Wednesday, 6 August 2014

BERUBAH SELEPAS KAHWIN DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK

Salam,
Selamat menyambut syawal buat semua pembaca Blog Nova. Nova harap masih tak terlambat untuk minta ampun dan maaf di atas segala salah dan silap yang telah saya lakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja. Jika ada terhutang dan saya telah lupa untuk melangsaikan hutang pada saudara dan saudari, mohon beritahu pada saya agar dapatlah saya selesaikan segera. Kepada semua pembaca setia mahupun pembaca yang datang secara sembunyi-sembunyi... ya, maksud saya adalah kamu... Saya harap saudara saudari akan selalu mendapat keberkatan hidup agar aman damai tenang dan dimurahkan rezeki. Amin. Terima kasih kerana masih mengunjungi blog Nova. 

So, masa pantas berlalu, sebulan di bulan puasa tidak puas aku nikmati, mungkin kerana sibuk dengan urusan keluarga yang semua sedia maklum, kesihatan arwah nenek terganggu sejak pertengahan bulan Puasa. Masa banyak dihabiskan di kampung dan di hospital. Walaupun begitu, saudara-mara tak henti kunjung tiba, malah pakcik-pakcik kesayangan hamba juga telah menghabiskan banyak masa mereka bersama kami sekeluarga. Syukur ke hadrat Illahi di atas kuniaan keluarga yang pengasih dan pengayang dan saling bantu membantu semasa susah senang. Syukur.

Hampir sebulan mereka berkampung di rumah mak sehinggalah selesai kenduri Tahlil nenek hari yang ke 3. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang tak putus-putus memberikan semangat kepada keluarga kami untuk tetap tabah dan sabar dengan ujian Allah. Kepada Nya kita datang, kepada Nya jua kita kembali. Banyak sangat yang aku telah belajar dan kutip sebagai pengalaman hidup, untuk menjadi seorang yang dikasihi oleh keluarga dan dikasihi oleh Nya, masih banyak yang perlu aku perbaiki. Liku hidup dan ranjau perlu diharung juga...susah senang pahit maung perlu ditelan. Setiap perkara yang diputuskan di dalam hidup biarlah memberi manfaat kepada orang disekeliling. Ya, aku juga tak lekang dari membuat kesalahan dan kesilapan sepanjang hidup, tapi peluang itu masih Allah berikan pada aku untuk kembali pada Nya. Syukur Amin.

2 tahun memupuk kasih bersama suamiku tercinta, tak pernah lekang di mulutnya mengucap kata kasih dan sayang yang mendalam pada aku.Ya Allah, kau telah berikan aku seorang suami yang sebegini hebat, masakan dapat aku membalas segala jasa kebaikannya pada aku Ya Allah. Suamiku, terima kasih kerana sudi menjaga dan memelihara kami; aku dan anak dengan baik selama ini. InsyAllah, aku akan cuba buat yang terbaik juga dalam melayari bahtera rumah tangga ini. Saudara saudari, masakan laut tak begelora, masakan bumi tak dilanda taufan, semua itu adalah ujian bagi setiap manusia. Menerima kekurangan pasangan masing-masing adalah sesutau yang wajib bagi setiap pasangan suami isteri. Tiada manusia yang sempurna, tiada insan yang tidak mempunyai kekurangan. Tutuplah aib pasangan kamu, jagalah maruah mereka, jadilah pasangan yang bertanggungjawab terhadap setiap satu perbuatan dan keputusan yang dibuat.. Buatlah sesuatu demi kebaikan anak dan isteri, peliharalah mereka sebaik-baiknya kerana ia adalah amanah Allah. InsyaAllah selagi kita hidup berlandaskan syariat Nya.. keluarga akan baik baik sahaja. (peringatan buat diri sendiri)

Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya telah ditetapkan Allah, siapa pernah tahu perancangan Allah, aku juga tak pernah duga percaturannya sebegini hebat dan tidak pernah terlintas di fikiran aku suatu hari nanti aku akan hidup seperti sekarang. semua tetap.. semua telah tetap.. tiada siapa yang boleh menidakkan ketetapannya. Aku hanya mampu berdoa agar dipermudahkan hidup ini walau dalam apa juga halangan ujian yang menimpa. Amin.  

Banyak yang aku rasa telah berubah di dalam hidup aku, yang paling ketara bila aku rasakan aku seperti mayat hidup yang langsung tiada serinya lagi.. haa... betul, ada kalanya aku rasa aku seperti dah tiada minat untuk mejaga penampilan sendiri, tak ada mood la senang cerita. Pakai mana yang ada, mekap .... duduk di celah tepi ceruk atas meja tak terusik. Hodohnya aku ni, buruk nya penampilan aku ni.. bila di imbau penjagaan penampilan aku semasa belum kahwin dengan sekarang, memang bagai langit dan bumi. ketara, sangat ketara, sehingga berbisik-bisik mereka di telinga aku ... mengapa aku dah tak mekap.. mengapa aku serabai.. mengapa aku berubah lepas kahwin... perkara ini bertul-betul membuatkan aku terganggu.

Ya, memang betul, kalau nak keluar rumah, kalau boleh aku capai je baju mana yang senang dengan selipar.. tudung pn sarung, muka tak payah mekap-mekaplah, anak dah merengek-rengek tu... semua alasan  yang aku beri pada diri sendiri adalah anak anak anak... dan malas lah... malas lah... 

Betul ke susunan hidup aku ni sekarang? Mak sendiri pun ada menegur, suami tu kena jaga, bukan jaga makan minum sahaja, penampilan sendiri kena jaga, biar manis di mata suami. Biar sejuk dia memandang, mekap bukan untuk orang, tapi untuk suami. Benar benar buat aku berfikir dan berfikir!...

Mungkin ini adalah satu fasa kehidupan aku yang aku kena tempuh, penat penat penat.. kerja, anak, suami, itu pun dengan bantu adik-adik ipar dan mak mertua.. isk isk.. aku kena berubah. Bukan untuk aku, tapi untuk suami aku. InsyaAllah, kalau aku rasa tak bermotivasi balik, aku akan baca balik tulisan ini, aku akan naikkan semangat aku balik, bukan untuk diri sendiri.. Ya, untuk suami aku. dan salah satu cara lain yang aku buat adalah dengan melihat gambar-gambar kawan-kawan dan perempuan-perempuan yang sentiasa bergaya dan bersemangat untuk kelihatan cantik. Ya! Saya boleh lakukan!! Kawan-kawan rajin-rajinlah update gambar cantik-cantik kat facebook ye.. saya suka tengok! Bantulah saya yang hodoh ini!

Baju sarung asi boleh, seluar asi boleh tudung sarung2 je... 
erm, beg, beg free dapat masa beli kasut 2 pasang.
tepuk dahi tepuk dahi!


Sekian.