Thursday, 21 August 2014

Bawak Anak Melawat Taman Rama-rama di Lake Garden KL

Salam,
Minggu sudah kami ke Taman Rama-rama dengan tujuan untuk memperkenalkan rama-rama yang hidup pada Baby Eiman dan kakak Pika sebab asyik tgk kat TV je kan. Eiman sejak setahun dah kenal rama-rama sebab lagu kat Chu Chu TV tu ada rama-rama terbang dan setiap kali dia nampak rama-rama dia akan sebut "BA!.. BA!"  dengan mudahnya dipendekkan dari perkataan Butterfly. Belasahla eiman, janji ada bunyi.

Lokasi:
Kuala Lumpur Butterfly Park,
Jalan Cenderasari,
Taman Tasik Perdana,


berjalan ke bawah... mencari rama-rama
(ni kakak saya yang comel & vogue gitu.. kasut tinggi kau hader!)


Bayaran Masuk Dewasa (Warganegara) hanya RM 10
dan Kanak-kanak 3 tahun ke atas RM 5.

Murah kot... banding dengan taman Burung kat sebelah tu kan.

Pintu masuk.. kat sini pn dh lama tunggu diorang bergambar.. ayoo!!!

Tengokla belakang tu, bergambar gambar sakan...

Dari awal dah rancang bawak stroller sebab tak larat nak melekap

Family potrait dulu

Nampak tak? Nampak tak? kita perati je perangai dia tu!

Gambar dr phone kakak aku Nyah
 I love u Mak

Gambar Pika kat tengah kanan tu.. haha hilariously funny 



 Ok habis selfie.. pastu jom kita layan bunga


Suka je ko bergambar kan bang! 

Mak.... mak suka saya tangkap gambar dia.. sebab dia tahu nanti saya masukkan gambar dia kat internet.. lepastu kawan-kawan mak semua tengok gambar mak dekat blog ni.. 
Kawan-kawan mak ada tunjuk kat mak apa yang saya upload di internet.. 
saya nak ajar internet kat mak tapi mak kata mak peningla banyak sangat butang.. haha 

baby Eiman... sampai menganga tengok BA BA BA BA BA... 
ya ya.. tak yahla jerit jerit BA BA eiman oii

Nasibla bawak kereta dia ni, kalau  tak.. menapak mengejar dia

Pastu kita layan RAMA-RAMA CANTIK-CANTIK yang ada kat sini




Ha.. Landskap kat sini memang sejuk je mata memandang, merupakan satu terapi bagi aku, ditambah dengan bunyi air yang mengalir, rasa nak pejam mata lelap kejap je kat sini..


Ikan Koi yang cantik dan gemuk-gemuk

Yang ni eiman tahu.. dia sebut SHH SHH SHH...


Bergambar lagi

Eiman nampak cam peramah je kan.. sekali tu, dia nak sentap rama-rama yang kat belah kanan tu, Ya Ampun!

Meh layan Rama-Rama lagi

Laki aku puji diri sendiri, dia kata gambar ni lawa sebab dia yang tangkap

Tempat istirehat

Nampak tak rama-rama tu. besar tau rama-rama ni

Aku cuba cari kat mana kura-kura ni tapi tak nampak sebab air keruh sangat 

Bunga dia pun lawa-lawa.. terasa macam percutian di Cameron Highland pulak


Ok dah nak keluar dah dari Taman ni

Main sorok2 sakan sampai menjerit-jerit

Kadang-kadang jeles jugak dengan diorang berdua ni sebab macam ada Chemistry yang kuat je.. erm..
..... erm....

Kepompong ni hidup tau!

Ada pakatan sulit ni..

Cantik sangat rama-rama biru ni siap berkilat-kilat pulak tu

Ada ruang pameran segala jenis rama-rama dan serangga

Perasan tak, serangga yang merupai daun dan batang pokok tu?

Masa nak keluar ada sourvenir boleh dibeli

Yang membuatkan aku rasa gembira apabila melihat Mak tersenyum dan gembira!
I Love u Mak!
Keep Smiling Mak!

Selfus!

Ha.. hambik..Dengan panjang lebar perjalanan kami di Taman Rama-Rama
&
nampaknya sejak dari itu, eiman semakin obses dengan rama-rama!

Sekian.