Tuesday, 12 August 2014

Daddy Yang Penyayang

Salam,
Eiman Yang Mummy Sayang, 
Mummy mention mummy je sayang sebab bukan daddy tak sayang, daddy tak suka tulis blog, dia kata leceh dan dia tak reti nak tulis ayat panjang-panjang, jadi mummy mention mummy je sayang. Tapi eiman jangan terasa pulak bila dah besar baca blog mummy ni balik. Nanti eiman cakap daddy tak sayang pulak. Daddy adalah seorang bapa yang sangat penyayang and he loves you so much and mummy rasa dia sayang eiman lagi banyak dari dia sayang mummy. Sebab mummy dapat rasakan dengan menggunakan naluri ke 6 mummy, mummy dapat rasakan cinta daddy pada eiman adalah mengatasi cintanya pada mummy sejak ......

gambar dari google


.....sejak eiman lahir. 

Lagipun daddy sekarang asyik cari eiman dan cium cium sayang-sayang eiman. Ok, mummy tak jeles pun, mummy cuma cakap yang mummy dapat rasakan je berkenaan kasih sayang daddy. Tak yahla nanti tanya daddy betulke daddy sayang eiman dari sayang mummy sebab mesti daddy akan cakap "Takdala, siapa cakap? Sama jela!" sebab mummy dah banyak kali tanya daddy, dan daddy cakap macam tu. Mummy rasa ramai daddy kat luar sana pun sama macam daddy eiman. So mummy tak bersendirian. Mummy ada kawan-kawan yang sama macam mummy. So eiman jangan risau k!I'll be ok!

Mummy nak tunjuk kat sini, bila mummy suruh eiman senyum tangkap gambar, macam ni la muka yang eiman selalu bagi. Mummy ok je sebab mummy senyum. Mummy cuma risau nanti bila eiman dah besar eiman tanya mummy, "kenapa gambar eiman tak senyum macam mummy?" so mummy dah bagi tahu la kat sini, yang eiman tak suka tangkap gambar dan tak suka selfie. Mungkin eiman tak macam mummy, eiman macam daddy.. sebab daddy pun tak suka tangkap gambar dan selfie. Tapikan, kalau eiman dah besar dan eiman dah ada isteri atau isteri-isteri, eiman tak yah tiru macam daddy .. sebab naluri ke 6 mummy akan sentiasa berfungsi dengan baik walaupun nanti mummy dah tua.. erm.... 
haha mummy ok je, mummy sentiasa happy 


gambar ihsan dari Auntie Nuren & Uncle Mino, 
semasa kenduri aqiqah baby Nathania

Sekian. 
Yang benar,
Mummy.