Thursday, 14 August 2014

CARA MENANGANI APABILA ANAK DISERANG SELSEMA

Salam,
Selsema adalah penyakit yang sangat sinonim dengan kanak-kanak terutama bagi mereka yang berumur di bawah 3 tahun. Anak aku pun selalu sahaja diserang selsema bila terdedah dengan persekitaran yang kotor tercemar dengan virus selsema, keadaan yang terlalu sejuk seperti penghawa dingin yang di pasang terlalu sejuk dan lama, mandi di kolam renang awam, keadaan panas dan sejuk yang tidak menentu dan sebagainya. Itulah diantara sebab-penyebab anak aku akan diserang selsema.

Ada kisah tahun 2014 sampai eiman kena masuk wad.


Bukan senang tau nak tangani selsema bagi budak kecik ni, hingus asyik meleleh dan kerap bersin. Kesian sangat bila tengok anak sakit. Namun setelah setahun menjadi ibu, aku dapat beberapa cara yang mungkin boleh membantu kawan-kawan yang lain untuk menangani masalah anak selsema ni.

Ada beberapa barang atau alat yang aku beli begitu membantu baby eiman bila selsema.

1. Penyedut hingus .. sangat efektif dan mudah digunakan. Alat ini bantu sedut hingus yang berada di rongga dalam hidung dengan mudah. Aku sangat suka benda ni. Kalau aku sedut sendiri guna mulut memang lah hingus tu keluar, tapi nanti aku yang kena selsema tu balik. Sebab aku ni pun ada lelah dan mudah dapat selsema. Sejak guna penyedut hingus ni, kerja-kerja menyedut hingus bertambah mudah dan boleh dapat banyak sangat hingus dalam botol tu. Tapikan, anak aku memang akan menangis, menjerit dan mengamuk. Lagi aku suka dia nangis sebab hingus tu lagi laju dan senang sedut.

Penyedut hingus bayi ni ada beberapa jenis, aku dah cuba yang lain tapi bagi aku yang ni adalah terbaik! daebak! Brand Pigeon beli di Manjaku



2. Steamer .. dalam bahasa melayu apa ehh.. jap nak google Steam Inhaler translate jadi Inhaler Stim.. ehh cam sama je. Takpela #apeapejela. Aku akan pakai steamer ni dengan meletakkan air panas dan sedikit cecair inhalant euky bear (agambar kat bawah). Menurut instruction, dia suruh pakai air panas bukan air mendidih ye dan 1/4 camca cecair inhalant tu. Kemudian bagila si kecik tu sedut. Aku pun nak tahu rasa apa.. so aku dengan bapaknya pun sedut sekali. Bau dia macam inhaler cucuk hidung tu yang bagusnya bila sedut dapat rasa lapang kat tekak dan rongga dalam hidung. Meresap jauh ke dalam. Ia juga boleh digunakan oleh orang dewasa. Aku juga dah tanya kandungan cecair inhalant tu apa?.. penjual dia kata semua yang digunakan adalah natural dari pokok dan tiada sebarang bahan kimia ye. Bagus bagus. Anak bila kena selsema, cepat2 aku bagi dia sedut... alhamdulillah esok lusa baikla.

Selain itu, ada juga yang guna air panas dalam baldi, atau guna pemanas susu ke, periuk nasi ke, dan campurkan bawang putih dan beberapa titik habbatus sauda. Aku pun ada buat juga kat eiman.. Sambil bagi dia sedut wap air panas tu, aku buat teknik tepuk.  




Cecair inhalant


3. Teknik Tepuk.. haa.. teknik tepuk ni aku dah belajar sebelum dapat eiman. Aku ada masuk bengkel kanak-kanak jadi aku aplikasikan sahaja pada anak. Cara nak tepuk tu kena betul.. jangan tupuk di bahagian tulang belakang ... tepuk di kiri & kanan serta di bahagian sisi paru2.. tapak tangan pun kena melengkung biar ada bunyi pop pop... Bagi yang pernah pergi fisioterapi kanak-kanak, ahli fisioterapi pun akan buat teknik tepuk ni. Tujuan dia supaya kahak yang banyak di paru-paru akan jatuh dan melapangkan paru2 agar senang bernafas. Ini aku buat kalau anak aku selsema lama dan hingus pekat. 

4. Inhaler.. bila anak mudah sangat kena selsema, doktor akan bekalkan inhaler untuk diguna bila perlu. macam kes anak aku, kalau dia selsema teruk, sebelum tido aku bagi dia sedut 2 pam inhaler biru dan oren tu. Biar buka rongga pernafsan dan selesa bila dia tidur. Aku akan pakai inhaler ni kalau teruk sangat je, kalau selsema biasa je aku tak pakai pun. (kena rujuk pada doktor yang pakar berkenaan hal ini)

Ceropong memudahkan sedutan gas inhaler


5. Eucalyptus Spary ... ha apa benda ni kan? Kalau nak tahu ni adalah spray untuk membunuh virus selsema di udara. Sebelum tidur atau bila-bila aku akan tutup bilik dan semburkan benda ni. Bau dia macam gula-gula hacks. Ha... sebagai langkah berjaga-jaga. haa... hebat kan?


6. Sapuan salap.. CHEST RUB or BREATH EASY BALM. Ada macam-macam jenis dan paling biasa kita tahu adalah vicks. Erm.. sebenarnya ada juga balm yang khas untuk kanak-kanak.. yang bagusnya bila kita pakai salap yang dibuat untuk baby, kulit baby tak rasa pedih dan sesuai dengan bayi sebab bau dia agak kekal dan kuat menusuk hidung. Aku pakaikan pada dia selalunya sebelum tidur @ selepas mandi. Aku akan sapu di dada, belakang dan tapak kaki. 

Yang ni best.. aku suka yang ni.. bau dia pun sedap





Itulah serba sedikit ilmu pengetahuan yang aku ada dalam menangani masalah selsema anak ni. Aku amat mengalu-alukan kalau sesiapa ada cadangan atau teknik lain yang bagus dan boleh berkongsi bersama-sama. Mana yang baik tu datang dari Allah, yang tak baik tu dari aku. Semoga perkongsian ini berguna buat kawan-kawan.

Sekian.
Kalau rajin klik la butang share tu ye.. hihi.. tq semua!