Monday, 11 August 2014

BELAJAR MENEROKA TOPI KELEDAR SAMPAI MAK TERSENTAP

Salam,
Dah lama dah teringin nak beli helmet untuk eiman. Dah tengok lama dah.. tapi tangguhkan dulu sebab kepala dia kecik sangat lagi, tak muat helmet pun. Beberapa minggu lepas, aku lalu tepi kedai, nampak helmet BEN 10. Bila tanya, dia kata tinggal satu je!!! Mata aku dah bulat  sebab aku rasa helmet tu Schomeelll!!! Kalini aku nak jugak ambik! "Abang, saya tak kira, saya nak jugak!!"

Suami aku mengangguk!

macam ni pun boleh la!


Baby Eiman suka naik motor sejak kecik.. sampaila sekarang, asal dengar bunyi moto je dia belari nak ikut bapaknya.. Kadang-kadang tu, kalau lalu tepi motor banyak2 yang tersusun tengah jalan tu pun dia nak naik.. Alamak, dia tak tahu nak bezakan lagi motor tu motor bapaknya punya ke apa. Kadang-kadang tu layankan je dia duduk atas motor orang, tapi pandang-pandang jugakla, takut nanti orang ingat kami ni pencuri motor. haha tapi takdala selalu pun, kadang-kadang!

Bila naik motor, dia berdiri di dalam bakul sambil pegang batang cermin sisi.. muka confident je, tak takut langsung. Mulut pulak berbunyi.. "Broom Broom Broom!!" Sejak kecil dah kenal bunyi motor.. aku rasa dia pandai sebut broom broom lebih awal dari dia pandai sebut MAMA!.. nampak sangat, motor tu lebih menarik dari aku. haha touching pulak. Dahla banyak kali aku ajar sebut MUMMY, dia asyik sebut MAMA MAMA MAMA.. ermmmmmmmmmmmmmm, ehh.. tak yah nak sentap sangat la! haha

Lepastu, aku nak ajar dia pakai helmet, sebab aku yang excited, tapi.... bukannya dia nak dengar.. dia siap marah aku lagi, dia nak belajar sendiri...

Sentap Mak!!!! 

-
-
-
-
-
-

Takperla, layan jela...

Kunci kat tangan, sebab nak start enjin motor

MAMA, I boleh buat sendiri la!

Ok, Topi Check, Kunci Check! 

Broomm.. Brooommmm!!

Ok, dah sampai destinasi, buka helmet

 Membuang jap... haha!
Sambil tengok tv... oh anak!!

90 kali percubaan, satu gambar ni je yang jadi!
Kalau gambar ada bau.. mesti bau dia busuk!

Pakai terbalik..

MAMA! See!!! I can do it by myself!!


Whatever baby!
Jom gi basuh berak!
Sekian.