masuk longkang je.. dia kata dah lama tak main so skill dah hilang..
erm... yeke

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tadaa!!!! Oh Mai oh Mai.. aku menang oii!!! 
Wlaupun bukan taraf juara kelab sukan sekolah tapi yang penting aku MENANG!!!
hahahaha... sorry daddy, anak didik dah kalahkan coach!
PEWITTTT!!!!


Hari itu adalah hari paling bahagia buat diriku.
Hahahaha... senyum lebar sambil mata tutup masa tido malam... 
kiki...

Gembiranya muka kan, menang besar kot!
Menari kekiri ke kanan!

So sapa nak belajar main bowling???, i boleh ajar u all pulak.. hahahaha!

Ni entry lama:



Sekian.