Friday, 22 August 2014

Hang Out Dengan Besties di Coffee Bean & Tea Leaf Ampang dengan Harga Murah

Salam,
Hye ualls.. malam ni i nak sembang berkenaan Hang Out atau Lepak-lepak dengan kawan baik di Coffee Bean & Tea Leaf dengan harga yang sangat awesome! 

Macam mana caranya.. jom layan entry ni!

nyummm!!

Ha... mesti korang nak tahu kan? Untuk menikmati minuman yang sedap dan murah gitew, korang kena ada kad ni: 

KAD CITIBANK

Lepastu apa yang dia Offer?

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAD CITIBANK CLEAR
COFFEE BEAN & TEA LEAF
Terma-terma dan Syarat-syarat 

1. Tertakluk kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini, berkuat kuasa dari 22 Julai 2013 sehingga notis selanjutnya, setiap pemegang utama atau pemegang tambahan kad kredit Citibank Clear yang diterbitkan di Malaysia (“Kad Citibank Clear”) (“Pemegang Kad Citibank”) yang membeli sebarang minuman yang dihidang dalam cawan, gelas atau botol dengan logo “Coffee Bean & Tea Leaf” dari mana-mana kedai “The Coffee Bean & Tea Leaf” di Semenanjung Malaysia, kecuali bagi kedai-kedai di HSBC Lebuh Ampang, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan di KLIA 2, Sepang (“Minuman CBTL”) menggunakan Kad Citibank Clear akan menerima satu Minuman CBTL yang tidak dikenakan bayaran menurut pilihan Pemegang Kad dengan nilai yang sama atau lebih rendah. Setiap ahli kad Citibank hanya tertakluk kepada maksimum 1 Minuman CBTL yang tidak dikenakan bayaran setiap transaksi setiap hari untuk hari Isnin hingga Jumaat. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Minuman CBTL yang tidak dikenakan bayaran tidak boleh ditukar dengan tunai, kredit atau barangan.

Ha... ada paham...Buy 1 free 1 dengan nilai yang sama k!

Promosi ni pun aku tahu dari sahabatku Nuren & Mino sebab diorang memang pakai kad Citibank untuk dapatkan minuman di Coffee Bean yang Buy 1 Free 1 tu dengan rasa gembira sekali!
Tq guys! Pasni kitorang apply la!.. hehe semata nak minuman percuma Coffee Bean ha!

So Jom layan hang out kitorang malam tadi

Masing-masing dah makan malam, so kitorang layan air dengan kek jela



Kek sedap sedap dap dap!

Vouge & Cun ..Nuren si kawan baikku

Ni siapa kenal? haha.. my hubby dgn Baby Eiman

Sembang sembang sembang... sembang sembang... banyak giler cerita tak henti-henti 


Poyo giler muka aku tengah cerita! ahhaha. tahapahapatah

Lepas nampak lakiku pegang camera terus berhenti cakap dan pose satu! haha dasar!

Nasibla dia agak baik malam ni

Gambar dari Phone Nuren 

Erm... ada saja kan dia nak usik dan pegang (gambar dari Phone Nuren)

Nuren & Nova (gambar dari Phone Nuren)

Sefus again (gambar dari Phone Nuren)

Nuren dan Pemblogger... beb nampak kurus!

Nuren:"Beb mata aku nampak kecik dan ada eye bag! aku tak cukup tidur, semalam aku stay buat kerja sampai pukul 3 pagi"
Aku:"hihhi yeke, tak nampak la...cantik je"

Dalam 5 keping... semua tak jadi.. mesti ada yang gegar... ni je yang terbaik boleh tepek sini


Baby Nathania n Mama Nuren... 

Tq beb!!
Sebab sudi datang Ampang dan lepak dengan kitorang! Gembira sangat sangat!
Next time lepak lagi k!
Dan Thanks for the INFO PASAL KAD KREDIT CITIBANK TU!
Awesome sangat!!

Aku: "Abang! Kad kredit Citibank satu!"
Lakiku :"Berbuih pitam!" 
hahaha

Sekian.