Friday, 20 June 2014

LUMUT PART 3 : MAKAN DI RESTORAN TELUK MUROH

Salam,
Haha.. FB hantar friendly reminder.. dia cakap aku dah lama tak update FB Page dan follower FB Page aku menunggu update terbaru.. eleh yeke.. cam boleh caye ke. haha


Aku memang pun hutang cerita Lumut Part 3, kali ni aku nak update pasal makan di Restoran Teluk Muroh, Lumut Perak. Walaupun hampir sebulan lepas kan, hahaha ape salahnya kan update cerita lama-lama, ai is ok jerrr. hihi.Malam terakhir tu aku dan suami mencari2 jugak kedai makan yang best, search kat Waze, kat blog blog.. nampaknya ada juga yang mencadangkan Restoran Teluk Muroh ni. Bagus jugak sebab tak jauh sangat dari Hotel kami di Marina Island. 

Kami sampai sekitar 8.00 malam, memang keluar lepas solat Maghrib sebab Eiman ni jenis tido awal, Nanti lambat mengamuk pulak dia kat kedai makan tu. So untuk meraikan keberdatingan kami yang ke 44 kali ni kami pun orderla makanan-makanan yang sedap-sedap ini.....


 Siakap masak masam manis payau pahit masin..kiki

Telur dadar dipinggir pokok

Sotong masak tepung.. erm yang ni kureng .. tepung je banyak, sotong dihiris nipis je kat dalam.

Tomyam ok! Nice! Tak pedas sangat .. bahan2 dan isi pun banyak kat dalam mangkuk tu. 

TADAA!.. sekali ngap terus licin. haha

Total Makan adalah sekitar RM 50 ++

Ha.. ni la kerja budak kecik ni masa kat hotel, main telefon. Pastu berlari-lari ke hulu ke hilir. Aku pulak yang penat tengok. Ermm...

Pastu, masa balik tu aku singgah beli buah-buah sikit dan buah pisang pun aku beli... 
nama pisang yang aku beli ni adalah : PISANG CINONIT
hahaha



Sekian.