Tuesday, 8 July 2014

PERNAH CUBA MAKAN FUEL SHACK DI KLCC TAK?

Salam,
Kisah makan Fuel Shack ni bulan lepas... kami pergi bertiga, salah satu sebabnya adalah kerana rasa bersalah tidak meraikan hari jadi suamiku dengan sempurna seperti tahun-tahun yang lalu. hihi.. Itu pun selang beberapa hari kerana menunggu suami aku habis kerja malam. Memang ada planning nak belanja dia makan Burger sedap-sedap skit kat TGI ke Victoria Station ke Chillis ke... hotel ke.. tapi dia pulak tak nak. Dia kata dia tak kesah, janji sedap.

Mungkin salah satu sebabnya adalah kerana bulan ni kami dah banyak berbelanja.. pindah rumah, bayar deposit, sewa lori dan macam-macam lagi lah. Masa tu jugakla Insurance dn Road Tax kereta kena renew. Tayar kereta 4 bijik kena ganti, Bateri Motor lagi....erm.. walaupun susah bulan lepas, kami syukur semuanya berjalan dengan baik.

Nyam... ok jom kita layan gambar Fuel Shack, pastu nanti aku kongsikan harganya berapa k!

Yang sebelah kiri tu burger 2 lapis untuk husben aku, yang sebelah kanan tu Burger Fish Fillet... ana punya


Ya Allah, dibulan puasa ini.. memang nampak sedap! Sabarrrr! Sabarrrrr!
Husben aku cakap burger ni sedap.. daging pun ok.. 

Secara jujur, fish fillet ni tak berapa nak sedap.. ikannya keras.. erm... 

Potato Fries pulak Feveret Eiman... kasik je dia..

"Bang, kasi sos lebih bang!"... aku mintak kat kaunter tu
well lakiku kuat makan pedas

Tadaaa... aku pakaikan baju Polo Jumpsuit.. beli masa raya tahun lepas, baru pakai 2 ke 3 kali je..
sikit lagi tu tak muat la tu..

"Mummy! saya nak Potato fries!"
Ye... anak saya memang macam ni kalau nampak makanan.. 
Seperti mak dan ayahnya tak bagi dia makan..
Padahal baru lepas susu dalam kereta.. adoi!

Birthday Boy... ehh Birthday Man

Fuel Shack KLCC.. di food court tu je

Ha.. lepas makan kenyang, belanja aiskrim pulak

Tak lama pun di KLCC, pergi untuk makan dan melihat-lihat sekeliling je
Lepastu belanja eiman naik benda ni kat tingkat bawah

Kemain seronok kan!

Eiman menikmati pemanduan berkualiti bersama kawan-kawan

"Siapa ni Mummy?"
Mesti eiman tak kenal... 
sebab aku tak pernah tunjuk pun cerita Dinosour ungu menari bersama rakan-rakan ni kat dia

erm... itu sahajalah...
disudahi dengan...


haha.. Sekian.
Oh lupa, harga tak lebih dari 30 sahaja